18/01/2017

Malaysia: Harimau Asia Yang Hilang Taringnya ?

1) Malaysia dipanggil Harimau Asia di era 1990an kerana perkembangan pesat ekonominya di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
2) Rizab simpanan wang asing Malaysia pada akhir tahun dilihat semakin menurun:
2016: USD94.6 Bilion
2015: USD95.3 Bilion
2014: USD116 Bilion
3) Agak menakutkan untuk diketahui bahawa kadar rizab negara pada akhir 2016 hanya mampu menampung 1.2 kali bebanan hutang luar jangka masa pendek. Ianya adalah nisbah yang terendah di rantau ini. Mudah kata, kadaran hutang luar kita berbanding jumlah rizab simpanan yang dimiliki adalah tinggi berbanding negara-negara jiran.
4) Berikut pula adalah gandaan bertambahnya jumlah rizab simpanan beberapa negara Asia sejak krisis kewangan Asia 1998 sehingga tahun 2016:
India: Naik 1200%
Korea Selatan: Naik 711%
Thailand: Naik 600%
Filipina: Naik 530%
Indonesia: Naik 460%
Malaysia: Naik 37%
5) 18 tahun selepas krisis kewangan Asia, negara lain yang turut ditimpa masalah besar itu sudah jauh 'MENGUMPUL' rizab berganda-ganda peningkatannya berbanding Malaysia. Yang dirisaukan ialah, 'orang lain' peratusan kenaikan rizab simpanannya laju tetapi kita yang lebih laju ialah kadar kenaikan hutang negara. Di manakah hilangnya HARIMAU ASIA bernama Malaysia itu ?

No comments:

Post a Comment