30/12/2015

30 DISEMBER 2014 !

1) Memandangkan saya tidak ada apa-apa azam baru waktu mahu masuk tahun 2015 jadi tiada apa mahu dikata, tercapai atau tidak tercapai.

2) Hari ini pada tahun lepas saya pergi ke Medan, sambut tahun baru di sana. Seronok sebab pertama kali berhujan di tengah padang yang cukup besar dan manusia seperti semut !

3) Waktu itu saya cuma beritahu diri bahawa saya ini seorang yang waktu kecil dan sekolah rendah seperti budak yang 'tiada masa depan.' Saya dipanggil 'mayu,' lembik dan penakut. Semua benda saya takut mahu cuba, yang saya tahu ialah berkepit dengan Emak dan Encik sahaja.

4) Saya selalu rasa budak-budak lain lebih pandai belajar, lebih pandai bercakap, lebih pandai bersukan, lebih pandai beli barang di kantin, lebih pandai mengira dan lebih pandai mencari kawan.

5) Jadi saya kata pada diri, saya memang tiada azam baru untuk tahun 2015. Saya hanya mahu hidup yang tenang, tiada masalah, jiwa rasa bahagia dan boleh selalu senyum.

29/12/2015

PEKERJAAN YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK

1) Perdana Menteri Malaysia

2) Menteri Kewangan Malaysia

3) Presiden UMNO

4) Pengerusi Barisan Nasional

5) Ahli Parlimen Pekan, Pahang

6) Ketua UMNO Pekan, Pahang

7) Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 1MDB

8) Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB

9) Pengerusi Khazanah Nasional

10) Pengerusi ASEAN 2015

Kesimpulannya: Timbalan Menteri Ahmad Maslan sepatutnya cadangkan pada seluruh rakyat Malaysia supaya ada sekurangnya 3 pekerjaan seperti beliau, bukannya 2. Kalau Perdana Menteri yang sudah berusia 62 tahun itu boleh ada 10 kerja, rakyat biasa mesti mampu dan gagah untuk ada 3 kerja sekurangnya !

28/12/2015

Ahmad Maslan Memang #win Memang #genius

1) Maaf kata, kalau Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak 'hilang jawatan' pada tahun 2016 maka ada orang akan hilang 2 kerja.

2) Nama orang itu ialah Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian.

3) Sebagai antara wakil rakyat yang ada ijazah kelas pertama dengan CGPA 3.85 maka Tok Mat Maslan telah syorkan rakyat supaya buat dua kerja untuk menangani masalah kos hidup yang makin meningkat.

4) Ahmad Maslan kata dia sendiri ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO.

5) Dia ini memang orang kepercayaan Mohd. Najib. Jika Najib bukan lagi Perdana Menteri maka seperti amat pasti yang si Ahmad ini akan hilang jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO. Silap-silap dia juga akan hilang jawatan Ahli Parlimen pada tahun 2018 kerana tidak dipilih lagi sebagai calon. Mungkin masa itu bolehlah Tok Mat menceburi perniagaan online pula.

12/12/2015

Ketua Menteri Cuba Jadi Ustaz Terbaik ?

1) Ketua Menteri Idris Haron ditemu-bual secara langsung oleh RTM 1 pada malam 11 Disember 2015 bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO.

2) Beliau ini memang biasa kalau berucap adalah "terkeluar" satu dua ayat-ayat Al-Qur'an. Ada masa memang sesuai dan wajar dipuji tetapi dalam usaha beliau juga mahu menjaga bosnya iaitu Pahlawan Bugis "angkat sendiri" si Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, Tok Derispun guna kata-kata suci ALLAH TAALA. 

3) Tok Deris memetik ayat Al-Qur'an yang kata ALLAH beri kuasa pada mereka yang dikehendakiNya. Dipendekkan cerita, ianya umpama Tok Deris mahu keluarkan "fatwa" versi sendiri bahawa oleh kerana ALLAH telah beri kuasa dan kedudukan kepada Tok Najib maka kita semua perlu terus sokong beliau dan jangan pertikaikan. Redha sajalah agaknya !

4) Ketua Menteri Melaka ini JANGANLAH petik ayat Qur'an secara "individu" dan "terpisah." Cuba belajar jauh sedikit dan gabunglah banyak sedikit ayat-ayat suci ALLAH TAALA tentang amanah, kepimpinan, kejujuran dan malapetaka akibat daripada khianat kepada tugas sebagai pemimpin. Ceritakan juga kisah-kisah khalifah-khalifah selepas era Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali yang mulanya ada kuasa tetapi selepas itu dijatuhkan akibat daripada kesilapan dan khianat pada tugas. 

5) Kita hormati Idris sebagai Ketua Menteri tetapi kita tidak mahu beliau memurahkan nilai dirinya dengan bertindak sedemikian. Jangan rendahkan nilai Al-Qur'an yang suci hanya kerana mahu pertahankan Pahlawan Bugis "angkat sendiri" Mohd Najib Abdul Razak !

11/12/2015

Wahai Pahlawan Najib Razak !

1) Kau kata kau Pahlawan Bugis tapi kau beraksi seperti PENAKUT !

2) Kau suruh anjur "Nothing to Hide" tapi kau tak datang selepas tahu Tun Dr. Mahathir Mohamad akan hadir.

3) Menteri kau nama Azalina Othman kata kau akan perjelas soal "sedekah" RM2.6 Billion di akhir persidangan Parlimen tapi kau tidak hadir dan hanya diwakili anak Jawa Perak Zahid Hamidi dengan membaca kenyataan bernilai murah selama 3 minit. 

4) Kau kata kononnya kau "gentleman" dan terbuka tapi kau izin dan secara halus menutup semua peluang juga ruang untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin bersuara di platform yang sepatutnya. Apabila dia bersuara di luar platform rasmi, orang-orang kau putar dan belit sambil menghentam bermatian.

5) Dulu kau kata beritahu kau apa yang kau tidak suka dengar, bukan semata apa yang sedap kau dengar tapi hakikatnya kau tidak suka ditegur dan dinasihati. 

Kasihan Kau Najib !

Hidup Tan Sri Muhyiddin !Hidup Tun Dr Mahathir !

10/12/2015

UMNO Ketandusan Bakat !

1) Wakil UMNO Melaka yang bernama Mustafa Musa yang berucap membahaskan usul ucapan Presiden UMNO sewaktu perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 kata semua ahli parti perlu sokong Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak kerana dia ialah Presiden. Itu sebabnya. Lain - lain jangan dipersoal, mungkin itu maksudnya.

2) Mustafa berkata UMNO Melaka mencadangkan supaya seluruh ahli parti memberikan sokongan padu kepada Najib bukan kerana dia ialah Najib tetapi kerana Presiden parti adalah tunjang kepada parti. Mudah kata mungkin maksud beliau ialah berikan saja sokongan padu kepada Najib walau apa juga isu dan masalah yang berpunca daripadanya. Sokong tanpa soal, agaknya !

3) Mustafa berkata parti tidak boleh diperintah oleh dua kapten kerana ianya akan menyebabkan kapal musnah. Katanya jika kapal musnah, bukan sahaja Najib dan Majlis Tertinggi yang akan karam tetapi seluruh UMNO akan mendapat akibatnya.

4) Ucapan wakil Melaka ini nampaknya langsung tidak menyumbang kepada kekuatan UMNO mahupun Kerajaan apatah lagi untuk memiliki unsur-unsur "kebijakan" yang boleh menyumbang kepada kekuatan negara. Ini ucapan yang tiada kualiti kerana motifnya hanya mahu membodek Presiden Najib, menegakkan benang yang basah dan cuba menipu diri sendiri dengan membuta dan memekakkan diri daripada realiti bahawa MAJORITI BESAR rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Penyokong UMNO dan Barisan Nasional tanpa jawatan dan kedudukan juga secara majoriti sudah tidak mahu Najib sebagai ketua parti, apalagi sebagai Perdana Menteri !

5) Kasihan UMNO Melaka kerana inilah agaknya wakil terbaik yang ada untuk berbahas sebagai wakil negeri. Silap-silap budak sekolah menengah yang menang Pidato, Forum Remaja atau Debat Ala Parlimen peringkat negeri Melakapun lagi bagus dan bijaksana jika diberikan peluang bercakap. NOKTAH.

* Fendi Ahmad mahu beritahu UMNO Melaka - UMNO bukan milik Najib Razak dan bukan juga hak milik mutlak keluarga Najib !

09/12/2015

Sokonglah Perdana Menteri Najib

1) Bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO yang akan dirasmikan Presiden Mohd. Najib Abdul Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia maka saya ingin menyeru kepada semua agar berilah sokongan padu kepada beliau.

2) Seruan ini saya sampaikan secara ikhlas TERUTAMANYA kepada orang-orang 'berjawatan' dalam UMNO mahupun Barisan Nasional yang merupakan kawan (friend) FB saya yang kerdil ini. Saya bukan YB, jadi jangan bimbang kerana saya bukan pencabar kalian.

3) Saya tahu ada Yang Berhormat sama ada memegang jawatan ahli Parlimen mahupun ADUN yang ikut rapat FB Fendi Ahmad ini  dan 'tercari-cari' di mana perginya 'posting-posting' tentang Tok Najib, 1MDB, sedekah 2.6 Bilion dan analisa politik. Mesti mereka 'rindu' kepada 'posting 5 poin' Fendi Ahmad tentang itu semua.

4) Kepada kawan-kawan FB terbabit yang saya fikir tidaklah faham sangat apa itu masalah 1MDB dan cuba 'menipu diri' atau 'tertipu diri' sebab SYIOK sangat jadi ahli Parlimen, ADUN atau bekerja untuk YB-YB, sokonglah dan teruslah menyokong PM Najib ini. Dialah Perdana Menteri terbaik di dunia sehingga ada orang ikhlas derma pada beliau sebanyak  RM2 600 000 000 tidak mengharap balasan. Saya tidak buat tuduhan kerana PM Najib sendiri telah mengatakan sebegitu rupa.

5) PM Najib secara TULUS dan IKHLAS juga telah katakan duit itu semuanya digunakan untuk UMNO dan bukan untuk peribadinya. Jadi JANGANlah kita bertanya 5 soalan ini lagi:

- Siapakah penderma budiman itu ?
- Kenapa duit itu tidak masuk ke dalam akaun rasmi UMNO ?
- Kenapa duit itu tidak pernah dilaporkan dalam penyata kewangan UMNO yang dibentangkan pada Perhimpunan  Agong tahun 2013 mahupun 2014 ?
- Kemanakah duit-duit itu dibelanjakan ?
- Kenapa Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah dimaklumkan tentang derma itu sehinggalah Wall Street Journal 'membongkarnya' pada Julai 2015 walhal derma berlaku pada tahun 2013 ?

