10/01/2017

1MDB Sudah Tiada Bisnes

1) Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani merangkap ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur kata 1MDB sudah tiada bisnes. Maknanya, 1MDB sudah TUTUP KEDAI terus walaupun masih ada Arul Kanda sebagai CEO dan Lembaga Pengarah yang baru, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Dr. Irwan Siregar sebagai Pengerusinya.
2) 1MDB ini ditubuh atas idea Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak sebagai dana kedaulatan (sovereign funds) yang akan menjalankan aktiviti pelaburan dan perniagaan strategik atas nama negara. Taraf 1MDB adalah sama dengan Khazanah Nasional (dana kedaulatan Malaysia tunggal sebelum Perdana Menteri ke 6) dan Temasek Holdings (dana kedaulatan Singapura). Di bawah PM Najib, Malaysia ada dua 'sovereign funds' iaitu Khazanah dan 1MDB.
3) Johari turut mengesahkan bahawa projek 'daerah kewangan' Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur akan dijalankan oleh Kementerian Kewangan dan bukannya 1MDB.
4) Pelik juga difikirkan, Menteri kata 1MDB sudah tiada bisnes dan tidak akan terlibat dengan apa jua transaksi bisnes tetapi masih ada CEO dan 3 orang Ahli Lembaga Pengarah yang pastinya ada gaji / elaun mewah untuk dibayar.
5) Untuk rekod, Johari menang di Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti sekitar 800 undi. Beliau mendapat kira-kira 23000 undi berbanding lawannya daripada PAS yang menghampiri 22200 undi. Sewaktu PRU 2008, calon PAS (Dr. Lo'lo' Ghazali) menang di Titiwangsa dengan majoriti hampir 2000 undi.

No comments:

Post a Comment