12/12/2015

Ketua Menteri Cuba Jadi Ustaz Terbaik ?

1) Ketua Menteri Idris Haron ditemu-bual secara langsung oleh RTM 1 pada malam 11 Disember 2015 bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO.

2) Beliau ini memang biasa kalau berucap adalah "terkeluar" satu dua ayat-ayat Al-Qur'an. Ada masa memang sesuai dan wajar dipuji tetapi dalam usaha beliau juga mahu menjaga bosnya iaitu Pahlawan Bugis "angkat sendiri" si Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, Tok Derispun guna kata-kata suci ALLAH TAALA. 

3) Tok Deris memetik ayat Al-Qur'an yang kata ALLAH beri kuasa pada mereka yang dikehendakiNya. Dipendekkan cerita, ianya umpama Tok Deris mahu keluarkan "fatwa" versi sendiri bahawa oleh kerana ALLAH telah beri kuasa dan kedudukan kepada Tok Najib maka kita semua perlu terus sokong beliau dan jangan pertikaikan. Redha sajalah agaknya !

4) Ketua Menteri Melaka ini JANGANLAH petik ayat Qur'an secara "individu" dan "terpisah." Cuba belajar jauh sedikit dan gabunglah banyak sedikit ayat-ayat suci ALLAH TAALA tentang amanah, kepimpinan, kejujuran dan malapetaka akibat daripada khianat kepada tugas sebagai pemimpin. Ceritakan juga kisah-kisah khalifah-khalifah selepas era Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali yang mulanya ada kuasa tetapi selepas itu dijatuhkan akibat daripada kesilapan dan khianat pada tugas. 

5) Kita hormati Idris sebagai Ketua Menteri tetapi kita tidak mahu beliau memurahkan nilai dirinya dengan bertindak sedemikian. Jangan rendahkan nilai Al-Qur'an yang suci hanya kerana mahu pertahankan Pahlawan Bugis "angkat sendiri" Mohd Najib Abdul Razak !

2 comments:

  1. Replies
    1. Satu penghormatan bagi saya apabila antara penulis surat khabar kegemaran saya (saudara di nombor tiga selepas Datuk Kadir Jasin dan Tan Sri Zam) menyelinap masuk ke sini. Blog saya ni guna konsep 5 points saja, saya copy paste apa yang saya letak di FB saya. Ramai pembaca saya di FB, blog ni hanya koleksi FB semata :). Tq Tuan !

      Delete