SOKONGLAH PM NAJIB !

23/11/2015

Saya Tan Sri, Saya Datuk, Saya YB, Saya Dr.

1) Saya pernahlah bercakap dengan orang yan ada "title" Tan Sri, Datuk mahupun YB. 

2) Setakat ini, semua yang bercakap dengan saya tidak pernah pula pada pertemuan pertama sewaktu bersalam memperkenalkan diri mereka sebut gelaran yang ada. Semuanya hanya kenalkan diri mereka dengan nama asas mereka, "Saya Ahmad, Saya Lim, Saya Ganesh, Saya Halim."

3) Sekitar pertengahan Oktober 2015 di MMU, adalah seorang wanita yang saya kira staf juga senyum dan menegur saya sewaktu bertembung. Jarang-jarang di saat sedang berjalan laju ada yang cuba memberhentikan saya sebab mahu "kenal nama."

4) Dia kata selalu nampak saya tetapi tidak kenal nama. Saya senyum tapi dalam hati berkata yang saya tidak pula sedar kehadiran dia di MMU. Maka terdetik dalam hati, "mesti dia ni baru lagi agaknya kat sini." Maka saya kenalkan diri, "saya Fendi, FOB (Faculty of Business). Dia tanya saya sudah berapa lama di MMU. Saya jawablah sudah 11 tahun. Dia pula rupanya sudah 5 tahun. Pelik juga sebab macam tidak pernah nampak dia. Rupnya dia staf akademik FET (Faculty of Engineering and Technology). Sebelah saja  rupanya !

5) Dia kenalkan dirinya begini: "Saya Dr. X. Saya memang selalu duduk dekat office saja."

22/11/2015

Ada Apa Dengan Obama ?

1) Sebelum Amerika Syarikat ada Presiden yang namanya Barack Obama, seperi tiada yang berminat untuk datang ke Malaysia. Kehadiran Obama ke Malaysia seperti satu anugerah besar pula, seperti membawa rahmat sehingga dibangga-bangga sangat. Jangan lupa Obama ini akan tamat tempoh kuasanya pada akhir 2016 dan akan diganti dengan Presiden yang baru.

2) Presiden Lyndon B Johnson adalah Presiden Amerika Syarikat terakhir yang datang ke Malaysia iaitu pada tahun 1966 sewaktu Perdana Menteri pertama kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra masih memegang jawatan.

3) Obama "pecah tradisi" apabila melawat Malaysia pada April 2014 dan tidak sampai 20 bulan, beliau datang lagi bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN 2015 di Kuala Lumpur (November 2015).

4) Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak juga dapat peluang bermain golf dengan Obama di negara Uncle Sam itu lewat tahun lepas, sama waktu dengan banjir besar yang ganas di panti timur. Najib kata itu adalah satu "permainan golf diplomasi."

5) Tanpa sebarang perhatian khas daripada Amerika Syarikat dan tiada puji-pujian Presiden Amerika Syarikat, Malaysia tetap mampu bergelar Harimau Ekonomi Asia pada era 1990an dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa walaupun Perdana Menteri ketika itu banyak mengkritik dasar luar Amerika Syarikat yang suka menganggap diri sendiri sebagai "polis dunia" tetapi kejam mata terhadap apa yang Israel buat kepada warga Palestin.

20/11/2015

Balik Kampung: Tuhan Mudahkan !

1) Kerja di MMU ini fleksibel masanya. Maka setiap petang Jumaat sebelum jam 4 saya akan bergerak balik ke kampung (Segamat, Johor).

2) Isnin pagi selepas siap sarapan baru saya gerak balik ke Melaka, terus ke MMU dengan pakaian kerja yang Emak gosokkan. Rasa semangat !

3) Mudah cakap, normal untuk saya berada 3 malam di Segamat dan 4 malam di Melaka dalam seminggu.

4) Kerana agak 'lamanya' usia bekerja di MMU ini, tanpa saya minta atau 'bising,' biasa untuk saya tidak ada kelas pada petang Jumaat dan pagi Isnin. Mesyuarat yang melibatkan saya juga seolah 'si tukang pemanggil meetiing' tidak akan buat pada dua waktu 'perjalanan' si Fendi itu ke Segamat dan ke Melaka.

5) Bertambah syukur saya apabila bos-bos juga 'tidak kacau' waktu saya. Semua maklum waktu selepas solat Jumaat dan sebelum tengahari Isnin ialah waktu si Fendi mahu balik Segamat dan baru hendak balik ke Melaka. Saya bersyukur kerana ALLAH permudahkan urusan saya mahu balik ke Segamat untuk bersama dengan Encik dan Emak.

SAYA SAYANG MMU !

19/11/2015

Saya Tidak Dapat Semua A Dalam UPSR ! "So What?"

1) Meriah lihat status FB sejak semalam pasal adik-adik Darjah Enam yang dapat semua A dalam UPSR.
2) Suka dan rianglah hati Emak atau Ayah masing-masing. Tahniah saya ucapkan, syukur kepada Tuhan.
3) Tapi dalam senang dan suka hati itu, terfikir pula perasaan orang-orang yang anaknya tidak dapat semua A atau yang memang tidak pernah harap mahupun rasa yang anaknya akan dapat semua A.
4) Semua manusia ada hati dan perasaan. Kita tidak sedar dalam kita meriah 'mengumumkan' kepada dunia bahawa anak kita dapat semua A, akan ada 'hati-hati' yang terasa tanpa kita sengaja.
5) Encik dan Emak saya tidak pernah masuk Universiti sebagai pelajar (masuk U sebab hantar saya adalah !) tetapi banyak beri contoh teladan kepada saya. Bila saya dapat semua A dalam PMR, aggregat satu angka masa SPM dan Ijazah kelas pertama, kalau orang tanya Fendi dapat apa inilah jawapan biasa mereka yang selalu saya dengar:
"Bolehlah, pass semua"
"Biasa aja, taklah elok sangat"
Saya bangga dengan Encik dan Emak 100% !

17/11/2015

Daripada Kencing Ke Pentas Bercakap

* Kalaulah Tuhan jadikan saya serba bagus serba cemerlang waktu sekolah rendah dahulu maka tiadalah kenangan indah untuk saya ceritakan kepada anak murid:

1) Saya pernah terkencing dalam kelas sebab takut mahu "oral English."

2) Saya pernah dipanggil MAYU oleh saudara mara ketika kecil sebab saya ini budak yang serba-serbi takut dan malu.

3) Saya UPSR tidak dapat semua A. English saya B.

4) Saya pernah kena sebat dengan tali pinggang kulit oleh Encik (ayah) kerana saya menipu tandatangan kad laporan prestasi sewaktu Darjah 3. Encik "naik hantu" dan sebat saya yang disuruh tanggalkan pakaian terlebih dahulu. Sebatan Encik ada sampai berdarah saya dibuatnya.

5) Saya tidak pandai gunakan duit belanja di kantin sewaktu Darjah 1 dan Darjah 2 kerana saya "takut dan malu" hendak membeli.

* Tapi Tuhan jelmakan saya semangat dan keberanian berubah sewaktu zaman sekolah menengah:

1) Saya jadi Pengerusi Tingkatan 2A, 3A, 4A dan 5A di Sekolah Tinggi Segamat, Johor (1996-1999).

2) Saya ahli setia Kelab Pengguna di sekolah. Jiwa mahu menjadi aktivis masyarakat cukup kuat sejak di Tingkatan 1. Akhirnya saya jadi Pengerusi Kelab Pengguna sekolah sewaktu di Tingkatan 5.

3) Saya cukup aktif dengan kegiatan "bercakap." Orang sebok buat persediaan SPM, saya sebok dengan aktiviti "bercakap." Forum Remaja dan Debat Ala Parlimen jadi aktiviti utama saya sewaktu di Tingkatan 5. 

4) Juara Forum Remaja dan Juara Debat Daerah Segamat ! Dapat anugerah Pendebat Terbaik untuk tahun 1999. Debat mara pula hingga ke separuh akhir negeri Johor. Forum Remaja jadi juara Johor dan bertanding pula di peringkat Kebangsaan. Lebih banyak berlatih "bercakap" daripada bersiap untuk SPM !

5) Walau sebok dengan Forum Remaja peringkat daerah, negeri dan negara; Debat peringkat daerah dan negeri dan bermacam-macam pertandingan Kuiz peringkat daerah dan negeri (Kuiz Agama, Kuiz Sains, Kuiz Perdana dan Kuiz Pengguna); Saya dapat jalani SPM dengan baik. Berjaya dapat aggregat satu angka dan seterusnya bolehlah belajar di MMU dengan tajaan TM.

Moralnya: Adalah cerita kelemahan dan kemampuan berubah di zaman sekolah yang boleh dikongsi dengan anak murid. Andai semuanya baik-baik belaka sejak kecil maka takut pula jadi manusia yang tidak perasan dia ada yang tidak bagus !

15/11/2015

129 Tahun: 763 DATUK JOHOR !

1) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya rakyat tidak terpedaya jika ada pihak tertentu yang menjanjikan gelaran Datuk dengan bayaran tertentu. DAULAT TUANKU ! 

2) Baginda turut menegaskan bahawa sejak tahun 1886, hanya 763 anugerah membawa gelaran Datuk dikurniakan Istana Johor. 

3) Maknanya, secara purata hanya 5.9 orang mendapat "pangkat" Datuk daripada negeri Johor ! Mudah cakap, tidak lebih 6 orang mendapat gelaran Datuk Johor pada setiap tahun.

4) Tanpa mahu merendahkan martabat mana-mana institusi Kesultanan mahupun Yang Di Pertua Negeri, adalah sesuatu yang menghairankan lagi "kelakar" apabila membaca di akhbar berpuluh-puluh orang dianugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Datuk Seri Utama, Datuk Seri, Datuk Wira, Datuk Patinggi, Datuk Paduka, Datuk dan "macam-macam Datuk" lagi pada setiap tahun oleh setiap negeri. 

5) Ada negeri yang jumlah penerima gelaran Datuknya mencecah 100 orang ataupun lebih pada setiap tahun ! Seperti ada "jualan murah" pula ! Kita perlu ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Rakyat memerhati dan orang sudah mula berkata, "Oh dia itu sudah jadi Datuk. DATUK NEGERI MANA YA ? Oo Datuk Agong, Datuk Johor, oo Datuk Selangor. Hebat !"

