2) Penyelewengan berlaku untuk satu projek penternakan IKAN. Ikan itu namanya sturgeon. Mungkin bekas Pengerusi FELDA, Isa Abdul Samad boleh tolong jelaskan akan "kepentingan" ikan sturgeon kepada "survival" rakyat Malaysia sehingga Lembaga Pengarah FELDA yang diketuainya boleh melulus atau sekurangnya membiarkan projek itu "lulus" untuk dijalankan.
3) Projek ikan itu bernilai RM47.6 Juta. Tidak dapat dibayangkan akan kecanggihan projek itu jika berjalan.
4) Ikan-ikan sturgeon yang diimpot untuk projek itu tidak sempat dihantar ke Malaysia. Sebabnya, Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan tapak cadangan projek itu.
5) Benih-benih ikan tidak sampai. Tapak projek tidak dilulus. Duit lebih RM47 JUTA sudah ghaib atau sudah kena songlap atau sudah dijoli para "PENYAMUN HARAMJADAH !"
* Selama ini kita ingat kepakaran FELDA adalah berkaitan dengan getah dan kelapa sawit. Kadang-kadang dengar juga pasal koko dan kelapa. Tapi sejak dua menjak ini kita baru sedar atau baru tahu FELDA juga mahu jadi pakar ikan dan hotel selain berbesar hati jadi pemegang saham bank besar.
No comments:
Post a Comment