06/08/2015

DAP & SPRM: Dulu Benci Sekarang Sayang

1) Hari ini para pemimpin pembangkang seperti Presiden PKR Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Supremo DAP Lim Kit Siang dan "Pengasas Gerakan Harapan Baru" Mohamad Sabu melawat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda sokongan dalam usaha berterusan penyiasatan kes-kes tertentu yang sudah menjadi isu rakyat dan negara Malaysia ini.

2) Lima atau enam tahun lepas, SPRM telah dikecam, dihina dan "dihaiwankan" orang-orang yang sama, manusia yang pada hari ini memberikan sokongan moral kepada mereka.

3) SPRM dicaci seperti binatang hina oleh puak-puak DAP, PKR dan PAS dek kerana terbunuhnya seorang pegawai kepada EXCO Selangor daripada DAP di premis SPRM sewaktu masih dalam proses soal siasat. 6 tahun SPRM disalah tanpa henti.

4) Keputusan siasatan Suruhanjaya Di Raja yang mengatakan mendiang Teoh membunuh diri dengan terjun daripada bangunan SPRM itu juga tidak diterima DAP dan menjadi modal politik mereka dalam menanamkan rasa "benci dan geli" rakyat / penyokong mereka kepada SPRM khasnya dan Kerajaan amnya.

5) Bagi saya, benci dan sokong adalah berdasarkan fakta dan bukan kerana emosi atau kepentingan tersembunyi. Sewaktu isu Teoh Beng Hock saya yakin bahawa konklusi berdasarkan kajian mendalam Suruhanjaya Di Raja adalah cukup adil. Maka saya tidak sokong pendekatan kebencian yang diwujudkan DAP ketika itu. Bagi situasi menyokong SPRM kali ini, saya yakin DAP membuat satu "u-turn" yang tidak salah dan ada kebaikannya. Dalam berpolitik demi kebaikan negara, kita wajib lebih objektif dan bukan bermain politik maki hamun dan kebencian. Sokong parti tidak bererti sokong 100% pemimpinnya dan tidak sokong parti tidaklah bermakna 100% parti itu buat adalah salah.

No comments:

Post a Comment