03/08/2015

Misteri 1MDB: Beli Aset Guna "James Bond" ?

1) Tahun 2012, 1MDB beli dua loji jana kuasa milik Tanjung Plc (dikuasai Ananda Krishnan) dan Genting Berhad dengan jumlah keseluruhan mencecah RM10.85 Billion. Untuk rekod, Tanjung dan Genting juga mempunyai bisnes perjudian yang menguntungkan.

2) Pembelian dua loji jana kuasa itu secara jelas adalah pembelian TERLEBIH NILAI. Maksudnya, 1MDB membayar di atas harga pasaran yang sewajarnya.

3) Buktinya ialah auditor 1MDB sendiri telah menjatuhkan nilai aset tersebut sebanyak RM2.5 Billion daripada harga belian untuk direkodkan di dalam akaun 1MDB bagi tahun kewangan 2013.

4) Kalaulah susut nilai dikira sekalipun, ianya seolah dijatuhkan harga pasaran sebanyak 23% dalam masa satu tahun. Maknanya, aset terbabit sama ada sudah TUA (tidak berada ditahap operasi optimum lagi), konsesi nilai perniagaannya sudah hampir tamat ATAU ada sesuatu niat tersembunyi kenapa belian terlebih harga dilakukan.

5) Belian RM10.85 Billion itu dibuat dengan duit hutang. Maka, bantuan berbayar firma Goldman Sachs digunakan untuk penjualan bon (hutang) 1MDB. Bon (hutang) yang diperoleh 1MDB ialah sebanyak RM11.55 Billion. Nilai itu adalah sewaktu kadar RM kepada 1 US Dollar ialah 3.30. 

6) Untuk tujuan pembelian aset tenaga itu, 1MDB turut membuat hutang RM6.2 Billion yang diperoleh daripada gabungan konsortium Malayan Banking Berhad dan RHB Bank Berhad.

7) Senang kata, untuk beli aset "tua" pada harga terlebih mahal iaitu RM10.85 Billion, 1MDB ambil hutang sebanyak RM17.75 Billion (penjualan bon + konsortium dua bank). Hutang terlebih sebanyak RM6.9 Billion !

8) Jualan bon (hutang) 1MDB yang dijalankan oleh Goldman Sachs melibatkan bayaran komisen, yuran dan perbelanjaan sebanyak RM1.3 Billion. RM4.25 Billion nilai bon itu pula diserahkan kepada penjamin bersama bon (hutang); International Petroleum Investment Company of Malaysia (IPIC) of Abu Dhabi. Maka, nilai jualan bon (hutang) yang betul-betul diperoleh 1MDB hanyalah sekitar RM6 Billion (52% sahaja daripada hutang yang diperoleh melalui jualan bon). Maka, disitulah hutang RM6.2 Billion perlu diperoleh daripada gabungan konsortium diketuai Maybank dan RHB.

9) Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ialah Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB ialah syarikat milik Kementerian Kewangan yang menterinya juga adalah Perdana Menteri. 

10) Soalannya: 

- Kenapa transaksi belian asset TUA pada harga terlebih nilai itu berlaku ?

- Kenapa perlunya hutang ke dua sebanyak RM6.2 Billion daripada bank tempatan walhal sudah ada terbitan bon (hutang) yang diperoleh dengan bantuan firma "mat salleh" Goldman Sachs ?

- Kenapa bayaran komisen yang diperoleh Goldman Sachs terlalu tinggi sehingga mencecah 11% daripada jumlah hutang ?

- Kenapa IPIC yang jadi penjamin bersama bon (hutang) itu diberi hak untuk menyimpan sehingga RM4.25 Billion (37% !) daripada nilai bon (hutang) yang diperolehi ?

No comments:

Post a Comment