28/01/2017

Tahun Ayam Tahun Malaysia Berubah

" Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Kita adalah satu komuniti Malaysia berjiwa mulia  yang hebat lagi berpotensi besar. Moga semangat si Ayam membawa kita semangat untuk memulakan satu hari baru yang lebih cemerlang lagi berintegriti buat Malaysia "


Fendi Ahmad

28 Januari 2017


....................................................


Tahun Ayam Tahun Malaysia Berubah


1) Selamat datang Tahun Ayam dan selamat tinggal Tahun Monyet.


2) Datangnya kokokan si ayam adalah satu permulaan yang segar dan ingatan bahawa hidup di "hari" yang baru telah bermula.


3) Kita tinggalkanlah "monyet-monyet" yang berkelakuan seperti di pesta sarkas yang banyak membuatkan kita pening dan selalu juga ketawa dengan kelakuannya yang banyak "bodoh" daripada "bijak."


4) Ayam berkokok kuat memberitahu kita supaya BANGKIT dan BANGUN - berubahlah, berusahalah dan berfikirlah untuk satu "hari" baru yang lebih baik untuk kita dan masa hadapan anak negara !


5) Ayam berkokok kuat dan kata, bercerai kita roboh, bersatu kita teguh. Bersatu untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment