31/08/2015

Saya Anak Malaysia ! (Tidak Najib, Tidak BERSIH)

1) Jiwa saya naik sakit apabila memikirkan benda gila yang berlaku di NEGARAKU sekitar sambutan Merdeka 2015 ini.

DERMA

2) Saya sudah hilang percaya pada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. Dia cuba membodohkan rakyat dengan berkata RM2.6 Billion yang "masuk" ke dalam akaun peribadinya adalah DERMA. Derma Pak Arab. Pak Arab mana, negara mana masih tidak dijelaskan. Ke mana diguna juga tidak terjawab.

3) Ada orang Najib kata derma itu kerana sumbangan Malaysia dalam menentang keganasan, ada pula kata ianya sebagai menghargai Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana. 

4) Yang pelik, jika ianya adalah untuk UMNO kerana penghargaan itu dan ini, mengapa tidak masuk saja ke akaun rasmi parti ? 

5) Lagi pelik kenapa Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi tidak pernah tahu sehinggalah Wall Street Journal "bongkar rahsia" pada awal Julai 2015 ? Transaksi berlaku pada tahun 2013 dan akaun itu juga sudah ditutup pada tahun yang sama.

6) Dikatakan sejumlah besar daripada RM2.6 Billion itu sudah dipindahkan semula ke akaun awalnya di Singapura. Kalau ianya untuk UMNO kenapa perlu dipindah semula ke Singapura ?

1MDB 

7) Pembubaran pasukan petugas khas menyiasat salah laku korporat 1MDB diketuai Peguam Negara "dipecat" Abdul Ghani Patail dengan dianggotai Polis, Bank Negara dan SPRM ternyata mengejutkan Malaysia dan dunia. 

8) Mohd. Najib turut "pecat" Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Mohd. Shafei Apdal kerana mereka terlalu "banyak bertanya" pasal 1MDB dan derma RM2.6 Billion.

9) Empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) daripada Barisan Nasional yang juga sedang menyiasat 1MDB selaku wakil neutral Parlimen kerana turut dianggotai wakil Pembangkang "dinaikkan pangkat" sebagai Timbalan Menteri. 

10) Prosiding "perbicaraan" 1MDB yang sepatutnya aktif pada awal Ogos jadi lumpuh tanpa korum yang sepadan kerana tiada ketua.

11) Tiba-tiba Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) Polis digantikan. Timbalan Pengarah kini turut ditukarkan. Ada juga cubaaan untuk menukarkan pegawai-pegawai kanan SPRM yang sedang menyiasat isu duit RM42  Juta yang asalnya daripada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International mengalir ke akaun Mohd. Najib. 

12) SRC International sewaktu menjadi anak syarikat 1MDB mendapat hutang RM4 Billion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Selepas itu SRC jadi syarikat di bawah kawalan terus Kementerian Kewangan yang Mohd. Najib jadi Menteri.

13) Ramai pula penyiasat di SPRM, Bank Negara dan pejabat Peguam Negara ditahan polis, disoal-siasat dan digeledah pejabat juga rumah atas alasan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Gila bunyinya !

14) Perdana Menteri turut berhutang penjelasan dengan rakyat apabila telah "terbohong" mengatakan duit 1MDB sebanyak anggaran RM4 Billion yang asalnya "dilabur" di Cayman Islands telah "di bawa balik" tetapi diletakkan pula di Singapura. Menjadi bahan lawak apabila pihak bank terbabit di Singapura menafikan ada WANG dimasukkan. Jadi mana duitnya ?

BERSIH

15) Perhimpunan "haram" BERSIH 4.0 tetap diadakan selama 34 jam di sekitar Dataran Merdeka sehingga detik 12 malam 31 Ogos. 

16) BERSIH 4.0 digerakkan secara aktif oleh pembesar-pembesar DAP dan PKR, "orang-orang kecewa" PAS yang kini guna nama seketika "Gerakan Harapan Baru" turut ada tetapi gagal membawa penyokong yang ramai. Akhirnya, 80% yang hadir ialah kaum Cina sahaja. Ternyata BERSIH sebelum ini PAS berjaya mainkan peranan besar hingga kelihatan majoriti besar yang sokong hadir ialah orang Melayu.

17) Objektif BERSIH 4.0 mahu Mohd. Najib berundur dan kebebasan institusi seperti badan pencegahan rasuah dan pilihan raya bolehlah dikatakan ada logik dan kewajarannya.

18) Yang jadi persoalan, mengapa perlu pilih 29-30 Ogos di kala waktu itu Malaysia seharusnya bersatu dan bertenang demi menghormati dan mensyukuri erti Merdeka ? Pilihlah seminggu sebelum atau seminggu selepas Merdeka. Kenapa kurang ajar sangat ? 

19) Bersyukur kerana BERSIH 4.0 berakhir dengan aman tanpa kelampauan melebihi batasan. Tetapi tetap ada aksi tidak bertamadun peserta yang bersorak macam orang gila dengan MEMIJAK gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Protes kepada Perdana Menteri memang ada kewajarannya tetapi bersikap bodoh dan kurang ajar seperti itu amat menyedihkan. Dikhuatiri ianya boleh menjadi isu perkauman.

KESIMPULAN

20) Saya tetap anak Malaysia yang cukup sayangkan negara ini. Saya tidak sokong pemimpin yang membawa masalah dan bertindak dengan benda-benda yang cuba membodohkan rakyat. Saya juga tidak menyokong sebarang perhimpunan haram yang jelas sengaja mahu bikin masalah dan tidak tahu membezakan di antara keperluan untuk tidak menyokong seseorang dengan PENTINGNYA berlapang hati juga bersabar sebentar demi menghormati Hari Kebangsaan Malaysia tercinta ini.

30/08/2015

Where is My Merdeka ?


1) I wish today is not 30th August 2015. I wish today is 30th August 1995 or 30th August 2000.

2) Malaysia today is not Malaysia of "yesterday." "Yesterday," my Merdeka spirit was near to infinity for the whole 31st August.

3) Life must goes on. Moving forward is the track to abide. Hoping for the best is a must, waiting for the real leadership to "sail" Malaysia back to it's glory years of 1990s and beginning of Millennium; Malaysia Boleh and Keranamu Malaysia !

