30/01/2017
25 Parlimen Bakal (MAMPU !) "Selamatkan Malaysia"
Pekan dan 2 Perdana Menteri
" Pekan, Pahang adalah satu konstituen paling bertuah di Malaysia kerana sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 sehinggalah 2017 ini, ianya hanya diwakili 2 ahli Parlimen iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan anaknya Dato' Seri Mohd. Najib. 60 tahun Malaysia Merdeka, Pekan diwakili dua Perdana Menteri, dua Timbalan Perdana Menteri dan dua orang yang pernah pegang pelbagai jawatan Menteri dalam portfolio pembangunan luar bandar, pendidikan, belia & sukan, pertahanan dan kewangan. Seharusnya Pekan pada tahun 2017 tidak perlu menunggu Transformasi Nasional 50 (TN50) untuk maju pada tahun 2050 "
Fendi Ahmad
30 Januari 2017
Bagaikan Drakula Menjaga Tabung Darah
" Peribahasa baru DRAKULA menjaga tabung darah merujuk kepada pemimpin pengamal rasuah tahap luar biasa yang bukan sahaja tidak amanah tetapi apa juga tindakan dan keputusannya lebih banyak membawa masalah juga kesusahan kepada rakyat untuk satu tempoh zaman-berzaman. Drakula si penghisap darah adalah jauh lagi BERBAHAYA daripada pagar yang disebut dalam peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi "
Fendi Ahmad
30 Januari 2017
29/01/2017
Raja Rasuah Bagaikan Drakula Menjaga Tabung Darah
1) Bagaikan drakula menjaga tabung darah - Ini boleh jadi satu peribahasa baru yang tarafnya lebih "tinggi" daripada harapkan pagar, pagar makan padi.
2) Drakula wujud dalam mitos-mitos hantu orang putih. Drakula adalah "vampire." Drakula makanannya adalah darah. Tiada darah, drakula mati. Oo hantupun boleh mati selepas pernah mati.
3) Drakula menghisap darah mangsanya tanpa belas kasihan untuk survival diri sendiri. Drakula tidak boleh kena cahaya matahari. Cahaya suci kecerahan matahari boleh membunuhnya.
4) Kita hari ini berdepan dengan spesis drakula yang tidak takut cahaya matahari, ini spesis drakula paling merbahaya di dunia. Drakula disanjung, dibesar-besarkan dan dipuja-puji pengikut setia yang rela hati menghalalkan tindakan si drakula terus menghisap darah manusia-manusia yang lemah.
5) Apabila manusia spesis drakula diberi amanah, diberi kepercayaan maka jadilah ia bagaikan drakula menjaga tabung darah ! Raja rasuah samalah seperti drakula. Nampak elok penuh bergaya, nampak baik segalanya manis di mulut tetapi dalam senyap membawa malapetaka kepada kehidupan orang lain !
28/01/2017
Felda Ternak Ikan 47 Juta ?
Tahun Ayam Tahun Malaysia Berubah
" Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Kita adalah satu komuniti Malaysia berjiwa mulia yang hebat lagi berpotensi besar. Moga semangat si Ayam membawa kita semangat untuk memulakan satu hari baru yang lebih cemerlang lagi berintegriti buat Malaysia "
Fendi Ahmad
28 Januari 2017
....................................................
Tahun Ayam Tahun Malaysia Berubah
1) Selamat datang Tahun Ayam dan selamat tinggal Tahun Monyet.
2) Datangnya kokokan si ayam adalah satu permulaan yang segar dan ingatan bahawa hidup di "hari" yang baru telah bermula.
3) Kita tinggalkanlah "monyet-monyet" yang berkelakuan seperti di pesta sarkas yang banyak membuatkan kita pening dan selalu juga ketawa dengan kelakuannya yang banyak "bodoh" daripada "bijak."
4) Ayam berkokok kuat memberitahu kita supaya BANGKIT dan BANGUN - berubahlah, berusahalah dan berfikirlah untuk satu "hari" baru yang lebih baik untuk kita dan masa hadapan anak negara !
5) Ayam berkokok kuat dan kata, bercerai kita roboh, bersatu kita teguh. Bersatu untuk Malaysia.
27/01/2017
BMF vs 1MDB
" Isu BMF di era Tun Mahathir ramai didakwa dan dipenjara di Malaysia dan semua maklumat siasatan didedahkan kepada umum, tiada langsung Amerika tuduh PM terima duit haram.
VS
Isu 1MDB tiada siapa didakwa, tiada siapa bersalah di Malaysia, laporan audit dirahsiakan, berbilion duit telah digubah secara haram masuk sana sini di serata dunia dan Amerika kata duit ada masuk akaun Malaysia Official 1 "
Fendi Ahmad
27 Januari 2017
26/01/2017
DAP Adalah Talian Hayat UMNO
25/01/2017
Indeks Persepsi Rasuah 2016
" