16/01/2017

Juara Lagu 1996 & Siti Nurhaliza

1) Anugerah Juara Lagu tahun 1996 juaranya lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza. Siti masa itu baru berusia 17 tahun.


2) Pertandingan akhir diadakan cukup hampir dengan jadual peperiksaan SPM. Lagu Jerat Percintaan ciptaan Adnan Abu Hassan itu awalnya dikatakan akan dinyanyikan penyanyi lain kerana Siti mahu menumpukan kepada persediaan menghadapi SPM.


3) Perhatian ramai pada tahun itu ialah kepada Ziana Zain melalui lagu Kemelut Di Muara Kasih ciptaan Saari Amri. Satu lagi lagu yang dikatakan boleh menang ialah Gerimis Mengundang daripada kumpulan Slam, juga ciptaan Saari Amri.


4) Siti melalui album pertamanya bukanlah satu nama yang sudah "besar." Tiada siapa menaruh harapan besar dia akan menewaskan Ziana Zain dan Slam yang "dikuatkan" dengan lagu-lagu ilham Saari Amri. Tahun 1990an sememangnya lagu-lagu Saari Amri menguasai industri muzik Malaysia.


5) Selepas lagunya menang Juara Lagu 1996 dan lagu duet bersama kumpulan 2 By 2 iaitu Mawarku mendapat sambutan hangat satu Malaysia, bermulalah era Siti Nurhaliza sebagai satu jenama yang cukup kuat. Tidak dapat dinafikan, Siti adalah sebahagian daripda lagenda muzik Malaysia.


#lagendaadapermulaannya

#bersamakitabersatumenciptalagenda

No comments:

Post a Comment