4) On this day, late evening of 30th August 2015, I pray to GOD; Protect Malaysia from any bad agendas of any parties either internally or externally.

5) Dear Malaysia, Selamat Hari Merdeka ! Happy Independence Day ! You still have me, I still have you, thanks GOD.


29/08/2015

The Power of Sir is Larger Than BERSIH and PM Najib

1) Today is BERSIH day ? My students enjoy their Saturday with my test paper.

2) They are 250 students of mine; young, energetic and smart ! Full with potential, an infinity dreams. 



3) They will say YES whenever sir Fendi says something. I able to make them love this country more than the PM able to do. 

4) They trust me more than they trust the Prime Minister Najib. Most of them don't know who is Ahmad Zahid Hamidi and they just laughed when I mentioned the name of Ahmad Maslan.



5) To real politician out there, please don't underestimate the power of Sir.


BERSIH ! BERSIH ! BERSIH ! (PM NAJIB SUBJEK UTAMA)

1) Saya dalam dilemma. 

2) Objektif BERSIH 4.0 ada dua. Satu mahu Perdana Menteri "bermasalah" Mohd. Najib Abdul Razak letak jawatan dan yang ke dua mahu pembaikan kepada institusi pencegahan rasuah negara, lebih bebas dan tiada gangguan pemerintah.

3) Tanpa ragu-ragu, saya selaku pemangkah "hidup dan mati" lambang dacing sewaktu Pilihanraya Umum (layak mengundi sejak PRU 2004) bersetuju dengan objektif-objektif BERSIH 4.0.

4) Yang saya tidak berkenan ialah pemilihan waktu dan tempat BERSIH 4.0 ini diadakan.  Kelihatannya sengaja mahu beri imej buruk kepada negara menjelang sambutan MERDEKA ke 58. 

5) Mereka mahu berhimpun bermula petang Sabtu (29 Ogos) sehinggalah detik 11.59 malam, Ahad (30 Ogos) di kawasan Dataran Merdeka dan sekitarnya. 

6) Seperti "BERSIH-BERSIH" sebelum ini, pasti ada kekacauan. 

7) Berdasarkan kepada keadaan semasa dengan sentimen yang cukup negatif terhadap Mohd. Najib, saya menjangkakan BERSIH 4.0 akan disertai secara sukarela secara lebih ramai. Tidak mustahil ianya akan mencecah dua kali ganda daripada yang dahulu.

8) Subjek utama BERSIH 4.0 adalah kepada individu bernama Mohd. Najib yang telah membawa kebencian, rasa muak dan rasa diperbodohkan oleh rakyat secara majoriti. 

9) Mohd. Najib sekarang bukan Mohd. Najib yang dahulu. Sedikit masa dahulu dia kelihatan seorang yang cukup "gentleman." Mulutnya asyik keluar ayat-ayat seperti "inclusiveness, keterangkuman, wasatiyyah, kesederhanaan, moderate, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan PM untuk semua." Semua itu sudah jadi sejarah. SEJARAH TIDAK MUNGKIN BERULANG !

10) Mohd. Najib yang ada sekarang ialah Mohd. Najib yang suka menakutkan rakyat dan suka menunjukkan yang dia adalah hero, pahlawan dan pendekar kerana katanya darahnya darah Bugis. Akhir tahun lepas dia ada gelar orang sebagai bangang. Terkini dia kata orang sebagai bangsat.

26/08/2015

BERSIH 4.0 : "Bersihkan Najib ?"

1) Dengarnya BERSIH 4.0 akan tetap dijalankan bermula Sabtu (29 Ogos) ini, waktunya petang. 

2) BERSIH 4.0 akan berbeza daripada yang sebelum ini kerana mereka mahu berhimpun terus-menerus selama lebih 30 jam sehinggalah 11.59 malam, 30 Ogos 2015.

3) Kali ini BERSIH ada dua objektif utama iaitu mahu Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak letak jawatan dan mahu pembaharuan dan pembaikan dalam institusi pencegahan rasuah negara.

4) BERSIH 4.0 tetap dilabel sebagai satu gerakan haram tetapi amat dikhuatiri ianya akan menimbulkan sesuatu di luar kawalan. Jika sebelum ini, BERSIH lebih kepada satu initiatif pembangkang dan penyokongnya, kali ini seperti akan ada para penyokong Kerajaan yang "anti" Mohd. Najib akan turut serta.

5) Saya tidak sokong sebarang bentuk perhimpunan haram yang terlalu kerap menyusahkan orang lain tetapi dua objektif BERSIH 4.0 itu ada logiknya.

24/08/2015

Tuhan Selamatkanlah NEGARAKU

1) Seketika tadi, saya berdiri tegak menghormati nyanyian lagu rasmi negara Thailand sebelum acara bermula.

2) Tanpa disangka air mata saya bergenang keluar kerana terasa sebak teringatkan NEGARAKU Malaysia.

3) Saya sedih, saya hiba dan saya kecewa melihat betapa diNEGARAKU ada pemimpin yang sedaya upaya meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan NEGARAKU.

4) Saya amat sayangkan NEGARAKU kerana sejak kecil Encik (ayah) saya seorang bekas tentera "si pahlawan Bugis" pernah berkata "Encik sanggup MATI" demi negara. 

5) Jika Encik saya seorang budak kampung kelahiran Kampung Alai, Segamat, Johor sanggup mati demi negara; mengapa ada orang sanggup jadi PEKAK DAN BUTA untuk menidakkan keadaan betapa satu NEGARAKU secara majoriti besar sudah tidak mahukan dia ?

23/08/2015

PM NAJIB TERIMA RASUAH ?

1) Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak buat kenyataan yang ada pemimpin minta dana daripada beliau tetapi tikam belakang pula.

2) Kenyataan ini secara "implied" adalah satu pengakuan rasmi Najib bahawa beliau MEMBEKALKAN DANA / BANTUAN kewangan kepada ahli-ahli politik lain yang beliau menjadi "tuan besar."

3) Persoalannya, bagaimana Mohd. Najib yang bukan seorang ahli bisnes bernilai Biliion Ringgit mampu sewenangnya menjadi "pembekal" kepada dana / bantuan kewangan kepada ahli politik lain di bawah pentadbirannya ?

