" Setiap hari isu perlaksanaan hari tanpa beg plastik dan caj 20 sen yang dikenakan untuk satu beg plastik di Selangor nampaknya cukup dibesarkan media massa 'kawalan' UMNO-BN. Sebagai seorang yang bermastautin di Melaka Bandaraya Bersejarah, saya pohon TV3, Utusan Malaysia dan The Star untuk membuat lawatan sambil belajar ke Melaka dengan menemui Ketua Menteri Idris Haron dan juga bekas Ketua Menteri Mohd. Ali Rustam mengenai pengalaman negeri Melaka yang mula melaksanakannya secara berperingkat pada 1 Januari 2011 sehinggalah sepenuhnya 7 hari seminggu, 24 jam tanpa beg plastik 'berbahaya' dan tidak juga boleh dibeli pada 1 Januari 2016. Sila mohon pendapat mereka dan jangan lupa siarkan juga di TV / surat khabar. "
Fendi Ahmad
24 Januari 2017
Fendi Ahmad
24 Januari 2017
No comments:
Post a Comment