12/11/2015

Life Is More Than What You See

1) You may judge people but you never realise that GOD knows better.

2) Happiness is the most precious gift from the Almighty. Give yourself a "chance" to be a happy person ! Dont just focus on your limitations !

3) Gratitude is the answer for any obstacles in this "short life." We lack a sense of gratitude because we are too "busy" with our never ending targets !

4) Dont look negative towards others if you wish  to be a person with minimal problems. 

5) Be positive, dont think too much. Dont hope too much ! Life is more than "achieving." Life is about sharing, understanding and giving.

10/11/2015

Deepavali: Kisah Surat Khabar dan Doktor India

1) Syukur sambutan Deepavali dapat diraikan, tanpa jerebu dan tanpa hujan lebat.

2) Satu Malaysia bercuti dan semua gembira walau tak semua dapat makan maruku dan capati.

3) Malaysia ini sudah 58 tahun merdeka. Kalau Malaysia ini adalah seorang pekerja, maka dia sudah hampir mahu pencen. Tapi sedih kerana orang-orang politik dan NGO yang ada nyawa politik selalu mainkan benda-benda berunsur perkauman. Semua mahu jadi jaguh yang akhirnya menimbulkan rasa sakit hati kepada orang Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah / Sarawak.

4) Warga India di Malaysia amat penting peranannya. Saya tidak mahu bercakap daripada perspekstif orang lain tetapi diri ini sahaja. Kadang-kadang bila kita cuba bercakap daripada sudut yang lebih besar maka yang tidak cukup bodoh jadi jelas pula ketidakpandaiannya.

5) Setiap kali Deepavali masalah utama saya bila berada di kampung ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo, Harian Metro, The Star dan New Straits Times tidak SAMPAI ! Apa maknanya ? Masyarakat India adalah golongan penting yang membantu kita rakyat Malaysia dapat baca surat khabar setiap hari kerana merekalah yang menguasai "supply chain" pengedaran akhbar-akhbar di seluruh negara sejak zaman awal Merdeka lagi. Kerana hari ini Deepavali maka tidak apalah saya tidak dapat baca surat khabar yang "real" sebab perayaan itu lagi penting. Zaman saya bayi sampailah sekarang kalau berada di Segamat (Johor) dan badan tidak sihat maka saya akan ke Klinik Rama. Doktor berbangsa India jadi pilihan zaman berzaman.

Terima kasih sahabat India semuanya !

08/11/2015

Emak Saya

1) Ini emak saya. Nama rasmi dia Asmah Binti Hassan. Tapi semua orang kenal dia sebagai Nab. Makcik Nab, Puan Zainab.

2) Maka Emak saya ada nama "IC" dan nama "glamor."

3) Emak saya ini anak Batu Pahat, Johor. 

4) Tahun ini Emak berusia 63 tahun. Paling saya syukur ialah Emak sehat dan ceria selalu.

5) Emak saya orang kampung. Dia tidak pandai dengan gaya hidup moden, mewah atau terlebih-lebih. 

6) Saya bangga sebab lahir sebagai anak Emak. Saya tidak malu mengaku yang saya ini anak Emak. Emak saya orang kampung sejati, tidak belajar tinggi dan tidak tahu "English."

7) Emak saya tidak tahu "smartphone," Internet, Facebook dan tidak pandai memandu. Tapi Emak saya pandai memasak, menjahit, mengemas rumah dan menjaga bunga juga halaman rumah yang luas.

8) Emak ambil tahu juga apa yang berlaku dalam negara, politik, sukan tempatan dan hiburan. Saya berjaya pastikan Emak faham isu 1MDB dan yang sekumpulan dengannya.

9) Emak saya peminat setia Tun Dr. Mahathir  Mohamad. Dia juga sukakan Siti Nurhaliza. Emak juga penyokong bola Johor Darul Ta'zim. 

10) Kesimpulannya, saya bangga dengan Emak sebab dia tahu banyak benda juga walau dia bukan pemegang ijazah, sekolah menengahpun dia tidak pernah jejak tapi dia pandai membaca dan mengira. Banyak perempuan yang ada ijazah tapi apa berlaku dalam negarapun tidak tahu dan tidak boleh diajak borak. Kesian.

VAPE

1) Saya adalah seorang fundamentalis. Saya pentingkan asas dan tidak mahu peningkan kepala dengan benda-benda cabang atau remeh-temeh. 

2) Tiba-tiba heboh pasal vape. Memandangkan saya jenis manusia yang tidak merokok, tidak tahu "vaping" dan tidak pernah juga "bershisha," maka benda-benda ini tidak menarik perhatian saya sangat. Kalau manusia itu suka vape dan rokok, dia maklum baik juga buruknya, maka biarlah saja. Sendiri punya badan, sendiri punya duit ! Matipun nanti kubur masing-masing. 

3) Halal dan haram berkaitan vape juga tiba-tiba jadi heboh. Baik halal haram daripada aspek agama juga halal haram daripada aspek perundangan negara menjadi topik besar dalam negara ini.

4) Bagi saya mudah sahaja, kalau vape ini mahu diharamkan baik daripada segi penjualan mahupun penggunaannya maka benda yang sama juga perlu dilaksanakan kepada ROKOK.

5) Ada baik juga jika industri rokok dikenakan cukai maka industri vape ini juga ada dikenakan cukai yang sewajarnya. Mana tahu, cukai vape akan membantu pentadbiran Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak dalam berdepan kekurangan hasil negara akibat daripada kejatuhan harga komoditi dunia (petrol, getah, minyak sawit).

07/11/2015

Jangan Terus Percaya Zahid Hamidi

1) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang disayangi Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak nampaknya cukup "fanatik" dengan ketuanya.

2) Selepas "pendekar-pendekar" Najib asyik ulang perkataan "percubaan untuk gulingkan kerajaan," akhirnya Zahid menggunakan perkataan yang lebih tepat dan sesuai iaitu "percubaan untuk gulingkan Perdana Menteri."

3) Zahid kata dia tahu siapa ahli Parlimen Barisan Nasional yang terlibat dengan cubaan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dengan bantuan wakil-wakil rakyat di pihak pembangkang.

4) Zahid juga kata mereka yang berkonspirasi jatuhkan Najib turut menggunakan isu-isu seperti 1MDB, RM2.6 Billion dan GST dalam usaha tersebut.

5) Cakap Zahid ini kita boleh percayakah ? Dulu dia kata dia sudah tahu dan jumpa dengan penderma RM2.6 Billion kepada Najib. Sehingga hari ini selepas berbulan, Zahid gagal untuk mendedahkan siapa penderma budiman itu. Sekitar awal Ogos dia kata ada pemimpin yang mahu jatuhkan Najib sudah insaf dan akan bertemu Najib esoknya. Bila "esok" sampai, tidak jadi pula dan dikata ada masalah pula. Maka "mulut bercabang dan lidah lembut" orang kanan Anwar Ibrahim sebelum kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 ini "wajib" jangan kita percaya dengan mudah !

31/10/2015

JDT LUASKAN KUASAMU !

1) Saya bangga selamanya mengaku diri ini adalah anak jati JDT, Johor Darul Ta'zim.

2) JDT cipta sejarah negara, juara Piala AFC 2015 ! JDT tewaskan FC Istiklol dari Tajikistan, 1-0.

3) Dikala tidak banyak cerita dan berita yang boleh menggembirakan Malaysia di sepanjang 2015 ini, JDT bikin kita bangga.

4) Titah Sultan Ibrahim kesayangan Bangsa Johor menjelang perlawanan akhir Piala AFC WAJIB kita insafi;

" Apabila kita bersatu, ikhlas dan bekerja keras kejayaan mampu dicapai. "

5) JDT bergaya dengan caranya, transformasi berterusan. Seperti biasa, anak-anak JDT selalu vokal dan berani melawan arus ! 

- TMJ VOKAL ! 
- Tan Sri Muhyiddin VOKAL !
- Fendi Ahmad VOKAL ! (cuba-cuba hahaha)
- Anak JDT VOKAL !

30/10/2015

Fendi Yang "Stress Free"

1) Kadang-kadang saya rasa pelik kenapa dekat FB banyak sangat orang suka cerita dia sebok itu sebok ini. Seperti dialah yang paling sebok dan dah tak terurus hidupnya.
2) Bila saya renung dalam-dalam sambil menginsafi diri, saya bersyukur sangat kerana anugerah terbesar yang Tuhan kurniakan pada saya ialah betapa susahnya saya nak dapat rasa yang saya sebok dan saya tertekan dengan hidup ini.
3) Orang suka kata "alah kau bujang, bolehlah." Disalahkan diri sendiri sebab dah ada suami / isteri dan anak ? Hello saudara / saudari, saya ni tak ada sapa nak sediakan makan minum dan saya ini lelaki yang tak pandai masak. Hahaha !
4) Tapi orang yang suka cakap begitu tak tahu bahawa saya ini selalu terkejar-kejar masa dan penuh berbaris apa yang mahu dibuat. Tapi tetap saya rasa seronok dengan hidup.
5) Apapun berlaku, setiap Jumaat petang memang saya akan berkejar balik ke kampung di Segamat.
6) Muka Emak dan Encik (ayah) sudah terbayang-bayang dengan kuatnya di pagi Jumaat. Pagi Isnin selepas sarapan, berkejar pula saya balik ke Melaka terus bekerja. Saya mahu pesan pada yang "bakhil" sangat takut bajet lari kalau selalu balik tengok emak dan ayah, kau takut miskin kerana emak dan ayah ? Tuhan yang tentukan rezeki kau.
7) Tugas mengajar ada, tugas sebagai Penasihat persatuan ada, tugas pentadbiran Fakulti lagilah ada. Tapi biasa saja, masih boleh diurus. Eh ada juga tugas saya sebagai pelajar. Sasarannya umur 35 mesti dapat ijazah terakhir. Alah, ada rezeki mesti dapat juga nanti. Jangan "stress" sangat sebab urusan dunia ini selagi tak mati maka ianya berjalan skripnya.
8) Sejak kecil antara minat saya ialah pada bacaan dan rancangan TV berbentuk motivasi. Ianya seperti sudah sebati dalam hidup saya bahawa apa juga masalah dan apa juga kerja yang perlu diselesaikan, ianya akan SIAP dan akan BERAKHIR bila tiba masanya. Tak payah mahu "over acting" dan asyik pening-pening.
9) Melihat sesetengah orang di tempat kerja yang bila banyak kerja, banyak benda mahu diselesai serentak; Muka mereka hilang seri, jadi selekeh semacam dan senyumpun seperti kopi pahit tanpa gula. Saya rasa kasihan sama manusia-manusia ini.
10) Hidup ini adalah satu perjalanan. Jangan kita lupa apa jua yang kita buat ianya adalah satu nikmat Tuhan. Susah atau senang ianya adalah satu anugerah Tuhan, jangan kita keluh dan kesah kerana itu seperti kita melawan "anugerah" Tuhan dalam menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan hebat.

29/10/2015

Nazri Aziz Cabar Tun Mahathir Lawan Najib ?

1) Menteri Pelancongan Nazri Aziz kata Perdana Menteri ke 4 Dr. Mahathir Mohamad patut lawan Perdana Menteri "pahlawan Bugis" Mohd. Najib Abdul Razak di Pekan. 

2) Parlimen Pekan di Pahang adalah kawasan turun-temurun dinasti Perdana Menteri ke 2, Arwah Abdul Razak, bapanya Najib. Bapanya meninggal dunia pada awal 1974, Najib menang tanpa bertanding apabila pembangkang tidak mahu bertanding di dalam pilihanraya kecil kerana menghormati bapanya.

3) Nazri Aziz ingat Najib terlalu kebal di Pekan. Maklumlah, sewaktu Pilihanraya Umum 2008 dan 2013, Perdana Menteri menang besar. 

4) Nazri perlu diingatkan bahawa Najib selaku Menteri Pendidikan pada tahun 1999, hampir tewas di Pekan. Beliau menang hanya dengan majoriti 241 undi ! Undi rosak pula sekitar 631, lebih banyak daripada majoriti !

5) Nazri jika berani sepatutnya jadi lebih bijak iaitu membuat analogi bahawa Dr. Mahathir dan Najib patut bertanding ala pemilihan Presiden di Indonesia atau Amerika Syarikat di mana satu negara undi siapa yang mereka mahu dijadikan ketua kerajaan. Agaknya dengan situasi sekarang siapa akan menang, Najib ?

27/10/2015

Pelawak Jadi Presiden Guatemala

1) Seorang yang pernah jadi artis komedi popular menang pertarungan menjadi Presiden negara Guatemala.

2) Dia tidak pernah ada pengalaman pentadbiran.

3) Manifesto pilihan raya parti pimpinannya cukup ringkas, tiada janji-janji berbunyi terlalu mega atau terlebih baik. 6 muka surat sahaja !

4) Presiden sebelum ini dijatuhkan kerana skandal rasuah dan salah guna kuasa.

5) Rakyat Guatemala berasa masanya sudah tiba untuk beri peluang kepada seorang yang popular, pandai menghibur hati rakyat, tidak terlalu kuat berjanji dan bukan seorang ahli politik berpengalaman. 

23/10/2015

Kaulah Manusia Tersebok Di Dunia ?

1) Saya kesian tengok sesetengah manusia yang suka jaja cerita dialah yang tersebok di dunia dan dialah yang paling banyak tugas di dunia ini.

2) Ada saja cerita yang dia sebok itu sebok ini. Mungkin ini kategori orang kurang kawan dan kurang tempat mengadu maka FB jadi medan dia ULANG dan ULANG cerita sebok dan banyaknya tugas dia di dunia ini.

3) Orang akan membaca. Ada yang akan memberi komen yang selalunya adalah untuk ambil hati saja. Paling kelakar akan ada yang puji memuji yang dia itu bagus, dia itu hebat dan dia itu memang terbaik. Percayalah, 90% daripada yang berkata seperti itu bukanlah berkata secara jujur dan bersih hati.

4) Kita jangan selalu sangat jaja cerita kita sebok, kita penuh jadual dan kita macam-macam benda kena buat. Orang berjaya, orang hebat dan orang berjawatan tinggi sekalipun kalau kita perhati mereka bukan jenis suka jaja cerita kesebokan mereka. Sebab itu mereka berjaya kerana mereka jalani apa yang mereka buat dengan bijak dan teratur. Semangat dan kekuatan dalaman mereka itulah yang jadikan mereka hebat dengan emosi yang tetap berbunga dan berseri selalu.

5) Kita yang pilih apa yang kita mahu buat atau telah buat. Kita yang mahu kaya, kita yang mahu lebih pandai, kita yang mahu ada PhD, kita yang pilih untuk ada isteri atau suami, kita yang pilih untuk bekerja sebagai itu atau ini dan kita yang pilih untuk buat 100 perkara dalam satu masa. Maka adalah bodoh kalau kita keluh kesah beritahu satu dunia pasal KELEMAHAN kita dalam mengatur hidup akibat daripada pilihan kita sendiri ! Atau kita sengaja mahu tarik perhatian orang, bangga diri tanpa disedari atau mahu beritahu satu dunia secara tidak langsung yang aku ini ada 10 anak, aku ada kerja yang bagus, aku akan jadi seorang Profesor tidak lama lagi, aku ada bisnes bernilai jutaan RM dan akulah SUPERWOMAN atau SUPERMAN abad ini. "All in One" !

#samasamakitaAUDITdirisendiri

22/10/2015

"Bajet 2016 versi Fendi Ahmad"

* Mengurang Defisit Kerajaan:
1) BR1M dihapuskan (sila lihat insentif fokus pada keluarga dan warga veteran)
2) Bantuan RM100 sessi persekolahan dihapuskan (sila lihat insentif fokus pada keluarga dan warga veteran)
3) Bocer buku 1 Malaysia dihapuskan
4) Tiada bajet tambahan akan dibentangkan di pertengahan tahun untuk menambah peruntukan pentadbiran juga operasi Kerajaan
5) Bajet defisit tidak boleh melebihi 2% daripada KDNK (keluaran negara kasar) sehingga 2020 dan komited menjadikannya seimbang tanpa defisit pada tahun 2021.
* Menambah Pendapatan Kerajaan:
1) Cukai jalan kenderaan impot 100% dinaikkan 100%
2) Cukai jalan kenderaan jenama luar dikilangkan di Malaysia dinaikkan 50%
3) Cukai khas pembelian tiket kapal terbang destinasi luar negara sebanyak 5%
4) Cukai khas pembelian rumah ke tiga dan keatas sebanyak 5%
5) Cukai rokok, minuman keras dan 'vape' dinaikkan 100%
6) Cukai tahunan khas bagi pemilikan kad kredit ke dua sebanyak RM100 dan RM200 bagi kad kredit ke tiga.
* Menambah Kuasa Beli Rakyat:
1) GST diturunkan kepada 3%
2) Cukai korporat diturunkan kepada 23% (kini 25%)
3) Cukai pendapatan maksima diturunkan kepada 20% (kini 24-25%) dengan pendapatan maksima RM500 000 (kini RM400 000) ke atas setahun
4) Pendapatan kasar bulanan RM7500 ke bawah bebas daripada cukai pendapatan
5) Bayaran bonus tahunan dikecualikan daripada cukai pendapatan
* Insentif Khas Keluarga:
1) Bantuan bulanan RM200 untuk kelahiran anak ke 5 dan RM150 untuk yang seterusnya sehingga berusia 18 tahun
2) Bantuan veteran bulanan RM200 untuk warga 60 tahun - 69 tahun tanpa pencen dan RM250 untuk warga 70 tahun ke atas tanpa pencen
3) Warga veteran 60 tahun ke atas berpencen dengan bayaran pencen minima pada kadar RM500 sebulan
4) Bocer khas RM100 sebulan (maksima satu keluarga satu bocer) untuk bayaran Taska yang berdaftar dan ibu/bapa mempunyai rekod LHDN
* Insentif Cukai:
1) Pengasingan pelepasan cukai bagi caruman KWSP dan polisi insurans hayat (kombinasi maksima RM6000)
2) Pelepasan cukai bagi caruman KWSP pada kadar RM7000
3) Pelepasan cukai bagi pembelian polisi insurans hayat pada kadar RM3000
4) Pelepasan cukai bagi tujuan pendidikan kepada RM10000 setahun (kini RM5000 setahun)
5) Pelepasan cukai bagi tujuan pembelian bahan bacaan kepada RM2000 (kini RM1000)
6) Pelepasan cukai RM5000 sekali seumur hidup bagi individu yang pertama kali berkahwin secara sah
* Lain-Lain
1) Kos pengurusan PTPTN dibiayai sepenuhnya Kerajaan. Perjanjian bayaran pinjaman maksima 15 tahun dikecualikan daripada sebarang kos pengurusan
2) Perjanjian konsesi tol disemak. Syarikat khas milik Kerajaan mengambil-alih semua syarikat tol
3) Pengurusan elektrik negara dikemaskini. TNB mengambil alih semua konsesi penyediaan elektrik. Perjanjian dengan pengusaha elektrik bebas (independent power producer) dikemaskini / dihapuskan dalam masa terdekat
4) Semua syarikat pelaburan Kerajaan disatukan di bawah Khazanah Nasional
5) Semua syarikat perumahan milik Kerajaan seperti SPNB, PR1MA dan sejenisnya dengan tujuan menambah pembinaan rumah mampu milik kategori murah dan sederhana disatukan

Bajet Bukan PESTA Pemberian Hadiah Akhir Tahun !

Rakyat wajib difahamkan bahawa:

1) Bajet bukan pesta pemberian hadiah, bukan sesi mahu tahu ada bonus atau tidak bagi kakitangan Kerajaan, BR1M naik atau tidak dan bantuan itu dan bantuan ini. Sepatutnya rakyat wajib diajar bahawa ini semua tidak wujud. Jika mahu diberi apabila sesuai atau perlu maka Kerajaan tidak boleh mencamtumkannya dengan Bajet supaya minda rakyat lebih bersedia dan matang bila mendengar Bajet. Menteri Kewangan / Perdana Menteri WAJIB berani berkata benar dan bukan takut dengan 'perasaan' rakyat !

2) Bajet adalah satu imbangan, 'kira-kira', agakan dan pengagihan kewangan Kerajaan untuk negara bagi satu tahun yang akan datang. Bajet terhasil daripada BERAPA agakan jumlah PENDAPATAN Kerajaan dan BERAPA pula agakan jumlah PERBELANJAAN Kerajaan untuk tahun hadapan. Jika PERBELANJAAN dijangka melebihi PENDAPATAN maka Kerajaan perlu BERHUTANG !