4) Jika pemberian dana / bantuan kewangan disediakan oleh PARTI politik sama ada atas nama Barisan Nasional (BN), DAP, PKR, PAS mahupun komponen-komponen BN seperti UMNO, MCA, MIC, PBB, GERAKAN, PBS dan sebagainya maka ianya tidak salah kerana melalui saluran rasmi parti. Malah, penerimaan derma atau apa jua sumbangan kepada akaun rasmi parti adalah sesuatu yang tidak salah kerana parti politik memang memerlukan dana untuk bergerak.

5) Mohd. Najib dan "pahlawannya" makin hari cuba bersungguh-sungguh  untuk MENGHALALKAN kemasukan "derma" RM2.6 Billion ke dalam akaun peribadinya. Rasuah tidak sukar untuk diterjemah. Menerima sesuatu yang ada kaitan dengan jawatan semasa dan hakikatnya tiada kewajaran untuk menerima dan "derma" itu tidak akan diperoleh orang lain yang tiada jawatan tersebut, ia adalah RASUAH. Rasuah juga bererti penyalahgunaan kuasa walau tidak melibatkan satu sen duit sekalipun. 

21/08/2015

Adakah Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak Akan Berundur ?

1) Ya, jika usaha misteri mendapatkan perakuan bersumpah untuk dipersembah kepada Yang Di Pertuan Agong bagi menolak sokongan kepada Perdana Menteri sebanyak minima 112 ahli Parlimen (Jumlah semasa: Barisan Nasional - 134 ahli, Pembangkang / Bebas - 88 ahli) berjaya.

2) Ya, jika majoriti ahli Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat pertama (9 September 2015) mereka semenjak Mohd. Najib "memecat" Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Mohd. Shafei Apdal daripada Kabinet seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

3) Ya, jika ada tekanan daripada Majlis Raja-Raja bahawa Mohd. Najib perlu sedar bahawa negara sudah tidak memerlukannya dan terlalu banyak masalah dan ketidaktentuan berlaku.

4) Ya, jika gerakan "haram" BERSIH 4.0 yang merancang mahu berhimpun berpuluh jam menjelang sebelum sambutan Merdeka berjaya himpunkan beratus ribu rakyat yang konsisten menunjukkan ketidakmahuan mereka kepada Mohd. Najib sekaligus memberi tekanan luar biasa.

5) Ya, jika Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi "berpaling tadah" kerana sedar semakin lama dia cuba mempertahankan Mohd. Najib maka semakin singkat jugalah usia karier politik beliau sendiri. Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO paling kanan, dia boleh kekal jadi Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

20/08/2015

Guling Kerajaan = Guling Najib ?

1) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa 3 minggu pertama selepas dinaikkan pangkat oleh Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak nampaknya begitu bersemangat.
2) Dia kalau bercakap di atas pentas yang ada rostrum kelihatan cukup garang. Tangannya sentiasa bergerak kiri dan kanan, jari telunjuknya sentiasa dituding tegap dan lurus ke arah mana suara jantannya 'memekik.'
3) Zahid cuba jual cerita yang ada orang mahu gulingkan Kerajaan, mahu jatuhkan Kerajaan, mahu singkirkan Kerajaan. Dalam tempoh tidak sampai 48 jam (15 Ogos - 17 Ogos, 2015), mula-mula dia kata ada orang mahu gulingkan Kerajaan, orang itu sudah insaf, orang itu akan jumpa Mohd. Najib, orang itu tidak jadi datang dan orang itu akan jumpa kemudian.
4) Zahid berani kata selagi dia Menteri Dalam Negeri, 'penggulingan' itu tidak akan dibenarkan berlaku.
5) Isunya, rakyat dan seluruh Malaysia masih dalam keadaan aman tenteram. Tiada pemberontakan, tiada kedengaran tentera mahu buat 'kacau,' tiada pihak cuba guna kuasa luar untuk serang negara dan pembangkang sendiri dalam keadaan tidak bersatu selepas DAP 'bergaduh besar' dengan PAS dan Anwar Ibrahim masuk 'hotel.' Bagaimana Zahid boleh kata Kerajaan mahu digulingkan?
Nota kaki:
" Zahid Hamidi nampaknya sudah jadi Menteri Dalam Negeri yang bukan mahu fikir pasal ketenteraman negara tetapi lebih kepada 'Menteri Dalam Menjaga Mohd. Najib.' Dia seolah jadi Timbalan Perdana Menteri yang akan lakukan taat setia 'Hang Tuah' kepada Mohd. Najib. Saya tetap rasa Zahid akan jadi Timbalan Perdana Menteri terpendek tempohnya dalam sejarah Malaysia kerana dia GAGAL atau PURA-PURA buat tidak faham bahawa majoriti Malaysia sedang bercakap pasal mahu Mohd. Najib berundur atau diundurkan daripada jawatan Perdana Menteri dan BUKANNYA mahu Kerajaan digulingkan. Rakyat Malaysia sedar bahawa jika mereka mahu teruskan Barisan Nasional atau tidak sebagai Kerajaan, Pilihan Raya Umum akan jadi medannya. "

19/08/2015

4 Cara Untuk Tukar Perdana Menteri atau Kerajaan Yang Dibenarkan Undang-Undang Malaysia

1) Pilihan raya umum (maksimum 5 tahun sekali) selepas Parlimen dibubarkan DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong selepas dinasihati Perdana Menteri.

2) Undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat selepas usul diterima Speaker Dewan Rakyat.

3) Akuan bersumpah (statutory declaration) yang perlu dipersembahkan dan diperakui DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

4) Melalui cara penolakan belanjawan negara yang dibentangkan. Ini dilakukan setiap tahun sebelum masuk tahun baru.

5) Kaedah 2,3 dan 4 memerlukan majoriti mudah anggota Parlimen. Ketika ini Dewan Rakyat dianggotai 222 ahli Parlimen. Maka separuh + 1 iaitu 112 sokongan perlu diperoleh. Ketika ini Barisan Nasional menguasai 134 kerusi dan 88 pula dipihak pembangkang / bebas.

