2) Walaupun kekal berkuasa kerana memiliki lebih kerusi Parlimen, BN telah hilang "kuasa moral" kerana telah ditolak majoriti rakyat apabila hanya mendapat sekitar 48% undi keseluruhan rakyat. 52% rakyat telah memilih untuk MENOLAK BN pada Mei, 2013 itu.
3) PRU 13 diadakan dengan "mood" ia adalah pilihan raya pertama di bawah Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak yang mula memegang kuasa pada April, 2009.
4) Pelbagai usaha telah dijalankan Najib sepanjang 4 tahun pertama memegang jawatan dengan harapan akan diberikan mandat besar oleh rakyat seperti mana Abdullah Ahmad Badawi menang besar di PRU 11 (2004). Beliau jelas begitu terdesak mahu mendapat mandat lebih besar untuk BN berbanding PRU 12 pada tahun 2008 di bawah kepimpinan Abdullah. Kerana tidak yakinnya Najib, Parlimen terbubar sendiri setelah tempoh maksima 5 tahun tercapai untuk memberi laluan kepada PRU 13.
5) Tanpa isu RM2.6 Bilion, tanpa skandal mega 1MDB, tanpa isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri juga Peguam Negara dan tanpa penggunaan peribadi dana RM42 juta daripada SRC International, BN di bawah Najib bukan setakat GAGAL mengembalikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen tetapi buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Kerajaan memerintah dibentuk oleh parti yang TIDAK mendapat undi majoriti rakyat. Menang banyak kerusi tetapi tidak disokong majoriti rakyat !
6) PRU 14 yang dijangka dijalankan pada bila-bila masa sebelum pertengahan 2018 adalah satu kesempatan terbaik untuk rakyat mengembalikan KUASA SUARA MAJORITI mereka. Pilihan majoriti wajib menjadi Kerajaan supaya ianya memiliki "kuasa moral" sebenar untuk memerintah.
7) Dengan keyakinan 89 kerusi yang telah dimenangi sewaktu PRU 13 adalah SUKAR untuk direbut BN, 25 kerusi lain sebenarnya mempunyai potensi besar untuk MENOLAK BN dengan kemenangan BN pada tahun 2013 adalah dengan kelebihan majoriti kecil (di bawah 2000 undi).
8) Ini tidak termasuk 3 Parlimen lain yang dijangka akan mengecewakan BN iaitu Jerlun (Kedah), Pagoh (Johor) dan Semporna (Sabah) yang dijangka akan ditandingi masing-masing oleh Mukhriz Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mohd. Shafei Apdal untuk melawan calon BN.
9) Kiraan mudah: 89 + 25 + 3 = 117 kerusi Parlimen daripada 222 keseluruhan. Jumlah kerusi minima untuk membentuk Kerajaan ialah 112 kerusi Parlimen.
10) Pengundi-pengundi di 25 Parlimen berikut "mampu" melakukan sesuatu yang BERSEJARAH untuk misi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara berpotensi besar yang dahulu "suaranya" cukup dikenali dunia dan pernah digelar "harimau Asia" di dekad 1990an:
* angka yang diberikan adalah kelebihan majoriti yang dicapai calon BN, parti yang dinyatakan pula adalah parti yang bertanding melawan BN ketika itu.
Kuala Lumpur
1) Setiawangsa : 1390 - PKR
2) Titiwangsa: : 866 - PAS
Selangor
3) Sabak Bernam: 1644 - PKR
4) Kuala Selangor: 460 - PAS
5) Sungai Besar: 399 - PAS
Johor
6) Segamat: 1217 - PKR
7) Labis: 353 - DAP
8) Ledang: 1967 - PKR
9) Muar: 1646 - PKR
10) Tebrau: 1767 - PKR
11) Pasir Gudang: 935 - PKR
Perak
12) Telok Intan: 238 - DAP
13) Bagan Serai: 1140 - PKR
14) Kuala Kangsar: 1082 - PAS
Sabah
15) Beaufort: 673 - PKR
Pulau Pinang
16) Balik Pulau: 1539 - PKR
Terengganu
17) Jertih: 930 - PAS
Pahang
18) Cameron Highlands: 462 - DAP
19) Bentong: 379 - DAP
Perlis
20) Arau: 1371 - PAS
Kedah
21) Jerai: 1196 - PAS
22) Kulim-Bandar Baharu: 1871 - PKR
Kelantan
23) Ketereh: 974 - PKR
24) Machang: 805 - PKR
Sarawak
25) Baram: 194 - PKR
No comments:
Post a Comment