1) Saya seorang Pensyarah, kalau tiba-tiba ada ibu-bapa pelajar datang jumpa ketika anaknya sedang belajar subjek saya dan beri RM26 000, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
2) Saya seorang pembantu Dekan yang jaga urusan pelajar. Ala-ala Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di sekolah. Jika tiba-tiba ada ibu-bapa datang jumpa dan beri RM26 000 dikala ada anaknya sedang membuat rayuan supaya tidak dibuang Universiti kerana keputusan peperiksaannya beberapa semester asyik gagal, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
3) Saya seorang Penasihat kepada sebuah persatuan di Universiti. Jika ada seorang usahawan tiba-tiba beri saya RM26 000 dikala dia tahu bahawa dia boleh masuk 'meniaga' ke dalam Universiti tanpa bayar sewa dengan 'guna' nama Persatuan saya itu, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
4) Saya seorang tukang penemuduga kakitangan baru di Universiti. Jika ada seorang calon tiba-tiba bagi saya hamper sebesar Perodua Viva berharga RM26 000 sebelum proses temuduga berlaku, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
5) Kesemua situasi di atas adalah merujuk kepada tugas saya di Universiti. Saya hanya terfikir jika ianya berlaku, adakah itu derma buat saya ? Adakah ianya saguhati buat saya ? Kenapa pula mereka tiba-tiba mahu beri sumbangan mewah itu kepada saya ? Kenapa tidak beri kepada makcik 'cleaner' yang ada juga di Fakulti saya atau kepada 'Pak Guard' yang selalu kena kerja 12-14 jam tanpa henti tanpa kira waktu ? Kenapa ?
No comments:
Post a Comment