06/01/2017

Makanan Si Semut Kecil

1) Inilah makanan saya untuk tengahari tadi. Syukur pada Tuhan, walau nampak biasa-biasa tapi ini sudah cukup "meriah" bagi orang biasa seperti saya ini. Sedap sangat !

2) Nasi campur itu berharga RM5. Teh lemon panas gelas besar itu pula cuma RM1.20. Bekerja di institusi pendidikan ada "kelebihan" juga bab makan-makan. Syukur.


3) Sebelum ini boleh lebih murah lagi, tapi kos bahan mentah sudah naik berkali-kali. Pasti peniaga makanan siap terasa "perit" kerana mereka hanya umpama orang tengah yang tersepit juga. Apapun, saya masih bersyukur kerana berbanding sahabat lain yang bekerja di bandar-bandar besar pastilah makan tengahari mereka lebih mahal daripada saya walau sekadar nasi campur di kedai biasa.


4) Saya orang biasa, bukan berjawatan besar apalagi berharta mewah. Tiada pengaruh, tiada kuasa. Sekadar budak kampung yang keturunannya bukanlah orang politik, orang kaya-kaya apalagi orang ternama.


5) Saya tidak pandai maki hamun dan saya tidak pandai mereka cerita. Saya bukan ancaman kepada sesiapa kerana saya hanyalah budak kampung, semut kecil.


Fendi Ahmad

Kampung Alai, Segamat, Johor

8.00 Malam (Jumaat, 6 Januari 2017)

No comments:

Post a Comment