29/01/2017

Raja Rasuah Bagaikan Drakula Menjaga Tabung Darah

1) Bagaikan drakula menjaga tabung darah - Ini boleh jadi satu peribahasa baru yang tarafnya lebih "tinggi" daripada harapkan pagar, pagar makan padi. 


2) Drakula wujud dalam mitos-mitos hantu orang putih. Drakula adalah "vampire." Drakula makanannya adalah darah. Tiada darah, drakula mati. Oo hantupun boleh mati selepas pernah mati.


3) Drakula menghisap darah mangsanya tanpa belas kasihan untuk survival diri sendiri. Drakula tidak boleh kena cahaya matahari. Cahaya suci kecerahan matahari boleh membunuhnya.


4) Kita hari ini berdepan dengan spesis drakula yang tidak takut cahaya matahari, ini spesis drakula paling merbahaya di dunia. Drakula disanjung, dibesar-besarkan dan dipuja-puji pengikut setia yang rela hati menghalalkan tindakan si drakula terus menghisap darah manusia-manusia yang lemah.


5) Apabila manusia spesis drakula diberi amanah, diberi kepercayaan maka jadilah ia bagaikan drakula menjaga tabung darah ! Raja rasuah samalah seperti drakula. Nampak elok penuh bergaya, nampak baik segalanya manis di mulut tetapi dalam senyap membawa malapetaka kepada kehidupan orang lain !

No comments:

Post a Comment