16/08/2015

Dato' Ambiga "Bersih"

1) Dato' Ambiga Sreenevasan amat sinonim dengan gerakan Bersih. Saya memang anti Bersih. Beliau dianugerahkan "Dato'" oleh Almarhum Sultan Azlan Shah sewaktu masih bergelar Presiden Majlis Peguam.

2) Bagaimana Ambiga boleh kata pilihanraya umum Malaysia adalah tidak "bersih" walhal pada tahun 2008 dan 2013, pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional ? Tetapi ada juga isu-isu berkaitan ketelusan dan integriti yang saya kira Ambiga tidak semestinya silap.

3) Ada orang kata (bila bertentang mata, ada yang seperti perli-perli) "posting" FB saya panjang meleret-leret. Ada kata saya tidak takut ke ? Wah, melambak lagi manusia yang kerjanya keji dan maki hamun manusia di FB. Mereka itu yang patut "takut."

4) Kerana cara dan gaya sendiri di FB dan juga komen-komen ringkas di Twitter, saya dapat "perhatian" daripada "orang-orang" yang ada nama sama ada di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang. Ada masa juga, peluang memberi idea secara terus dan tertutup dapat diperoleh. Ada kisah yang saya tidak dapat ceritakan secara terbuka. Kisah Ahli Majlis Tertinggi UMNO mahu idea saya. Kisah Ahli Parlimen orang kuat PKR yang bijak mahu menemui saya. Kisah saya diberi peluang jadi jurukempen BN dan banyak lagi. Semuanya kerana "FB" saya.

5) Dengan pengikut Twittter beliau hampir mencecah 50000 dan yang diikutnya hanya sekitar 200 lebih, maka apabila Ambiga "follow" saya, tentulah saya terbuka. Terselit dikalangan orang-orang Pakatan (1.0 ? 2.0 ?) adalah sesuatu yang "istimewa." Saya nyatakan pada beliau, saya pengundi Barisan, penyokong UMNO tapi bukan fanatik sokong membuta tuli. Secara peribadi, beliau ucapkan tahniah kepada saya kerana "putting the nation 1st." Ambiga sedar saya akan kritik beliau bila kena isunya tetapi ada masa saya akan sekata dengannya apabila kepentingan negara diutamakan.

No comments:

Post a Comment