3) Rakyat WAJIB difahamkan bahawa PENDAPATAN Kerajaan adalah daripada segala jenis cukai yang dikutip seperti cukai korporat, cukai pendapatan, GST, cukai jalan, duti kenderaan dan pelbagai lagi. Cukai tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak terutamanya PEMBANGKANG. 99% negara di dunia bergantung dengan cukai untuk BERGERAK. Kalau rendah cukai itu, maka tinggi pula cukai ini. Percuma itu maka adalah cukai lain yang tinggi dan sebaliknya.

4) Kerajaan secara dasarnya bukan sebuah syarikat yang ada 'kilang' atau 'supermarket' yang membuat atau menjual produk nyata. Tetapi secara tidak langsung Kerajaan ada juga 'berniaga' melalui pegangan saham korporat oleh badan pelaburan berdaulat (sovereign fund) Malaysia iaitu Khazanah Nasional. Kalau di Singapura mereka memanggilnya Temasek Holdings. Maka Khazanah juga menyumbang kepada PENDAPATAN Kerajaan.

5) Apa jua yang orang suka dengar pasal Bajet seperti pemberian bonus, BR1M dan subsidi sana sini adalah satu bentuk PERBELANJAAN Kerajaan. Harus diingat, sejak krisis kewangan Asia 1997/1998, Bajet negara adalah sentiasa berada pada tahap DEFISIT. Maknanya, PERBELANJAAN adalah lebih tinggi daripada PENDAPATAN.

21/10/2015

Parti Mana, Mana Parti ?

1) Saya ini orang UMNO, tapi tengok muka Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razakpun sudah rasa lain macam. MCA saya tak layak, MICpun tak layak. Gerakan ? Hidup lagi ke ?
2) Mahu masuk PKR memang mustahil selagi ada 'bau' Anwar Ibrahim dan 'anak-anak ikannya' di situ,
3) Mahu masuk DAP, memang habis kena sumpah dengan keturunan.
4) Mahu masuk Amanah, Mat Sabu ???
5) Mahu masuk PAS, ini parti sekejap boleh sekejap tak boleh.

20/10/2015

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam AWAS !

1) Saya pengundi Parlimen Segamat sejak mula layak mengundi. Tahun 2004 saya mula layak "memangkah" sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke 11.

2) Kebetulan, calon Barisan Nasional (BN) ialah muka baru bernama Dr. S. Subramaniam. Dia ini bukan orang Segamat dan entah mana datangnya ketika itu sayapun tidak tahu. Saya "pangkah" lambang dacing bukan sebab calonnya tetapi sebab BN. Itu saja. 

3) PRU 2008, Dr. Subra menang dengan majoriti kira-kira 3000 undi tewaskan DAP. PRU 2013 dia menang tewaskan Datuk Chua Jui Meng (Menteri Kesihatan era Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang mewakili PKR. Majoriti Dr. Subra merudum ke angka sekitar 1200 undi sahaja. BN diundi lebih kurang 20000 orang dan PKR kira-kira 18800 undi. PRU 2004, majoriti diperoleh Dr. Subra ialah sekitar 7800 undi.

4) Minggu lepas, Ketua Pemuda MIC dan Ketua Wanita MIC sewaktu berucap dalam Perhimpunan Agung mereka secara kurang ajarnya telah mengeji Perdana Menteri ke 4 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha mereka untuk memuji dan membaiki imej Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak. Ketua Pemuda MIC dengan lagak "bodoh" telah mengatakan bahawa Dr. Mahathir adalah seorang rasis yang tidak bawa apa kebaikan kepada kaum India. Ketua Wanita juga berucap dengan nada "membodek" Mohd. Najib dengan harapan moga Dr. Mahathir dilupakan terus.

5) Dr. Subra kena ingat yang dia dalam bahaya. Jangan ingat dia sudah dapat jawatan Presiden MIC maka dia sudah cukup kuat dan cukup kebal. Sila jaga "mulut" Ketua Pemuda dan Ketua Wanita anda yang sebenarnya tidaklah nampak bijak sangat dan hanya tahu baca teks ucapan sahaja ! Tidak mustahil Dr. Subra akan KAMI orang Segamat "halau" daripada jadi ahli Parlimen, andapun bukan anak Segamat !

18/10/2015

11 Years in MMU As A Lecturer

1) I'm celebrating my 11 years tenure as an academician with MMU - Multimedia University.



2) I joined MMU as a young teacher (22 years !) for foundation students. Majority of them were 18 years old. The gap between me and my 1st group of students was significantly small ! 

3) My life in MMU can be traced back since May, 2000 when I officially registered as MMU student for Foundation in Management programme. In mid 2004, I completed my Bachelor Degree in Banking & Finance. 

4) May 2000 - October 2015: 15 years and 5 months, that is my complete relationship with MMU since the day I became her student (I worked with TM for 2 months after convocation before joined MMU as a staff). 

5) 11 years ago, on this day (18 October), a young man at the age of 22 years and 10 days proudly reported his duty as a Cikgu (teacher) with MMU. Thanks GOD, he able to realise his 2nd ambition (out of 2) since primary school; I want to be a Lecturer !

09/10/2015

Adakah Timbalan Perdana Menteri Bodoh ?

1) Ahmad Zahid Hamidi ini bukanlah seorang yang banyak pengalaman dalam Kabinet. 

2) Dengan usianya kini melebihi 60 tahun, dia hanya mula dilantik sebagai Menteri pada tahun 2008 oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum itu dia adalah Timbalan Menteri Penerangan. Itupun sekadar diberi Pak Lah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepadanya. Maka masa itu dia selalu kelihatan pakai jubah. Seperti dia cuba sedaya upaya menonjolkan dirinya sesuai dengan jawatan terbabit kerana portfolionya menjaga isu-isu agama.

3) 2009 selepas Mohd Najib Abdul Razak gantikan Pak Lah, Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Pertahanan. 2013 dia diberi jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri secara tiba-tiba oleh Mohd. Najib selepas Muhyiddin Yassin "dibuang" kerana terlalu mengkritik 1MDB.

4) Majlis Raja-Raja bertitah secara rasmi bahawa isu 1MDB perlu diselesaikan dengan segera dan tindakan tegas ke atas pesalah dilaksanakan. Raja-Raja bertitah juga bahawa isu tersebut mampu menimbulkan krisis keyakinan kepada Kerajaan dan membawa kepada merudumnya nilai Ringgit.

5) Ahmad Zahid keluar kenyataan bahawa tidak wajar bagi mana-mana pihak mendesak untuk mempercepat atau melambatkan proses siasatan. Dia juga kata isu 1MDB sedang cuba diselesaikan Kerajaan dengan pelan pengurangan hutang.

Soalannya:

- Ahmad Zahid ini cuba memperlekehkan titah perintah yang secara kolektifnya datang daripada 9 orang Raja-Raja ?

- Ahmad Zahid ini bodoh atau apa kerana membuat rumusan bahawa isu 1MDB hanyalah kerana hutang semata-mata ? Dia cuba buat bodoh sahaja tentang isu-isu 1MDB yang lain ? Hutang itu hanyalah cerita permulaaan kepada berderetan isu salah guna kuasa juga salah tadbir duit yang dipersoal ramai !

07/10/2015

Perdana Menteri Berani Derhaka Kepada Sultan ?

1) Bila Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersuara pasal 1MDB, dia "dipecat" Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. Muhyiddin adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. Ikut tradisi, jika "apa-apa terjadi" pada Mohd. Najib maka Muhyiddinlah yang wajar mengisi jawatan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang "ambil" tempat Muhyiddin bolehlah gigit jari hantunya saja.

2) Bila Menteri Mohd. Shafei Apdal bersuara pasal 1MDB, dia juga "dipecat" Perdana Menteri. Shafei adalah Naib Presiden UMNO selain Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein. 

3) Peguam Negara Abdul Ghani Patail yang bersara wajib pada 6 Oktober (2015) turut "dipecat" serentak dengan Muhyiddin dan Shafei pada akhir Julai 2015. Ketika itu, Abdul Ghani sedang mengetuai pasukan khas yang dianggotai Polis, SPRM dan Bank Negara dalam menyiasat isu 1MDB dan rangkaiannya yang semuanya "panas-panas" belaka.

4) Majlis Raja-Raja pada 6 Oktober (2015) sudah bertitah kepada Kerajaan yang diketuai Mohd. Najib supaya siasatan terhadap 1MDB dicepatkan, rakyat dimaklumkan secara telus dan pihak yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

5) Mohd. Najib dan "agen-agen" yang menyokongnya telah sedaya upaya "membuang" dan "menyalah" siapa sahaja yang cuba "bercakap" pasal 1MDB. Adakah Mohd. Najib dan orang kanannya seperti Ahmad Zahid, Salleh Keruak dan Abdul Rahman Dahlan berani "membuang" dan "menyalah" Raja-Raja ? Cubalah DERHAKA kalau betul-betul anak jantan !

27/09/2015

Hidup Saya Budak Kampung: Takut English

1) Waktu Darjah Satu Melor di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat, Johor saya memang paling takut subjek English. Bahasa itu buat budak pemalu dan penakut macam saya ini jadi seram sejuk.

2) Cikgu yang ajar English namanya Cikgu Diana. Dia ini cantik dan bergaya orangnya. Walaupun saya suka lihat muka dia tapi saya tidak suka subjeknya. Setengah jam di dalam kelas English seperti tiga jam terasa. Kalau sejam maka terasa seperti setengah hari ! 

3) Waktu "oral" English setiap pelajar perlu ke depan dan duduk di tepi meja guru untuk sessi "bercakap" English menghadap muka Cikgu. Sementara tunggu giliran, saya terasa mahu kencing yang amat. Saya tahu caranya mudah. Pergi ke depan dan beritahu Cikgu,  "teacher, may i go out" atau "teacher, may i go to toilet." Skrip itu saya hafal tetapi saya TAKUT dan SEJUK BADAN mahu menyebut skrip itu di depan Cikgu !

4) Apabila sudah tidak tertahan, saya tarik nafas sebab mahu menahan daripada terkencing. Malangnya, saya tidak mampu menahan lebih lama. Saya terhembus nafas dan serentak itu, AIR KENCING saya keluar dengan banyaknya. Ya, saya terkencing dalam seluar di dalam kelas !

5) Panjang sudah perjalanan hidup saya. Budak terkencing dalam seluar kerana takut subjek English itu kini sudah lebih sepuluh tahun menjadi Cikgu di MMU, mengajar ilmu Kewangan dalam bahasa yang buat saya terkencing dalam seluar dahulu - English. Syukur Ya Tuhan.

26/09/2015

Hidup Saya Budak Kampung: Tak Pernah Masuk Tadika

1) Saya ini masa kecil semua serba penakut. Tidak boleh berpisah walau seinci dengan Emak atau Encik !

2) Sebab sifat penakut yang amat, maka saya tidak masuk sekolah Tadika. Sebut saja sekolah maka saya akan menangis menjerit-jerit macan kena rasuk hantu. Maka Encik (ayah) ambil keputusan tidak perlu hantar saya ke Tadika.

3) Darjah Satu adalah pengalaman pertama saya masuk sekolah. Saya masuk sekolah dengan tidak tahu lagi baca ABC dengan lengkap dan tidak tahu langsung mengira satu campur satu itu berapa.

4) Betapa "bodohnya" saya sewaktu awal sekolah ada "bukti" sampai sekarang. Cara saya memegang pen memang lain daripada orang lain. Seperti saya menggenggam pen ! Penat Encik ajar saya cara pegang pensil sampai keluar air mata budak umur 7 tahun waktu itu, kelakar bila dikenang.

5) Warna merah, biru, kuning dan hijau juga saya belum tahu bezanya waktu Darjah Satu. Waktu Cikgu mahu beri baju sukan yang sesuai untuk saiz badan ini, dia tanya warna mana. Saya kata saya pasukan Merah tapi bila dia suruh saya tunjuk mana satu, saya tidak tahu ! Jauh sudah perjalanan hidup ini. Memang tiada siapa sangka budak "bodoh" ini akan jadi Cikgu "garang" di MMU. Syukur Ya Tuhan.

25/09/2015

Hidup Saya Budak Kampung: Tak Pandai Beli Barang

1) Masa kecil saya memang terkenal dengan sifat budak pemalu yang ekstrem. Semua benda saya takut mahu buat. Itu malu ini malu sampai ada saudara mara yang panggil saya "budak mayu."

2) Waktu Darjah Satu di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat, Johor saya tidak pernah pergi ke kantin sekolah waktu rehat. Bukan kerana saya sentiasa kenyang tetapi sebab saya TIDAK PANDAI beli barang dan takut untuk cuba membeli makanan di kantin. Takut mahu guna duit dan takut mahu bercakap !

3) Maka saya hanya minum air teh o manis yang Emak bekalkan dari rumah. Selama setahun di Darjah Satu saya tidak pernah "berani" untuk membeli di kantin sekolah.

4) Darjah Dua saya bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor. Sekolah ini hanya terletak 5 minit berjalan kaki dari rumah saya. Darjah Dua saya mula belajar beranikan diri untuk membeli di kantin, itupun selepas hampir setengah tahun berlalu.

5) Panjang sudah perjalanan hidup ini. Daripada seorang budak yang tidak tahu mengira duit, tidak pandai membeli makanan di kantin dan serba takut untuk menggunakan syilling-syilling matawang Malaysia, saya kini adalah seorang Cikgu bidang Kewangan di MMU. Syukur ya Tuhan.

24/09/2015

Hidup Saya Budak Kampung: VESPA

1) Waktu saya Tingkatan Satu, saya rasa segan kalau Encik (ayah) hantar saya ke sekolah dengan naik motor Vespa. Maklumlah, terasa kampung sangat dan sekolah pula di bandar (Sekolah Tinggi Segamat). Malu dilihat kawan-kawan atau Cikgu !

2) Waktu usia itu juga rasa amat malu mahu cium Encik di depan orang. Terasa itu "kerja" budak kecil sahaja.

3) Masuk usia akhir sekolah menengah, saya sudah "berubah." Kalau sesekali Encik hantar saya ke sekolah naik Vespa maka saya akan rasa begitu bangga. Peluang cium tangan dan muka Encik di depan orang ramai juga adalah satu momen yang cukup saya rasa megah dan gembira.

4) Sehingga kini selepas lebih 10 tahun menjadi seorang Cikgu di MMU, saya masih berpeluang naik motor yang dipandu Encik terutamanya kalau kami berdua mahu ke Pasar Minggu di bandar Segamat. Syukur pada Tuhan kerana secara keseluruhannya, kesihatan Encik adalah cukup baik untuk seorang yang sudah berusia 66 tahun.

5) Panjang sudah perjalanan hidup saya. Daripada menaiki Vespa bertiga dengan Emak dan Encik sewaktu kecil di tahun 1980an, budak pemalu yang takut bercakap di awal tahun 1990an sehinggalah menjadi seorang jejaka yang begitu suka akan kerjanya, seorang pendidik anak negara. Syukur kepada Tuhan.

22/09/2015

Bendera SEGAMAT Gantikan Jalur Gemilang ?

1) Saya orang Segamat, anak jati Johor Darul Ta'zim. Perdana Menteri Mohd. Najib bangga kata darah beliau ada darah Pahlawan Bugis. Saya juga mahu beritahu bahawa saya ini darah Pahlawan Bugis juga. Bugis JOHOR lagi yang Sultannya sendiri ada darah Bugis.
2) Heboh dan kecoh jadinya apabila ada 'kata-kata nakal' dihebahkan yang Johor mahu keluar Malaysia.
3) Pegawai Daerah Segamat Ahmad Ma'in telah mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 17 September 2015 yang menggunakan kepala surat Pejabat Daerah Segamat dengan bertajuk "Pemasangan Bendera Daerah Menggantikan Jalur Gemilang".
4) Surat tersebut mengatakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengarahkan bendera Jalur Gemilang diturunkan serta merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing kerana sambutan Hari Kebangsaan sudah berakhir.
5) Walaubagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Ismail Karim berkata isu tersebut disalah tafsir oleh Pegawai Daerah Segamat dan Johor bersetuju untuk kekal bersama dengan kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi.

Pakatan Harapan: Harapan Baru ?

1) Ketua Pembangkang Dr. Wan Azizah Ismail berkata, " Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN, "
2) Beliau turut berkata, "Perkara pertama yang diumumkan adalah saudara Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang,"
3) Pakatan Harapan adalah gabungan baharu parti-parti pembangkang selepas runtuhnya Pakatan Rakyat yang wujud sejak tahun 2008. Pakatan Rakyat dianggotai PKR, DAP dan PAS.
4) Pakatan Harapan dianggotai PKR, DAP dan AMANAH (Parti Amanah Negara). Amanah diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Amanah mengkategorikan diri mereka sebagai parti Islamik yang progresif dan terbuka dalam kerjasama politik.
5) PAS buat masa ini seperti rela bersendirian dan berkemungkinan akan berdepan dengan pertandingan 3 penjuru untuk PRU 14 kelak. Kemungkinan untuk PAS membuat 'u-turn' dalam menolak Pakatan Harapan tetap ada jika 'dendam' terhadap UMNO-BN menguasai kuat.

20/09/2015

Baju Merah Baju Kuning

1) Saya lama tidak berkata apa-apa tentang politik, tentang isu semasa.

2) Kepala saya jadi serabut kerana makin lama negara ini jadi pusing dan pusing. Orang POLITIK dalam mengekal kuasa ATAU mengejar kuasa telah membodohkan rakyat dan membawa Malaysia "ke belakang." Baik Barisan baik pembangkang, "dua kali lima !"

3) Baju Kuning menjelang Merdeka dan Baju Merah pula pada Hari Malaysia. Sengaja tidak menghormati tarikh keramat negara dan sengaja mahu cari populariti. ATTENTION SEEKER !

4) Baju Kuning katanya tidak rasis tapi majoriti besar orang Cina yang datang. DAP dan PKR memang nampak jelas berada di sebalik tabirnya. Si Baju Merah pula jelas menghimpunkan Melayu yang lebih sejelasnya menerima sokongan moral UMNO.

5) Baju Kuning dalam aman sentosa ada pula adegan "Cina pijak" gambar Presiden UMNO Mohd. Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Benda ini jadi sensitif sebab UMNO dan PAS adalah dua parti utama untuk Melayu di Malaysia. Baju Merah pula tidak pasal-pasal panggil "Cina babi." Timbul gosip panas - Cina mahu pijak Melayu dan Melayu membabikan Cina. Dua contoh ini sama-sama GILA, BODOH dan BIUL !

10/09/2015

Kebaikan Kerajaan Najib

1) Saya bukan jenis kalau benci maka segalanya dibenci. Saya juga bukan jenis pendendam. Sahabat yang kenal saya memang tahu saya jenis cepat terasa, cepat marahnya tapi cepat memaaf, cepat minta maaf dan cepat sejuk. Saya tidak suka menyimpan rasa benci dan kecewa lama-lama. 

2) Walau saya sudah menolak Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak sekalipun mati hidup semula tetapi bila saya renung mendalam ada beberapa aspek atau perlaksanaan di zaman pentadbiran beliau yang saya sokong kerana ada baiknya.

3) Perkara tertinggi yang saya puji ialah kewujudan Klinik Rakyat Satu Malaysia di kawasan-kawasan yang padat penduduk, kos kehidupan tinggi dan ramai masyarakatnya berada dalam kategori pendapatan sederhana rendah ke bawah. 

4) Perlaksanaan siaran lagu Negaraku sebelum bermula tayangan filem di panggung wayang sewaktu sambutan bulan Kemerdekaan juga amat menarik perhatian saya selaku seorang yang berjiwa patriotik dan suka menonton wayang. Ini satu bentuk "paksaan" yang baik.

5) Pemberian bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah sewaktu permulaan sessi persekolahan juga begitu baik. Selaku anak kampung yang pernah menyaksikan ramai rakan-rakan memulakan sessi persekolahan dengan kasut, seluar dan baju sekolah lama maka saya insaf betapa bantuan RM100 itu amat berharga bagi ayah-ayah dan emak-emak yang  rendah pendapatannya dan ditambah dengan bilangan anak bersekolah yang ramai. Sekurangnya RM100 itu cukup untuk pastikan si anak masuk sessi persekolahan baru dengan satu set pakaian baru (baju, seluar, kasut, stokin). Saya sokong kalau ianya dinaikkan kepada RM150 untuk tahun 2016. Bagi yang kaya atau mampu, mereka bebas untuk tidak mengambil bantuan tersbut.

TERIMA KASIH PM NAJIB !

06/09/2015

Tok Najib & 1MDB, Pak Jokowi & Bullet Train

1) Presiden Joko Widodo ambil keputusan untuk tidak teruskan projek keretapi laju (bullet train) menghubungkan Jakarta ke Bandung sejauh 150 KM. Selanjutnya ialah satu projek integrasi lengkap Jakarta-Bandung-Surabaya.

2) Ketika ini, masa perjalanan Jakarta-Bandung menggunakan keretapi ialah 3 jam. Dengan "bullet train" ianya akan menjadi 45 minit. 

