20/08/2015

Guling Kerajaan = Guling Najib ?

1) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa 3 minggu pertama selepas dinaikkan pangkat oleh Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak nampaknya begitu bersemangat.
2) Dia kalau bercakap di atas pentas yang ada rostrum kelihatan cukup garang. Tangannya sentiasa bergerak kiri dan kanan, jari telunjuknya sentiasa dituding tegap dan lurus ke arah mana suara jantannya 'memekik.'
3) Zahid cuba jual cerita yang ada orang mahu gulingkan Kerajaan, mahu jatuhkan Kerajaan, mahu singkirkan Kerajaan. Dalam tempoh tidak sampai 48 jam (15 Ogos - 17 Ogos, 2015), mula-mula dia kata ada orang mahu gulingkan Kerajaan, orang itu sudah insaf, orang itu akan jumpa Mohd. Najib, orang itu tidak jadi datang dan orang itu akan jumpa kemudian.
4) Zahid berani kata selagi dia Menteri Dalam Negeri, 'penggulingan' itu tidak akan dibenarkan berlaku.
5) Isunya, rakyat dan seluruh Malaysia masih dalam keadaan aman tenteram. Tiada pemberontakan, tiada kedengaran tentera mahu buat 'kacau,' tiada pihak cuba guna kuasa luar untuk serang negara dan pembangkang sendiri dalam keadaan tidak bersatu selepas DAP 'bergaduh besar' dengan PAS dan Anwar Ibrahim masuk 'hotel.' Bagaimana Zahid boleh kata Kerajaan mahu digulingkan?
Nota kaki:
" Zahid Hamidi nampaknya sudah jadi Menteri Dalam Negeri yang bukan mahu fikir pasal ketenteraman negara tetapi lebih kepada 'Menteri Dalam Menjaga Mohd. Najib.' Dia seolah jadi Timbalan Perdana Menteri yang akan lakukan taat setia 'Hang Tuah' kepada Mohd. Najib. Saya tetap rasa Zahid akan jadi Timbalan Perdana Menteri terpendek tempohnya dalam sejarah Malaysia kerana dia GAGAL atau PURA-PURA buat tidak faham bahawa majoriti Malaysia sedang bercakap pasal mahu Mohd. Najib berundur atau diundurkan daripada jawatan Perdana Menteri dan BUKANNYA mahu Kerajaan digulingkan. Rakyat Malaysia sedar bahawa jika mereka mahu teruskan Barisan Nasional atau tidak sebagai Kerajaan, Pilihan Raya Umum akan jadi medannya. "

No comments:

Post a Comment