1) Salleh Said Keruak ini lama dulu pernah jadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun (1994-1996). Lepas itu riwayat politiknya seperti tenggalam. Saya yakin, nama beliau tidak ramai yang kenal sebelum dia tiba-tiba "muncul" pada tahun 2015 ini sebagai antara "panglima" kepada Perdana Menteri Malaysia selain Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan Ismail Sabri Yaakob.
2) Riwayat politik si Salleh ini hidup semula apabila dijadikan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pada akhir 2010.
3) Dalam isu 1MDB, tiba-tiba dia jadi pembela utama Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak di TV3. Hampir setiap hari Salleh hentam bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad yang kritik Mohd. Najib. Walhal Dr. Mahathirlah yang memilih beliau untuk dijadikan Ketua Menteri waktu usianya belum cecah 40 tahun sebaik sahaja Barisan Nasional dapat membentuk kerajaan negeri selepas menyingkirkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
4) "Hadiah" besar diperoleh Salleh apabila dilantik Mohd. Najib sebagai Menteri Komunikasi & Multimedia pada hari yang sama Muhyiddin Yassin dan Mohd. Shafei Apdal "dipecat" Mohd. Najib.
5) Hari ini Salleh HENTAM Dr. Mahathir. Dia kata Dr. Mahathir juga terima derma daripada orang Arab sewaktu mahu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Salleh ini sudah "KURANG AKAL" agaknya. Dr. Mahathir dapat derma Arab untuk tujuan bina UIA dan duit tidak masuk akaun peribadi TETAPI kes "derma" RM2.6 Billion kepada Mohd. Najib itu dimasukkan ke akaun peribadi dan tidak diketahui cara ianya digunakan. Dua benda yang BEZAnya seperti langit dan bumi ! Jangan cuba "spin" cerita hingga anda nampak BODOH !
No comments:
Post a Comment