Nota kaki:

" Jika perkara 2,3 dan 4 dilakukan maka ianya tidaklah boleh dikatakan sebagai satu usaha untuk menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokrasi. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi seperti cuba 'mengelirukan' rakyat dengan ancaman-ancaman yang dibuatnya atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Mungkin secara tidak langsung, Ahmad Zahid telah MENGHINA Perlembagaan Malaysia secara terbuka. "

16/08/2015

Dato' Ambiga "Bersih"

1) Dato' Ambiga Sreenevasan amat sinonim dengan gerakan Bersih. Saya memang anti Bersih. Beliau dianugerahkan "Dato'" oleh Almarhum Sultan Azlan Shah sewaktu masih bergelar Presiden Majlis Peguam.

2) Bagaimana Ambiga boleh kata pilihanraya umum Malaysia adalah tidak "bersih" walhal pada tahun 2008 dan 2013, pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional ? Tetapi ada juga isu-isu berkaitan ketelusan dan integriti yang saya kira Ambiga tidak semestinya silap.

3) Ada orang kata (bila bertentang mata, ada yang seperti perli-perli) "posting" FB saya panjang meleret-leret. Ada kata saya tidak takut ke ? Wah, melambak lagi manusia yang kerjanya keji dan maki hamun manusia di FB. Mereka itu yang patut "takut."

4) Kerana cara dan gaya sendiri di FB dan juga komen-komen ringkas di Twitter, saya dapat "perhatian" daripada "orang-orang" yang ada nama sama ada di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang. Ada masa juga, peluang memberi idea secara terus dan tertutup dapat diperoleh. Ada kisah yang saya tidak dapat ceritakan secara terbuka. Kisah Ahli Majlis Tertinggi UMNO mahu idea saya. Kisah Ahli Parlimen orang kuat PKR yang bijak mahu menemui saya. Kisah saya diberi peluang jadi jurukempen BN dan banyak lagi. Semuanya kerana "FB" saya.

5) Dengan pengikut Twittter beliau hampir mencecah 50000 dan yang diikutnya hanya sekitar 200 lebih, maka apabila Ambiga "follow" saya, tentulah saya terbuka. Terselit dikalangan orang-orang Pakatan (1.0 ? 2.0 ?) adalah sesuatu yang "istimewa." Saya nyatakan pada beliau, saya pengundi Barisan, penyokong UMNO tapi bukan fanatik sokong membuta tuli. Secara peribadi, beliau ucapkan tahniah kepada saya kerana "putting the nation 1st." Ambiga sedar saya akan kritik beliau bila kena isunya tetapi ada masa saya akan sekata dengannya apabila kepentingan negara diutamakan.

15/08/2015

Salleh Said Keruak : Menteri Kurang Bijak

1) Salleh Said Keruak ini lama dulu pernah jadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun (1994-1996). Lepas itu riwayat politiknya seperti tenggalam. Saya yakin, nama beliau tidak ramai yang kenal sebelum dia tiba-tiba "muncul" pada tahun 2015 ini sebagai antara "panglima" kepada Perdana Menteri Malaysia selain Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan Ismail Sabri Yaakob.

2) Riwayat politik si Salleh ini hidup semula apabila dijadikan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pada akhir 2010.

3) Dalam isu 1MDB, tiba-tiba dia jadi pembela utama Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak di TV3. Hampir setiap hari Salleh hentam bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad yang kritik Mohd. Najib. Walhal Dr. Mahathirlah yang memilih beliau untuk dijadikan Ketua Menteri waktu usianya belum cecah 40 tahun sebaik sahaja Barisan Nasional dapat membentuk kerajaan negeri selepas menyingkirkan Parti Bersatu Sabah (PBS).

4) "Hadiah" besar diperoleh Salleh apabila dilantik Mohd. Najib sebagai Menteri Komunikasi & Multimedia pada hari yang sama Muhyiddin Yassin dan Mohd. Shafei Apdal "dipecat" Mohd. Najib. 

5) Hari ini Salleh HENTAM Dr. Mahathir. Dia kata Dr. Mahathir juga terima derma daripada orang Arab sewaktu mahu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Salleh ini sudah "KURANG AKAL" agaknya. Dr. Mahathir dapat derma Arab untuk tujuan bina UIA dan duit tidak masuk akaun peribadi TETAPI kes "derma" RM2.6 Billion kepada Mohd. Najib itu dimasukkan ke akaun peribadi dan tidak diketahui cara ianya digunakan. Dua benda yang BEZAnya seperti langit dan bumi ! Jangan cuba "spin" cerita hingga anda nampak BODOH !

13/08/2015

JDT Terus Tinggalkan Pahang: "Kita Tengok Siapa Yang Kena !"

1) Saya bukan peminat bola sepak yang ekstrem. Saya tidak berapa ambil tahu pasal kisah bola dunia. Tapi adalah sikit-sikit 'terbaca dan tertengok berita' tentang English Premier League, La Liga ataupun Bundesliga. Kalau orang cerita tidaklah saya nampak macam 'orang bodoh.'
2) Sejak dahulu lagi, saya memang ambil tahu dan ikuti sukan yang berkaitan dengan Malaysia. Maka Liga Super memang saya rasa penting, almaklumlah sokongan semestinya untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) !
3) Selapas berbulan juga JDT menghuni tangga ke dua Liga Super 2015 di belakang Pahang, akhirnya Sabtu, 8 Ogos, dominasi Pahang dapat dibolosi, terima kasih pada Lions XII kerana tewaskan Pahang di Singapura. Johor pula menang tipis ke atas ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
4) Semalam (12 Ogos), perlawanan ke empat terakhir untuk musim 2015, JDT tewaskan Lions XII (1-0) untuk terus mengekalkan posisi teratas Liga Super. Pahang walaupun menang 5-3 ke atas Kelantan, masih tertinggal 1 mata di belakang JDT. Baki 3 perlawanan mendatang, JDT WAJIB menang semua untuk pastikan peluang Pahang menjadi 'champion of 2015' terkubur !
5) Eh, mahu selitkan politik sedikit boleh tak ? Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak orang Pahang (YB Pekan) manakalan Timbalan Perdana Menteri yang 'dipecat' Najib iaitu Muhyiddin Yassin adalah anak JDT (YB Pagoh). Bak kata skrip popular Arwah Ibrahim Pendek dalam filem lagenda Ali Baba Bujang Lapok - "Kita tengok siapa yang kenaaaaaa."

