12/01/2017

Saya bukan muka penipu, bukan muka makan rasuah: Ini Cerita Saya Pada Makcik dan Pakcik, Orang Kampung

1) Duit kita Pakcik dan Makcik sudah jatuh nilainya lebih 25% dalam masa dua tahun ni. Susu cucu-cucu kita sama 'pampers' sudah jadi lebih mahal, jauh mahalnya daripada dulu. Pergi Umrah, pergi Haji kena bawa lebih sedikit Ringgitnya. Benda-benda kita beli banyak daripada luar negara. Naiklah harga sebab duit kita sudah murah.
2) Harga barang-barang sudah naik berkali-kali dalam masa dua tiga tahun ini. Subsidi gula, minyak, tepung, petrol dan apa-apa lagilah sudah kena tarik. Itu petanda Kerajaan sudah makin tiada duit.
3) GST itu, budak-budak kecil, orang gaji rendah dan orang tiada kerja tetappun kena. Tidak kira miskin ke, kaya ke, penganggur ke, budak sekolah rendah ke, semua kena bayar CUKAI GST tu. Dulu ada Menteri kata lepas GST, harga barang lebih murah, ada ke Makcik dan Pakcik rasa macam itu lepas dekat dua tahun ada GST ni ? TV3 sama Utusan ada ceritakan dulu, Menteri tupun dah senyap sekarang.
4) Anak-anak kita, cucu-cucu kita yang keluar Universiti, 1 daripada tiga sudah tidak dapat cari kerja yang sepadan selepas satu tahun habis belajar. Kerja sudah makin susah mahu cari, hutang PTPTN sudah menunggu.
5) Pakcik-pakcik dan makcik-makcik juga akak abang, saya tidak tipu. Ini cerita benar. Muka macam saya ni ada muka penipu ada muka makan rasuah ke ?

No comments:

Post a Comment