13/01/2017

Wahai Makcik Pakcik dan Akak Abang: 1MDB Ada 4 Tukang Audit Akaun Dalam Masa 8 Tahun !

1) Makcik Pakcik dan Akak Abang, semua syarikat punya untung rugi, duit keluar masuk kena ada akaun. Macam rekodlah segala apa berkaitan dengan bisnes yang kita buat. Semua rekod duit tu akauntan sendiri sediakan.
2) Lepas tu nak pastikan akaun untung rugi, duit keluar masuk tu betul ke tidak, kenalah tukang audit luar periksa. Ini semua supaya tak adalah tipu menipu orang yang mengurus syarikat tu. Paham kan? Mudah saja. Anak-anak kita dan cucu-cucu kita kalau nak jadi akauntan, nak jadi juru audit kenalah belajar ijazah perakaunan.
3) 1MDB yang Perdana Menteri tubuhkan tahun 2009 dulu katanya mahu beri untung kepada negara. Sasarannya dia mahu melabur dalam bisnes loji jana kuasa dan pembinaan besar-besaran.
4) Tukang audit pertama 1MDB ialah ERNST & YOUNG dan selepas itu namanya KPMG. Dua-dua ini syarikat taraf dunia Makcik Pakcik dan Akak Abang. Bukan tukang kira tukang semak yang taraf 'cikai-cikai.' Peliknya, 1MDB pilih mereka, 1MDB 'buang' mereka pula. Sebabnya, dua syarikat taraf dunia ni banyak PERSOALKAN urusan keluar-masuk duit dan macam mana kewangan 1MDB diuruskan.
5) Syarikat ke tiga pula ialah DELOITTE. Taraf dunia juga. Tak lama dipilih, DELOITTE 'berhenti' sendiri daripada jadi jurusemak akaun 1MDB. Pening sangat agaknya. Sekarang syarikat ke empat namanya PARKER RANDALL dilantik jadi tukang audit baru 1MDB. Bisnes sudah tiada, mahu semak akaun-akaun lama yang belum disahkan lagi. Kita tengoklah apa ceritanya nanti yer Makcik Pakcik dan Akak Abang. Agak-agak Makcik Pakcik dan Akak Abang, kenapalah susah sangat nak semak dan nak SAHKAN segala urusan duit 1MDB tu yer? Jawapannya mesti senang difikirkan.

No comments:

Post a Comment