10/08/2015

Khairy Jamaluddin Makin Hero

1) Saya bukan peminat KJ terutamanya sewaktu era Pak Mentuanya jadi Perdana Menteri.

2) Tapi saya bukan jenis kalau benci, benci selamanya. Bertambah usia, bertambah pengalaman maka kita perlu lihat "perkembangan" seseorang itu. Kematangan dalam berfikir dan kata-kata berhikmah wajib menjadi ukuran dalam memimpin.

3) KJ sejak dilantik Menteri Belia & Sukan selepas Pilihanraya Umum 2013 memang telah berjaya merubah persepsi segelintir ahli rakyat yang memandang negatif dirinya akibat daripada sikap "mahu naik cepat" dan "little napolean" yang ada pada dirinya sekitar era 2003-2008. Darah muda orang usia 20an KJ waktu itu cukup tidak disenangi ramai.

4) Dalam keadaan prestasi Ringgit Malaysia (RM) yang semakin "sakit" sehingga dilabel sebagai matawang paling teruk "jatuh nilai" di Asia untuk tahun 2015, KJ berpijak di bumi nyata. Beliau tidak cuba "membodohkan" rakyat dengan membelit fakta secara terlampau seperti beberapa Menteri lain yang asyik-asyik kata tiada masalah, tidak perlu takut dan jangan bising-bising.

5) Masalah persepsi dan hilang keyakinan pelabur asing kepada RM menyebabkannya semakin susut apabila berlaku jualan melampau dan juga pembawaan keluar modal asing dari pasaran saham Malaysia. Akibat mudah ialah harga barang yang diimpot ataupun yang mengandungi unsur-unsur komponen asing akan meningkat. Bagaimana boleh Menteri berkaitan ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar dan Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah boleh kata tiada masalah ?

* Rujuk artikel di bawah:

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kurang-kepercayaan-krisis-keyakinan-sebabkan-ringgit-merudum-kata-khairy




09/08/2015

Kabinet Impian Saya

#anganangan
#doapadaTuhan

1) Perdana Menteri & Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Johor)

2) Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan: Dato Seri Mohd. Shafei Apdal (Sabah)

3) Menteri Kewangan: Dato Seri Mustapha Mohamad (Kelantan)

4) Menteri Pendidikan: Dato Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) - Lantikan sebagai Senator dahulu.

5) Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah: Dato Seri Shahidan Kassim (Perlis)

6) Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan: Datuk Halimah Mohd. Sadique (Johor)

7) Menteri Luar: Tan Sri Rais Yatim (Negeri Sembilan) - Lantikan sebagai Senator dahulu.

8) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Johari Abdul Ghani (Kuala Lumpur)

9) Menteri Belia dan Sukan: Datuk Irmohizam Ibrahim (Selangor)

10) Menteri Penerangan dan Multimedia: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Negeri Sembilan)

# Saya tidak menyentuh jawatan-jawatan yang dipegang parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, SUPP, PBRS, UPKO, PBS dan lain-lain.

# Selain 10 jawatan di atas, UMNO turut memegang kementerian lain seperti Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Wilayah Persekutuan, Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Pertanian & Industri Asas Tani.

# Kabinet tidak perlu mencecah sehingga angka 37 Menteri. Maksima 27 atau 28 Menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah sudah mencukupi untuk sebuah negara seluas Malaysia dengan 30 juta rakyat.

# Jabatan Perdana Menteri di bawah Perdana Menteri Dato Seri Mohd. Najib Abdul Razak "dihuni" 11 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri !

Tok Jib: Saya Tak Mahu Yes Man

1) Dua pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tiba-tiba diarah tukar serta-merta ke Jabatan Perdana Menteri.

2) Seorang adalah boss komunikasi SPRM yang sehari sebelum dipindahkan telah menerima kunjungan hormat ahli-ahli Parlimen pembangkang dan seorang adalah boss bahagian siasatan berprofil tinggi yang terlibat dengan siasatan pengaliran wang sebanyak RM42 Juta daripada SRC International yang pernah menjadi anak syarikat 1MDB ke akaun Perdana Menteri. 

3) Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional telah kata dia tidak bersetuju dengan pemindahan tergesa-gesa itu. Khairy kata dia sanggup hilang jawatan Menteri kerana pendiriannya itu.

4) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang menjaga isu-isu seperti integriti, rasuah dan pentadbiran cekap turut menyatakan rasa tidak wajar pegawai-pegawai tinggi SPRM itu dipindahkan. 

5) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang dulu menjaga isu-isu Parlimen dan kini hal-hal berkaitan bencana alam turut melahirkan rasa terkejut dengan pertukaan itu dan berasa tidak gembira.

6) Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Datuk Johan Jaafar pula mahu pihak berkuasa memulangkan semula (bekas) Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan (bekas) Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaacob ke SPRM semula.

7) Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull berkata "Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya" dan "Pegawai saya bertindak atas arahan saya." Untuk rekod, Shukri adalah orang nombor dua di dalam SPRM dan secara teorinya sedang menjadi "boss" SPRM kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan bercuti dan akan menjalani satu pembedahan berisiko tinggi akibat masalah belakang badan. 

8) 3 Menteri bersuara, seorang Pengerusi panel penasihat bebas SPRM bersuara dan orang besar SPRM bersuara. Tidak masuk lagi berbelas ahli Parlimen dan beribu-ribu (mungkin berpuluh ribu atau beratus ribu) rakyat juga bersuara sama ada di media massa atau media sosial. 

9) Perdana Menteri pada 8 Ogos di Kuala Lumpur kata beliau bukan seorang Presiden parti (pemimpin) yang mahukan semua pemimpin menjadi "yes man" kepadanya. 

10) Jadi, apa lagi ? Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak, sekurangnya dengarlah respon lima pihak di atas (rujuk fakta nombor 3 hingga 7) jika respon kami rakyat biasa tidak cukup "umphh."

08/08/2015

Politik Memang Gila

1) Hari ini ramai orang berhimpun di Pasar Budaya (Central Market) sebagai tanda protes tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar bisnes mingguan; The Edge dan juga terbitan hari bekerjanya iaitu The Edge Financial Daily.

2) Saya yakin majoriti yang berhimpun itu tidak pernah baca apalagi beli The Edge. Kalau tanya harganyapun pasti majoriti yang berkumpul tidak tahu. Apa kandungan The Edge lagilah tidak pernah ambil "pot."