3) Walaubagaimanapun, selepas mendengar pandangan umum dan seorang bekas Menteri Kependudukan Negara dan Alam Sekitar (alih bahasa mudah untuk Minister of State for Population and Environment) di zaman Presiden Suharto iaitu Emil Salim bahawa wujudnya ketidakseimbangan pendapatan di antara rakyat di pulau Jawa dan luar pulau Jawa, Jokowi mengambil keputusan untuk menggantikan idea asal dengan projek keretapi sederhana laju (medium speed train) yang akan mengambil masa kira-kira satu jam untuk perjalanan terus Jakarta-Bandung dengan kos yang lebih murah. Peruntukan lain perlu untuk mengurangkan "income gap" bahagian lain di luar Jawa seperti Sumatera, Kalimantan dan Riau.

4) Projek "bullet train" tersebut mendapat bidaan daripada negara Jepun dan China. 

5) Jepun tawarkan Indonesia pinjaman dengan faedah (interest) 0.1 % dan siap dalam masa 5 tahun. China pula tawarkan pinjaman dengan kadar 2 % dan projek siap dalam tempoh 3 tahun dan bersedia untuk dimulakan seawal September 2015 berbanding Jepun pada tahun 2016.

6) Ke dua-dua tawaran adalah untuk tempoh bayaran selesai dalam masa 50 tahun ! 10 tahun pertama tanpa bayaran dan seterusnya 40 tahun tempoh bayaran. Satu tawaran pinjaman yang cukup menarik.

7) Isunya:

A) Jokowi sebagai Presiden masih sanggup dan berlapang dada menerima nasihat seorang bekas menteri kanan zaman Suharto yang sudah veteran tetapi cukup dikenali kredibilitinya (Emil Salim) asalkan ada logik kebaikannya demi rakyat.

B) Projek mega dengan kaitan langsung kepada kerajaan Indonesia mendapat tawaran bayaran faedah (interest) sekecil 0.1 % dan 2 % daripada pihak Jepun dan China.

8) Persoalannya:

A) Mengapa Perdana Menteri Malaysia Mohd. Najib Abdul Razak begitu degil untuk mendengar nasihat daripada veteran-veteran pentadbiran kerajaan Malaysia era 1980an dan 1990an seperti Lagenda Negara Dr. Mahathir Mohamad, bekas Menteri "iron lady Malaya" Rafidah Aziz dan bekas Setiausaha Agung UMNO yang popular Sanusi Junid ?

B) Kenapa 1MDB yang dimiliki Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengambil hutang dengan bantuan "orang tengah" Goldman Sach pada kadar faedah efektif (nilai kupon bon) mencecah 6 % ?

9) Malaysia adalah sebuah negara juga seperti Indonesia. Projek "bullet train" Indonesia juga disokong Kerajaan seperti mana projek-projek pengambilalihan loji jana kuasa juga hartanah untuk dibangunkan 1MDB, syarikat milik langsung Kerajaan Malaysia.

10) Dari Malaysia ke Indonesia, saya terus memikir dan mencari logik di tanah Jakarta ...

05/09/2015

Menteri Singapura KURANG AJAR, Biadap !

1) Menteri Sumber Manusia Singapura Lim Swee Say adalah manusia kurang ajar lagi biadap  dan seperti pewaris komunis di Singapura.

2) Ancaman pengaruh ideologi komunis menjadi salah satu sebab kenapa mendiang Lee Kuan Yew mahu Singapura menyertai negara baru Malaysia pada tahun 1963.

3) Sewaktu berkempen untuk terus menang dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2015, menteri di dalam Kabinet Perdana Menteri Lee Hsien Loong itu berkata, "beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia." Beliau turut berkata andai bapanya tidak naik bot untuk sampai ke Singapura maka dia mungkin adalah rakyat negara China sekarang.

4) Swee Say turut mengapikan lagi ucapannya dengan mengumpamakan orang Cina tidak boleh tinggal di Malaysia kerana ianya milik Melayu. Maka beruntunglah warga Singapura kerana berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965.

5) Ini adalah satu penghinaan besar oleh seorang bertaraf menteri penuh Singapura kepada negara berdaulat Malaysia dan China. Perdana Menteri Hsien Loong selaku ketua Kerajaan Singapura WAJIB mengambil tindakan terhadap Swee Say dan membuat permohonan maaf rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia dan China !

Nota kaki: Menteri Singapura jangan besar kepala sangat hingga terasa Singapura sudah lebih besar daripada Malaysia dan China.

01/09/2015

Mahu Tangkap Dr. Mahathir ?

1) Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed yang baru dapat jawatan daripada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak kata terserah kepada pihak Polis jika mahu ambil tindakan ke atas Perdana Menteri selama 22 tahun (1981-2003) Dr. Mahathir Mohamad kerana ada terlibat "melawat" seketika sambil jalan-jalan sewaktu perhimpunan "haram" BERSIH 4.0 djalankan.

2) Polis adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri yang Menterinya adalah "pendekar" nombor satu Mohd. Najib iaitu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang sejak sebulan ini kalau bercakap suka menjerit-jerit sambil tangannya berpusingan kiri dan kanan menunjuk dengan garang.

3) Nur Jazlan sebelum "dapat" jawatan Timbalan Menteri ialah Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang sedang dalam proses menyiasat skandal 1MDB. PAC adalah satu "badan khas" neutral yang dianggotai wakil-wakil ahli Parlimen di kalangan Kerajaan dan juga Pembangkang.

4) Apabila Mohd. Najib "menaik pangkat" Nur Jazlan dan tiga lagi anggota PAC daripada Barisan Nasional maka LUMPUH dan terbantutlah proses prosiding kes 1MDB yang baru saja mahu bermula sekitar Julai lepas. Proses siasatan hanya boleh disambung / dimulakan semula selepas Parlimen bersidang Oktober nanti dengan perlantikan rasmi anggota baru.

5) Apa yang pasti, jika rejim Mohd. Najib dengan hebatnya berani menahan Bapa Pemodenan Malaysia yang sehingga kini diiktiraf sebagai pemimpin negara ini yang paling dikenali dan dihormati dunia; maka bersedialah untuk mendapat "bencana" yang lagi menarik dan tak terlawan bagi pasukan "pertahanan dan perang saraf" Perdana Menteri itu.

31/08/2015

Saya Anak Malaysia ! (Tidak Najib, Tidak BERSIH)

1) Jiwa saya naik sakit apabila memikirkan benda gila yang berlaku di NEGARAKU sekitar sambutan Merdeka 2015 ini.

DERMA

2) Saya sudah hilang percaya pada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. Dia cuba membodohkan rakyat dengan berkata RM2.6 Billion yang "masuk" ke dalam akaun peribadinya adalah DERMA. Derma Pak Arab. Pak Arab mana, negara mana masih tidak dijelaskan. Ke mana diguna juga tidak terjawab.

3) Ada orang Najib kata derma itu kerana sumbangan Malaysia dalam menentang keganasan, ada pula kata ianya sebagai menghargai Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana. 

4) Yang pelik, jika ianya adalah untuk UMNO kerana penghargaan itu dan ini, mengapa tidak masuk saja ke akaun rasmi parti ? 

5) Lagi pelik kenapa Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi tidak pernah tahu sehinggalah Wall Street Journal "bongkar rahsia" pada awal Julai 2015 ? Transaksi berlaku pada tahun 2013 dan akaun itu juga sudah ditutup pada tahun yang sama.

6) Dikatakan sejumlah besar daripada RM2.6 Billion itu sudah dipindahkan semula ke akaun awalnya di Singapura. Kalau ianya untuk UMNO kenapa perlu dipindah semula ke Singapura ?

1MDB 

7) Pembubaran pasukan petugas khas menyiasat salah laku korporat 1MDB diketuai Peguam Negara "dipecat" Abdul Ghani Patail dengan dianggotai Polis, Bank Negara dan SPRM ternyata mengejutkan Malaysia dan dunia. 

8) Mohd. Najib turut "pecat" Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Mohd. Shafei Apdal kerana mereka terlalu "banyak bertanya" pasal 1MDB dan derma RM2.6 Billion.

9) Empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) daripada Barisan Nasional yang juga sedang menyiasat 1MDB selaku wakil neutral Parlimen kerana turut dianggotai wakil Pembangkang "dinaikkan pangkat" sebagai Timbalan Menteri. 

10) Prosiding "perbicaraan" 1MDB yang sepatutnya aktif pada awal Ogos jadi lumpuh tanpa korum yang sepadan kerana tiada ketua.

11) Tiba-tiba Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) Polis digantikan. Timbalan Pengarah kini turut ditukarkan. Ada juga cubaaan untuk menukarkan pegawai-pegawai kanan SPRM yang sedang menyiasat isu duit RM42  Juta yang asalnya daripada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International mengalir ke akaun Mohd. Najib. 

12) SRC International sewaktu menjadi anak syarikat 1MDB mendapat hutang RM4 Billion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Selepas itu SRC jadi syarikat di bawah kawalan terus Kementerian Kewangan yang Mohd. Najib jadi Menteri.

13) Ramai pula penyiasat di SPRM, Bank Negara dan pejabat Peguam Negara ditahan polis, disoal-siasat dan digeledah pejabat juga rumah atas alasan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Gila bunyinya !

14) Perdana Menteri turut berhutang penjelasan dengan rakyat apabila telah "terbohong" mengatakan duit 1MDB sebanyak anggaran RM4 Billion yang asalnya "dilabur" di Cayman Islands telah "di bawa balik" tetapi diletakkan pula di Singapura. Menjadi bahan lawak apabila pihak bank terbabit di Singapura menafikan ada WANG dimasukkan. Jadi mana duitnya ?

BERSIH

15) Perhimpunan "haram" BERSIH 4.0 tetap diadakan selama 34 jam di sekitar Dataran Merdeka sehingga detik 12 malam 31 Ogos. 

16) BERSIH 4.0 digerakkan secara aktif oleh pembesar-pembesar DAP dan PKR, "orang-orang kecewa" PAS yang kini guna nama seketika "Gerakan Harapan Baru" turut ada tetapi gagal membawa penyokong yang ramai. Akhirnya, 80% yang hadir ialah kaum Cina sahaja. Ternyata BERSIH sebelum ini PAS berjaya mainkan peranan besar hingga kelihatan majoriti besar yang sokong hadir ialah orang Melayu.

17) Objektif BERSIH 4.0 mahu Mohd. Najib berundur dan kebebasan institusi seperti badan pencegahan rasuah dan pilihan raya bolehlah dikatakan ada logik dan kewajarannya.

