10/08/2015

Khairy Jamaluddin Makin Hero

1) Saya bukan peminat KJ terutamanya sewaktu era Pak Mentuanya jadi Perdana Menteri.

2) Tapi saya bukan jenis kalau benci, benci selamanya. Bertambah usia, bertambah pengalaman maka kita perlu lihat "perkembangan" seseorang itu. Kematangan dalam berfikir dan kata-kata berhikmah wajib menjadi ukuran dalam memimpin.

3) KJ sejak dilantik Menteri Belia & Sukan selepas Pilihanraya Umum 2013 memang telah berjaya merubah persepsi segelintir ahli rakyat yang memandang negatif dirinya akibat daripada sikap "mahu naik cepat" dan "little napolean" yang ada pada dirinya sekitar era 2003-2008. Darah muda orang usia 20an KJ waktu itu cukup tidak disenangi ramai.

4) Dalam keadaan prestasi Ringgit Malaysia (RM) yang semakin "sakit" sehingga dilabel sebagai matawang paling teruk "jatuh nilai" di Asia untuk tahun 2015, KJ berpijak di bumi nyata. Beliau tidak cuba "membodohkan" rakyat dengan membelit fakta secara terlampau seperti beberapa Menteri lain yang asyik-asyik kata tiada masalah, tidak perlu takut dan jangan bising-bising.

5) Masalah persepsi dan hilang keyakinan pelabur asing kepada RM menyebabkannya semakin susut apabila berlaku jualan melampau dan juga pembawaan keluar modal asing dari pasaran saham Malaysia. Akibat mudah ialah harga barang yang diimpot ataupun yang mengandungi unsur-unsur komponen asing akan meningkat. Bagaimana boleh Menteri berkaitan ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar dan Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah boleh kata tiada masalah ?

* Rujuk artikel di bawah:

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kurang-kepercayaan-krisis-keyakinan-sebabkan-ringgit-merudum-kata-khairy




No comments:

Post a Comment