1) Sebagai seorang yang cukup menghargai sejarah negara bangsa, satu berita yang cukup MENGGANGGU pemikiran saya ialah penamaan semula STADIUM PUTRA di Kompleks Sukan Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kepada Axiata Arena.
2) Dengan penuh kebanggaan ianya diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut YB Rembau itu, Axiata Arena adalah sebahagian daripada Bandar Sukan KL, satu pembangunan semula Kompleks Sukan Nasional. Maka selepas ini mungkin Kompleks Sukan Nasional juga akan 'dimatikan' dan 'hidup' dengan nama Bandar Sukan KL ?
3) KJ begitu teruja dengan penerimaan tajaan RM55 Juta yang dijanjikan syarikat telekomunikasi Axiata untuk tempoh 10 tahun. Kata KJ, ini akan meletakkan kita setanding dengan Staples Centre di Los Angeles, O2 Arena (London) dan Mercedes Benz Arena, Shanghai. Perlukah semua yang berlaku di negara lain kita 'ciplak' ideanya ?
4) Adakah dengan purata tajaan sebanyak RM5.5 Juta setahun sudah membolehkan Axiata 'MEROGOL' nama asal Stadium Putra kepada Axiata Arena ? Nasib baik sewaktu bersetuju memberi tajaan RM16 Juta (untuk tahun 2016 dan 2017) kepada pasukan bola sepak Kelantan dahulu, pemilik Vida Beauty tidak meminta untuk ditukarkan nama Stadium Sultan Mohamaad IV kepada Stadium Qu Puteh !
5) Stadium Putra yang merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Nasional dibina menjelang penganjuran Sukan Komanwel 1998. Seperti juga Putrajaya, 'Putra' pada nama stadium itu adalah sebagai satu memori penghargaan kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang juga merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang bebas Merdeka.

No comments:
Post a Comment