1) Di Kota Melaka (1Ogos), Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak kata ada pihak dari Qatar dan China berminat mahu beli sebahagian tanah milik 1MDB di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
2) Dengan menerima tepukan gemuruh daripada perwakilah UMNO Kota Melaka, Najib dengan bersemangat mengatakan itu adalah bukti bahawa 1MDB ada aset dan hutangnya akan dikurangkan.
3) Sejak bila 1MDB dikatakan tiada aset ? Ya, Perdana Menteri memang betul. 1MDB memang ada aset terutamanya dalam bentuk loji jana kuasa yang dibeli dengan guna duit hutang, tanah di sekitar Kuala Lumpur (Tun Razak Xchange dan Bandar Malaysia) yang dibeli dengan ihsan Kerajaan pada harga MELAMPAU murah dan ada juga tanah di Pulau Pinang yang dibeli pada harga terlebih mahal pula.
4) Pelik juga apabila Mohd. Najib sanggup mengambil jalan mudah dalam mengurangkan hutang 1MDB iaitu dengan JUAL tanah yang sebelumnya dibeli dengan harga diskaun "GILA-GILA" daripada Kerajaan. Bukankah tanah-tanah itu diberi hak kepada 1MDB pada asalnya supaya dibangunkan dan akhirnya menyumbang kepada matlamat utama penubuhannya sebagai satu jentera pelaburan yang perlu membawa untung ?
5) Kalau mahu jual tanah kepada pihak asing untuk selesaikan sedikit masalah tunai 1MDB maka rasanya itu bukan satu penyelesaian bertaraf hebat daripada seorang Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment