23/01/2017

Berusahalah Seperti Dayang Nurfaizah !

1) Tiada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita terus yakin pada kemampuan diri sendiri dan ada impian untuk dicapai.


2) Tamat Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 31, lagu Lelaki Teragung nyanyian anak Sarawak Dayang Nurfaizah menjadi juara !


3) Dayang Nurfaizah perlu menanti lebih 17 tahun sebelum dapat pegang trofi Juara Lagu ! Jika penyanyi seperti Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan: 1996), Misha Omar (Bunga-Bunga Cinta: 2003), Jaclyn Victor (Gemilang: 2005) dan Ana Raffali (Mama Ingatkan Aku: 2010) dapat pegang trofi juara sewaktu tahun pertama menjadi penyanyi melalui album pertama, Dayang perlu tunggu selepas hampir 18 tahun bermulanya kariernya sebagai penyanyi professional !


4) Walaupun album pertamanya keluar pada tahun 1999, Dayang Nurfaizah hanya mula lolos ke pertandingan akhir Juara Lagu ke 16 pada tahun 2001 melalui lagu paling berhantunya daripada albumnya yang ke dua iaitu Seandainya Masih Ada Cinta. Lagu itu menang kategori Balada tetapi tewas kepada pemenang kategori Etnik Kreatif & Irama Malasia, Mimpi Laila oleh Yassin bagi Juara Lagu. Seterusnya dua lagunya mara ke AJL ke 19 (Erti Hidup: Juara Etnik Kreatif & Irama Malaysia dan Dayang Sayang Kamu).


5) Dayang adalah penyanyi sezaman dengan Siti Nurhaliza dan lebih senior berbanding Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz, Black, Yuna dan Shila Amzah. Lagu ke 6 beliau di pentas AJL melalui percubaan tahun ke 5 (2001, 2004, 2014, 2015 & 2016) akhirnya membawa gelaran juara. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika usaha, disiplin, keyakinan dan bakat diri digabungkan sebaiknya !

No comments:

Post a Comment