18) Yang jadi persoalan, mengapa perlu pilih 29-30 Ogos di kala waktu itu Malaysia seharusnya bersatu dan bertenang demi menghormati dan mensyukuri erti Merdeka ? Pilihlah seminggu sebelum atau seminggu selepas Merdeka. Kenapa kurang ajar sangat ? 

19) Bersyukur kerana BERSIH 4.0 berakhir dengan aman tanpa kelampauan melebihi batasan. Tetapi tetap ada aksi tidak bertamadun peserta yang bersorak macam orang gila dengan MEMIJAK gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Protes kepada Perdana Menteri memang ada kewajarannya tetapi bersikap bodoh dan kurang ajar seperti itu amat menyedihkan. Dikhuatiri ianya boleh menjadi isu perkauman.

KESIMPULAN

20) Saya tetap anak Malaysia yang cukup sayangkan negara ini. Saya tidak sokong pemimpin yang membawa masalah dan bertindak dengan benda-benda yang cuba membodohkan rakyat. Saya juga tidak menyokong sebarang perhimpunan haram yang jelas sengaja mahu bikin masalah dan tidak tahu membezakan di antara keperluan untuk tidak menyokong seseorang dengan PENTINGNYA berlapang hati juga bersabar sebentar demi menghormati Hari Kebangsaan Malaysia tercinta ini.

30/08/2015

Where is My Merdeka ?


1) I wish today is not 30th August 2015. I wish today is 30th August 1995 or 30th August 2000.

2) Malaysia today is not Malaysia of "yesterday." "Yesterday," my Merdeka spirit was near to infinity for the whole 31st August.

3) Life must goes on. Moving forward is the track to abide. Hoping for the best is a must, waiting for the real leadership to "sail" Malaysia back to it's glory years of 1990s and beginning of Millennium; Malaysia Boleh and Keranamu Malaysia !

4) On this day, late evening of 30th August 2015, I pray to GOD; Protect Malaysia from any bad agendas of any parties either internally or externally.

5) Dear Malaysia, Selamat Hari Merdeka ! Happy Independence Day ! You still have me, I still have you, thanks GOD.


29/08/2015

The Power of Sir is Larger Than BERSIH and PM Najib

1) Today is BERSIH day ? My students enjoy their Saturday with my test paper.

2) They are 250 students of mine; young, energetic and smart ! Full with potential, an infinity dreams. 



3) They will say YES whenever sir Fendi says something. I able to make them love this country more than the PM able to do. 

4) They trust me more than they trust the Prime Minister Najib. Most of them don't know who is Ahmad Zahid Hamidi and they just laughed when I mentioned the name of Ahmad Maslan.



5) To real politician out there, please don't underestimate the power of Sir.


BERSIH ! BERSIH ! BERSIH ! (PM NAJIB SUBJEK UTAMA)

1) Saya dalam dilemma. 

2) Objektif BERSIH 4.0 ada dua. Satu mahu Perdana Menteri "bermasalah" Mohd. Najib Abdul Razak letak jawatan dan yang ke dua mahu pembaikan kepada institusi pencegahan rasuah negara, lebih bebas dan tiada gangguan pemerintah.

3) Tanpa ragu-ragu, saya selaku pemangkah "hidup dan mati" lambang dacing sewaktu Pilihanraya Umum (layak mengundi sejak PRU 2004) bersetuju dengan objektif-objektif BERSIH 4.0.

4) Yang saya tidak berkenan ialah pemilihan waktu dan tempat BERSIH 4.0 ini diadakan.  Kelihatannya sengaja mahu beri imej buruk kepada negara menjelang sambutan MERDEKA ke 58. 

5) Mereka mahu berhimpun bermula petang Sabtu (29 Ogos) sehinggalah detik 11.59 malam, Ahad (30 Ogos) di kawasan Dataran Merdeka dan sekitarnya. 

6) Seperti "BERSIH-BERSIH" sebelum ini, pasti ada kekacauan. 

7) Berdasarkan kepada keadaan semasa dengan sentimen yang cukup negatif terhadap Mohd. Najib, saya menjangkakan BERSIH 4.0 akan disertai secara sukarela secara lebih ramai. Tidak mustahil ianya akan mencecah dua kali ganda daripada yang dahulu.

8) Subjek utama BERSIH 4.0 adalah kepada individu bernama Mohd. Najib yang telah membawa kebencian, rasa muak dan rasa diperbodohkan oleh rakyat secara majoriti. 

9) Mohd. Najib sekarang bukan Mohd. Najib yang dahulu. Sedikit masa dahulu dia kelihatan seorang yang cukup "gentleman." Mulutnya asyik keluar ayat-ayat seperti "inclusiveness, keterangkuman, wasatiyyah, kesederhanaan, moderate, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan PM untuk semua." Semua itu sudah jadi sejarah. SEJARAH TIDAK MUNGKIN BERULANG !

10) Mohd. Najib yang ada sekarang ialah Mohd. Najib yang suka menakutkan rakyat dan suka menunjukkan yang dia adalah hero, pahlawan dan pendekar kerana katanya darahnya darah Bugis. Akhir tahun lepas dia ada gelar orang sebagai bangang. Terkini dia kata orang sebagai bangsat.

26/08/2015

BERSIH 4.0 : "Bersihkan Najib ?"

1) Dengarnya BERSIH 4.0 akan tetap dijalankan bermula Sabtu (29 Ogos) ini, waktunya petang. 

2) BERSIH 4.0 akan berbeza daripada yang sebelum ini kerana mereka mahu berhimpun terus-menerus selama lebih 30 jam sehinggalah 11.59 malam, 30 Ogos 2015.

3) Kali ini BERSIH ada dua objektif utama iaitu mahu Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak letak jawatan dan mahu pembaharuan dan pembaikan dalam institusi pencegahan rasuah negara.

4) BERSIH 4.0 tetap dilabel sebagai satu gerakan haram tetapi amat dikhuatiri ianya akan menimbulkan sesuatu di luar kawalan. Jika sebelum ini, BERSIH lebih kepada satu initiatif pembangkang dan penyokongnya, kali ini seperti akan ada para penyokong Kerajaan yang "anti" Mohd. Najib akan turut serta.

5) Saya tidak sokong sebarang bentuk perhimpunan haram yang terlalu kerap menyusahkan orang lain tetapi dua objektif BERSIH 4.0 itu ada logiknya.

24/08/2015

Tuhan Selamatkanlah NEGARAKU

1) Seketika tadi, saya berdiri tegak menghormati nyanyian lagu rasmi negara Thailand sebelum acara bermula.

2) Tanpa disangka air mata saya bergenang keluar kerana terasa sebak teringatkan NEGARAKU Malaysia.

3) Saya sedih, saya hiba dan saya kecewa melihat betapa diNEGARAKU ada pemimpin yang sedaya upaya meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan NEGARAKU.

4) Saya amat sayangkan NEGARAKU kerana sejak kecil Encik (ayah) saya seorang bekas tentera "si pahlawan Bugis" pernah berkata "Encik sanggup MATI" demi negara. 

5) Jika Encik saya seorang budak kampung kelahiran Kampung Alai, Segamat, Johor sanggup mati demi negara; mengapa ada orang sanggup jadi PEKAK DAN BUTA untuk menidakkan keadaan betapa satu NEGARAKU secara majoriti besar sudah tidak mahukan dia ?

23/08/2015

PM NAJIB TERIMA RASUAH ?

1) Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak buat kenyataan yang ada pemimpin minta dana daripada beliau tetapi tikam belakang pula.

2) Kenyataan ini secara "implied" adalah satu pengakuan rasmi Najib bahawa beliau MEMBEKALKAN DANA / BANTUAN kewangan kepada ahli-ahli politik lain yang beliau menjadi "tuan besar."

3) Persoalannya, bagaimana Mohd. Najib yang bukan seorang ahli bisnes bernilai Biliion Ringgit mampu sewenangnya menjadi "pembekal" kepada dana / bantuan kewangan kepada ahli politik lain di bawah pentadbirannya ?

4) Jika pemberian dana / bantuan kewangan disediakan oleh PARTI politik sama ada atas nama Barisan Nasional (BN), DAP, PKR, PAS mahupun komponen-komponen BN seperti UMNO, MCA, MIC, PBB, GERAKAN, PBS dan sebagainya maka ianya tidak salah kerana melalui saluran rasmi parti. Malah, penerimaan derma atau apa jua sumbangan kepada akaun rasmi parti adalah sesuatu yang tidak salah kerana parti politik memang memerlukan dana untuk bergerak.

5) Mohd. Najib dan "pahlawannya" makin hari cuba bersungguh-sungguh  untuk MENGHALALKAN kemasukan "derma" RM2.6 Billion ke dalam akaun peribadinya. Rasuah tidak sukar untuk diterjemah. Menerima sesuatu yang ada kaitan dengan jawatan semasa dan hakikatnya tiada kewajaran untuk menerima dan "derma" itu tidak akan diperoleh orang lain yang tiada jawatan tersebut, ia adalah RASUAH. Rasuah juga bererti penyalahgunaan kuasa walau tidak melibatkan satu sen duit sekalipun. 

21/08/2015

Adakah Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak Akan Berundur ?

1) Ya, jika usaha misteri mendapatkan perakuan bersumpah untuk dipersembah kepada Yang Di Pertuan Agong bagi menolak sokongan kepada Perdana Menteri sebanyak minima 112 ahli Parlimen (Jumlah semasa: Barisan Nasional - 134 ahli, Pembangkang / Bebas - 88 ahli) berjaya.

2) Ya, jika majoriti ahli Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat pertama (9 September 2015) mereka semenjak Mohd. Najib "memecat" Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Mohd. Shafei Apdal daripada Kabinet seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

3) Ya, jika ada tekanan daripada Majlis Raja-Raja bahawa Mohd. Najib perlu sedar bahawa negara sudah tidak memerlukannya dan terlalu banyak masalah dan ketidaktentuan berlaku.

4) Ya, jika gerakan "haram" BERSIH 4.0 yang merancang mahu berhimpun berpuluh jam menjelang sebelum sambutan Merdeka berjaya himpunkan beratus ribu rakyat yang konsisten menunjukkan ketidakmahuan mereka kepada Mohd. Najib sekaligus memberi tekanan luar biasa.

5) Ya, jika Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi "berpaling tadah" kerana sedar semakin lama dia cuba mempertahankan Mohd. Najib maka semakin singkat jugalah usia karier politik beliau sendiri. Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO paling kanan, dia boleh kekal jadi Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.