1) Bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO yang akan dirasmikan Presiden Mohd. Najib Abdul Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia maka saya ingin menyeru kepada semua agar berilah sokongan padu kepada beliau.
2) Seruan ini saya sampaikan secara ikhlas TERUTAMANYA kepada orang-orang 'berjawatan' dalam UMNO mahupun Barisan Nasional yang merupakan kawan (friend) FB saya yang kerdil ini. Saya bukan YB, jadi jangan bimbang kerana saya bukan pencabar kalian.
3) Saya tahu ada Yang Berhormat sama ada memegang jawatan ahli Parlimen mahupun ADUN yang ikut rapat FB Fendi Ahmad ini dan 'tercari-cari' di mana perginya 'posting-posting' tentang Tok Najib, 1MDB, sedekah 2.6 Bilion dan analisa politik. Mesti mereka 'rindu' kepada 'posting 5 poin' Fendi Ahmad tentang itu semua.
4) Kepada kawan-kawan FB terbabit yang saya fikir tidaklah faham sangat apa itu masalah 1MDB dan cuba 'menipu diri' atau 'tertipu diri' sebab SYIOK sangat jadi ahli Parlimen, ADUN atau bekerja untuk YB-YB, sokonglah dan teruslah menyokong PM Najib ini. Dialah Perdana Menteri terbaik di dunia sehingga ada orang ikhlas derma pada beliau sebanyak RM2 600 000 000 tidak mengharap balasan. Saya tidak buat tuduhan kerana PM Najib sendiri telah mengatakan sebegitu rupa.
5) PM Najib secara TULUS dan IKHLAS juga telah katakan duit itu semuanya digunakan untuk UMNO dan bukan untuk peribadinya. Jadi JANGANlah kita bertanya 5 soalan ini lagi:
- Siapakah penderma budiman itu ?
- Kenapa duit itu tidak masuk ke dalam akaun rasmi UMNO ?
- Kenapa duit itu tidak pernah dilaporkan dalam penyata kewangan UMNO yang dibentangkan pada Perhimpunan Agong tahun 2013 mahupun 2014 ?
- Kemanakah duit-duit itu dibelanjakan ?
- Kenapa Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah dimaklumkan tentang derma itu sehinggalah Wall Street Journal 'membongkarnya' pada Julai 2015 walhal derma berlaku pada tahun 2013 ?
SOKONGLAH PM NAJIB !
No comments:
Post a Comment