1) Kalau UMNO-BN tewas maka DAP dikata akan mengetuai Kerajaan. DAP dikata anti Islam dan akan membawa kepada kehancuran Melayu.
2) Nampaknya pembesar UMNO sudah mengesahkan bahawa DAP ini amat merbahaya kepada negara Malaysia. Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi perlu usulkan DAP diharamkan kerana amat merbahaya seperti Al-Maunah dan Hindraf !
3) Jika DAP amat berbahaya kepada Islam, Melayu dan seterusnya Malaysia: Kenapa DAP tidak DIHARAMKAN terus dan dibatalkan statusnya sebagai sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang ?
4 ) Jawapannya: DAP adalah MODAL terakhir yang digunakan UMNO untuk terus menakutkan orang Melayu yang beragama Islam. Tanpa DAP, UMNO sudah tiada MODAL dan tiada apa untuk diceritakan kepada Melayu. Kalau UMNO di zaman 1980an, 1990an dan awal milenia baru boleh berkempen tentang Malaysia Boleh, Wawasan 2020 dan Melayu bermartabat di mata di dunia, UMNO selepas era Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tiada modal untuk menarik sokongan Melayu !
5) Maka DAPlah menjadi 'PENYELAMAT' UMNO walhal DAP sebenarnya lebih 'Melayu' berbanding MCA yang kini 'hidup segan mati entah bila.' DAP lebih mengutamakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Mesyuarat Agongnya dan majoriti pemimpin DAP lebih cekap 'cakap Melayu' berbanding MCA.
No comments:
Post a Comment