22/01/2017

Mohd. Najib Hampir Kalah Pilihan Raya

1) Perdana Menteri Mohd. Najib mula menjadi wakil rakyat di Parlimen Pekan, Pahang sejak tahun 1976. Dia menang tanpa bertanding sewaktu Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas bapanya Perdana Menteri Abdul Razak Hussein meninggal dunia di London akibat leukimia yang serius.


2) Mohd. Najib sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 hampir  tewas di tangan calon PAS apabila hanya menang dengan majoriti 241 undi. Beliau mendapat 13148 undi dan calon PAS pula sebanyak 12907. Menariknya, undi rosak berjumlah 631 dan kertas undi tidak dikembalikan sebanyak 111.


3) Sebelum itu di PRU 1995, Mohd. Najib menang dengan majoriti selesa sebanyak 10793 undi. Seterusnya sewaktu PRU 2004 di mana telah bergelar Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri, beliau bangkit menang dengan kelebihan besar 22922 undi.


4) PRU 2013, yang pertama selepas bergelar YAB Perdana Menteri, Mohd Najib menang dengan kelebihan cukup besar iaitu majoriti 35613 undi berbanding lawannya daripada PKR. 


5) Tiada yang mustahil dengan pemikiran dan pilihan pengundi sewaktu pilihan raya. Daripada menang bergaya lebih 10000 undi pada tahun 1995, tidak sampai lima tahun, Mohd. Najib hampir tewas. Lima tahun kemudian pula pada tahun 2004 dia berjaya tumpang tuah faktor "Mr. Clean Abdullah Badawi; cemerlang, gemilang, terbilang" dengan menang PRU bermajoriti lebih 20000 undi.


" Politik adalah satu seni merealisasikan yang mustahil dan memustahilkan yang pasti "

No comments:

Post a Comment