03/08/2015

Perdana Menteri Perlu "Pecat" Ramai Lagi Pemimpin Kanan

1) Selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin "disingkirkan" daripada jawatan, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak perlu lebih berani lagi.

2) Perdana Menteri telah ketepikan orang nombor dua dalam UMNO dan seorang daripada orang nombor tiga dalam UMNO iaitu Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.

3) Shafie Apdal adalah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO selain Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein.

4) Mereka diberhentikan Mohd. Najib kerana bersuara sedikit kritikal terhadap 1MDB (1 Malaysia Development Berhad); syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

5) 1MDB ini asalnya bernama Terengganu Investment Authority (TIA). Ianya tertubuh di atas kehendak dan sokongan penuh Mohd. Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri. Tujuannya seperti terkandung dalam nama asalnya ialah untuk menjadi agen pelaburan kerajaan (investment). 

6) Malangnya selepas kira-kira lima tahun beroperasi, 1MDB bukan memberi untung tetapi memikul beban hutang sebanyak RM42 Billion sehingga ke tahap ada masalah tunai untuk menjelaskan bayaran ansuran hutang. 

7) Perdana Menteri ke empat Dr. Mahathir Mohammad kata berdasarkan apa yang berlaku di sepanjang Julai 2015, bercakap (kritik) 1MDB adalah satu "jenayah." Negarawan itu sememangnya terkenal dengan kata-kata sinisnya yang tersirat makna mendalam.

8) Mohd. Najib kata beliau perlukan pasukan dalam pentadbirannya yang sama-sama selari dengannya (sependapat, sama suara, sama kepercayaan ?). Kita faham dan janganlah memepertikaikan kehendak dan maksud beliau. Hak Perdana Menteri termaktub dalam undang-undang. 

9) Ada gossip (GOSSIP sahaja !) kata tiga orang Menteri Besar perlu atau akan diubah (senang kata diberhentikan juga). Mereka yang digossipkan sebagai "perlu" Mohd. Najib singkirkan ialah Mukhriz Mahathir MB Kedah, Zambry Abdul Kadir MB Perak dan Mohammad Hassan MB Negeri Sembilan. Mungkin gossip timbul kerana ketiga-tiganya kelihatan seakan tidak berapa "sama suara" dengan Perdana Menteri dalam
isu 1MDB.

10) Perdana Menteri silalah singkirkan banyak lagi nama-nama besar dalam pentadbiran beliau. Anda memang memerlukan orang-orang bawahan yang boleh dan serasi bekerja dengan anda demi negara. Semoga lebih tenang dan lebih mudah lagi keadaan selepas ini ...

No comments:

Post a Comment