3) Dulu ada yg berhimpun membantah PPSMI. Majoriti yang menjerit dan terlalak seperti anjing lapar itu kalau ditanya apa maksud PPSMI itupun pasti terkebil-terkebil atau sekadar jawab separuh jalan.

4) Perhimpunan BERSIH 1, 2 dan 3 juga berjaya tarik ribuan manusia. Majoriti yang datang juga sebenarnya tidak faham apa yang BERSIH cuba perjuangkan.

5) Sama ada berhimpun kerana The Edge, PPSMI ataupun BERSIH, majoriti yang tidak ambil kesah pasal entiti dan matlamat yang menjadi asas kepada perhimpunan ada satu kepercayaan. Mereka hanya ada mentaliti "ANTI KERAJAAN" dan kerajaan salah semuanya. Politik berjaya tanamkan kebencian melampau. "Moderation in political thinking" masih jauh untuk dicapai rakyat Malaysia. Apabila sesuatu perkara tidak cukup objektif, TUHAN tidak merestuinya. Itu kepercayaan saya !

07/08/2015

20 Billion Dollar "Lesap" = Malaysia Miskin RM78 Billion

1) "Prestasi" Ringgit Malaysia untuk tahun 2015 setakat awal Ogos adalah yang TERBURUK di Asia.

2) Kadar RM3.92 untuk setiap USD1 pada 7 Ogos adalah yang terburuk (termahal) sejak 2 September 1998, sehari sebelum Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammad "menggegarkan" DUNIA dengan rangkaian program kawalan matawang ala Malaysia yang salah satunya ialah menambat (menetapkan) kadar RM pada kadar 3.80 untuk setiap USD1. Ianya kekal selama kira-kira 7 tahun sebelum diapung (float) semula.

3) Krisis kewangan Asia 1997/98 telah dihadapi Malaysia dengan penuh semangat. 

4) Dr. Mahathir mengakui dan memaklumkan seluruh rakyat bahawa kita sedang berdepan masalah dan beliau menghebahkan setiap langkah dan strategi Kerajaannya dalam memperbaiki keadaan.

5) Walaupun Dr. Mahathir memecat Timbalannya (Anwar Ibrahim) pada 1 September 1998, majoriti rakyat Malaysia masih memberi kepercayaan kepadanya untuk memulihkan Ringgit dan ekonomi negara.

6) Sambutan Merdeka 1997 dan 1998 menjadi medan rakyat bersatu dalam berdepan dengan krisis yang dipercayai berlaku akibat daripada permainan kumpulan gergasi spekulator matawang asing yang mengambil untung daripada manipulasi matawang.

7) Rezab (simpanan) antarabangsa Malaysia telah susut kira-kira USD20 Billion sepanjang 7 bulan pertama 2015. Kalau dikira pada kadar RM3.90 untuk setiap USD1, Malaysia telah "MISKIN" sebanyak RM78 Billion dalam masa 7 bulan !

8) Rezab negara terpaksa digunakan untuk tujuan MENJUAL US Dollar dan MEMBELI Ringgit bagi menstabilkan nilai RM kepada USD. Andai itu tidak dijalankan maka jelas bahawa nilai RM sebenarnya telah lebih teruk daripada sekarang, mungkin sekitar RM4 - RM4.10 / USD1. 

9) Ada tiga sebab kenapa Ringgit semakin lemah. Satu bersifat objektif. Satu bersifat spekulatif. Satu lagi bersifat subjektif.

- Objektif: Kejatuhan harga komoditi yang menjadi bahan eksport utama Malaysia (petroleum, sawit, getah).

- Spekulatif: Kemungkinan besar bahawa pihak Amerika Syarikat ( Federal Reserve) akan menaikkan kadar faedah (interest rates) pada September.

- Subjektif: Keadaan politik dan pentadbiran negara yang begitu tidak stabil akibat daripada kontroversi melibatkan 1MDB, "derma" RM2.6 Billion, siasatan dana RM42 Juta yang "mengalir" masuk daripada asalnya di SRC International ke akaun Perdana Menteri dan publisiti buruk media antarabangsa terhadap kepimpinan negara.

10) Tiga faktor ini semakin menghimpit nilai Ringgit. Tidak masuk lagi data yang menunjukkan kira-kira RM11 Billion nilai pelaburan asing di Bursa Malaysia telah "keluar" setakat akhir Julai, jauh daripada nilai RM5 - RM6 Billion yang "keluar" untuk keseluruhan tahun 2014. Makin banyak "keluar" lagi jatuhlah nilai Ringgit.

06/08/2015

DAP & SPRM: Dulu Benci Sekarang Sayang

1) Hari ini para pemimpin pembangkang seperti Presiden PKR Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Supremo DAP Lim Kit Siang dan "Pengasas Gerakan Harapan Baru" Mohamad Sabu melawat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda sokongan dalam usaha berterusan penyiasatan kes-kes tertentu yang sudah menjadi isu rakyat dan negara Malaysia ini.

2) Lima atau enam tahun lepas, SPRM telah dikecam, dihina dan "dihaiwankan" orang-orang yang sama, manusia yang pada hari ini memberikan sokongan moral kepada mereka.

3) SPRM dicaci seperti binatang hina oleh puak-puak DAP, PKR dan PAS dek kerana terbunuhnya seorang pegawai kepada EXCO Selangor daripada DAP di premis SPRM sewaktu masih dalam proses soal siasat. 6 tahun SPRM disalah tanpa henti.

4) Keputusan siasatan Suruhanjaya Di Raja yang mengatakan mendiang Teoh membunuh diri dengan terjun daripada bangunan SPRM itu juga tidak diterima DAP dan menjadi modal politik mereka dalam menanamkan rasa "benci dan geli" rakyat / penyokong mereka kepada SPRM khasnya dan Kerajaan amnya.

