1) Dengarnya BERSIH 4.0 akan tetap dijalankan bermula Sabtu (29 Ogos) ini, waktunya petang.
2) BERSIH 4.0 akan berbeza daripada yang sebelum ini kerana mereka mahu berhimpun terus-menerus selama lebih 30 jam sehinggalah 11.59 malam, 30 Ogos 2015.
3) Kali ini BERSIH ada dua objektif utama iaitu mahu Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak letak jawatan dan mahu pembaharuan dan pembaikan dalam institusi pencegahan rasuah negara.
4) BERSIH 4.0 tetap dilabel sebagai satu gerakan haram tetapi amat dikhuatiri ianya akan menimbulkan sesuatu di luar kawalan. Jika sebelum ini, BERSIH lebih kepada satu initiatif pembangkang dan penyokongnya, kali ini seperti akan ada para penyokong Kerajaan yang "anti" Mohd. Najib akan turut serta.
5) Saya tidak sokong sebarang bentuk perhimpunan haram yang terlalu kerap menyusahkan orang lain tetapi dua objektif BERSIH 4.0 itu ada logiknya.
No comments:
Post a Comment