5) Bagi saya, benci dan sokong adalah berdasarkan fakta dan bukan kerana emosi atau kepentingan tersembunyi. Sewaktu isu Teoh Beng Hock saya yakin bahawa konklusi berdasarkan kajian mendalam Suruhanjaya Di Raja adalah cukup adil. Maka saya tidak sokong pendekatan kebencian yang diwujudkan DAP ketika itu. Bagi situasi menyokong SPRM kali ini, saya yakin DAP membuat satu "u-turn" yang tidak salah dan ada kebaikannya. Dalam berpolitik demi kebaikan negara, kita wajib lebih objektif dan bukan bermain politik maki hamun dan kebencian. Sokong parti tidak bererti sokong 100% pemimpinnya dan tidak sokong parti tidaklah bermakna 100% parti itu buat adalah salah.

"DERMA" RM42 Juta

1) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa mereka masih meneruskan siasatan akan dakwaan adanya wang berjumlah RM42 Juta yang telah disalurkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

2) Duit itu dikatakan berasal daripada SRC International. Syarikat ini dimiliki Kementerian Kewangan. Sebelum itu ianya adalah di bawah 1MDB, sebuah syarikat pelaburan yang juga di bawah kuasa Menteri Kewangan.

3) Tuduhan mengatakan bahawa ada dua transaksi pada akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015 yang keseluruhannya sekitar RM42 Juta telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri. Katanya, ia adalah duit berbentuk "social corporate responsibility (CSR)." Bahasa mudahnya, duit bagi tujuan derma pihak korporat  untuk tujuan kebajikan sosial. Persoalannya, syarikat yang membuat hutang berbilion Ringgit, murah hati pula 'menderma' duit berpuluh juta Ringgit.

4) Kronologi dakwaan duit RM42 Juta masuk ke akaun Perdana Menteri seperti berikut:

- SRC International mendapat pinjaman RM4 Billion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen.

- SRC salurkan RM50 Juta kepada sebuah syarikat bernama Gandingan Mentari (derma ?).

- Gandingan Mentari salurkan RM50 Juta kepada sebuah lagi syarikat bernama Ihsan Perdana (derma ?).

- Ihsan Perdana salurkan RM42 Juta ke akaun peribadi Perdana Menteri (derma ?).

5) Jika dakwaan pertama melibatkan RM26 000 000 000 (RM2.6 Billion) yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri telah disahkan sebagai DERMA daripada penderma 'Arab,' maka RM42 Juta ini pula masih belum terjawab. Dakwaan RM42 Juta ini lebih 'jelas dan teratur' kerana sumber dan pihak yang terlibat telah dinyatakan secara terperinci oleh pihak yang membuat dakwaan. SPRM masih menyiasat dan semua pihak wajar memberikan sokongan penuh kepada mereka supaya siasatan dapat diselesaikan dengan cepat kerana ianya melibatkan nama baik seorang Perdana Menteri. Jika dakwaan itu salah, maka bukti perlulah dikemukakan SPRM dan jika dakwaan itu betul, maka Perdana Menteri perlulah mempertahankan dirinya melalui saluran undang-undang yang benar.

04/08/2015

Siapa Mahu Bagi Saya RM26 000 ?

1) Saya seorang Pensyarah, kalau tiba-tiba ada ibu-bapa pelajar datang jumpa ketika anaknya sedang belajar subjek saya dan beri RM26 000, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
2) Saya seorang pembantu Dekan yang jaga urusan pelajar. Ala-ala Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di sekolah. Jika tiba-tiba ada ibu-bapa datang jumpa dan beri RM26 000 dikala ada anaknya sedang membuat rayuan supaya tidak dibuang Universiti kerana keputusan peperiksaannya beberapa semester asyik gagal, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
3) Saya seorang Penasihat kepada sebuah persatuan di Universiti. Jika ada seorang usahawan tiba-tiba beri saya RM26 000 dikala dia tahu bahawa dia boleh masuk 'meniaga' ke dalam Universiti tanpa bayar sewa dengan 'guna' nama Persatuan saya itu, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
4) Saya seorang tukang penemuduga kakitangan baru di Universiti. Jika ada seorang calon tiba-tiba bagi saya hamper sebesar Perodua Viva berharga RM26 000 sebelum proses temuduga berlaku, apa maknanya itu ? Mungkin dia pemurah sangat. Mungkin ?
5) Kesemua situasi di atas adalah merujuk kepada tugas saya di Universiti. Saya hanya terfikir jika ianya berlaku, adakah itu derma buat saya ? Adakah ianya saguhati buat saya ? Kenapa pula mereka tiba-tiba mahu beri sumbangan mewah itu kepada saya ? Kenapa tidak beri kepada makcik 'cleaner' yang ada juga di Fakulti saya atau kepada 'Pak Guard' yang selalu kena kerja 12-14 jam tanpa henti tanpa kira waktu ? Kenapa ?

03/08/2015

Misteri 1MDB: Beli Aset Guna "James Bond" ?

1) Tahun 2012, 1MDB beli dua loji jana kuasa milik Tanjung Plc (dikuasai Ananda Krishnan) dan Genting Berhad dengan jumlah keseluruhan mencecah RM10.85 Billion. Untuk rekod, Tanjung dan Genting juga mempunyai bisnes perjudian yang menguntungkan.

2) Pembelian dua loji jana kuasa itu secara jelas adalah pembelian TERLEBIH NILAI. Maksudnya, 1MDB membayar di atas harga pasaran yang sewajarnya.

3) Buktinya ialah auditor 1MDB sendiri telah menjatuhkan nilai aset tersebut sebanyak RM2.5 Billion daripada harga belian untuk direkodkan di dalam akaun 1MDB bagi tahun kewangan 2013.

4) Kalaulah susut nilai dikira sekalipun, ianya seolah dijatuhkan harga pasaran sebanyak 23% dalam masa satu tahun. Maknanya, aset terbabit sama ada sudah TUA (tidak berada ditahap operasi optimum lagi), konsesi nilai perniagaannya sudah hampir tamat ATAU ada sesuatu niat tersembunyi kenapa belian terlebih harga dilakukan.

5) Belian RM10.85 Billion itu dibuat dengan duit hutang. Maka, bantuan berbayar firma Goldman Sachs digunakan untuk penjualan bon (hutang) 1MDB. Bon (hutang) yang diperoleh 1MDB ialah sebanyak RM11.55 Billion. Nilai itu adalah sewaktu kadar RM kepada 1 US Dollar ialah 3.30. 

6) Untuk tujuan pembelian aset tenaga itu, 1MDB turut membuat hutang RM6.2 Billion yang diperoleh daripada gabungan konsortium Malayan Banking Berhad dan RHB Bank Berhad.

7) Senang kata, untuk beli aset "tua" pada harga terlebih mahal iaitu RM10.85 Billion, 1MDB ambil hutang sebanyak RM17.75 Billion (penjualan bon + konsortium dua bank). Hutang terlebih sebanyak RM6.9 Billion !

8) Jualan bon (hutang) 1MDB yang dijalankan oleh Goldman Sachs melibatkan bayaran komisen, yuran dan perbelanjaan sebanyak RM1.3 Billion. RM4.25 Billion nilai bon itu pula diserahkan kepada penjamin bersama bon (hutang); International Petroleum Investment Company of Malaysia (IPIC) of Abu Dhabi. Maka, nilai jualan bon (hutang) yang betul-betul diperoleh 1MDB hanyalah sekitar RM6 Billion (52% sahaja daripada hutang yang diperoleh melalui jualan bon). Maka, disitulah hutang RM6.2 Billion perlu diperoleh daripada gabungan konsortium diketuai Maybank dan RHB.

9) Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ialah Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB ialah syarikat milik Kementerian Kewangan yang menterinya juga adalah Perdana Menteri. 

10) Soalannya: 

- Kenapa transaksi belian asset TUA pada harga terlebih nilai itu berlaku ?

- Kenapa perlunya hutang ke dua sebanyak RM6.2 Billion daripada bank tempatan walhal sudah ada terbitan bon (hutang) yang diperoleh dengan bantuan firma "mat salleh" Goldman Sachs ?

- Kenapa bayaran komisen yang diperoleh Goldman Sachs terlalu tinggi sehingga mencecah 11% daripada jumlah hutang ?

- Kenapa IPIC yang jadi penjamin bersama bon (hutang) itu diberi hak untuk menyimpan sehingga RM4.25 Billion (37% !) daripada nilai bon (hutang) yang diperolehi ?

Perdana Menteri Perlu "Pecat" Ramai Lagi Pemimpin Kanan

1) Selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin "disingkirkan" daripada jawatan, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak perlu lebih berani lagi.

2) Perdana Menteri telah ketepikan orang nombor dua dalam UMNO dan seorang daripada orang nombor tiga dalam UMNO iaitu Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.

3) Shafie Apdal adalah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO selain Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein.

4) Mereka diberhentikan Mohd. Najib kerana bersuara sedikit kritikal terhadap 1MDB (1 Malaysia Development Berhad); syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

5) 1MDB ini asalnya bernama Terengganu Investment Authority (TIA). Ianya tertubuh di atas kehendak dan sokongan penuh Mohd. Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri. Tujuannya seperti terkandung dalam nama asalnya ialah untuk menjadi agen pelaburan kerajaan (investment). 

6) Malangnya selepas kira-kira lima tahun beroperasi, 1MDB bukan memberi untung tetapi memikul beban hutang sebanyak RM42 Billion sehingga ke tahap ada masalah tunai untuk menjelaskan bayaran ansuran hutang. 

7) Perdana Menteri ke empat Dr. Mahathir Mohammad kata berdasarkan apa yang berlaku di sepanjang Julai 2015, bercakap (kritik) 1MDB adalah satu "jenayah." Negarawan itu sememangnya terkenal dengan kata-kata sinisnya yang tersirat makna mendalam.

8) Mohd. Najib kata beliau perlukan pasukan dalam pentadbirannya yang sama-sama selari dengannya (sependapat, sama suara, sama kepercayaan ?). Kita faham dan janganlah memepertikaikan kehendak dan maksud beliau. Hak Perdana Menteri termaktub dalam undang-undang. 

9) Ada gossip (GOSSIP sahaja !) kata tiga orang Menteri Besar perlu atau akan diubah (senang kata diberhentikan juga). Mereka yang digossipkan sebagai "perlu" Mohd. Najib singkirkan ialah Mukhriz Mahathir MB Kedah, Zambry Abdul Kadir MB Perak dan Mohammad Hassan MB Negeri Sembilan. Mungkin gossip timbul kerana ketiga-tiganya kelihatan seakan tidak berapa "sama suara" dengan Perdana Menteri dalam
isu 1MDB.

10) Perdana Menteri silalah singkirkan banyak lagi nama-nama besar dalam pentadbiran beliau. Anda memang memerlukan orang-orang bawahan yang boleh dan serasi bekerja dengan anda demi negara. Semoga lebih tenang dan lebih mudah lagi keadaan selepas ini ...

02/08/2015

1MDB: Jual Tanah Pada Qatar, Jual Tanah Pada China ?

1) Di Kota Melaka (1Ogos), Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak kata ada pihak dari Qatar dan China berminat  mahu beli sebahagian tanah milik 1MDB di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

2) Dengan menerima tepukan gemuruh daripada perwakilah UMNO Kota Melaka, Najib dengan bersemangat mengatakan itu adalah bukti bahawa 1MDB ada aset dan hutangnya akan dikurangkan.

3) Sejak bila 1MDB dikatakan tiada aset ? Ya, Perdana Menteri memang betul. 1MDB memang ada aset terutamanya dalam bentuk loji jana kuasa yang  dibeli dengan guna duit hutang, tanah di sekitar Kuala Lumpur (Tun Razak Xchange dan Bandar Malaysia) yang dibeli dengan ihsan Kerajaan pada harga MELAMPAU murah dan ada juga tanah di Pulau Pinang yang dibeli pada harga terlebih mahal pula.

4) Pelik juga apabila Mohd. Najib sanggup mengambil jalan mudah dalam mengurangkan hutang 1MDB iaitu dengan JUAL tanah yang sebelumnya dibeli dengan harga diskaun "GILA-GILA" daripada Kerajaan. Bukankah tanah-tanah itu diberi hak kepada 1MDB pada asalnya supaya dibangunkan dan akhirnya menyumbang kepada matlamat utama penubuhannya sebagai satu jentera pelaburan yang perlu membawa untung ?

5) Kalau mahu jual tanah kepada pihak asing untuk selesaikan sedikit masalah tunai 1MDB maka rasanya itu bukan satu penyelesaian bertaraf hebat daripada seorang Perdana Menteri.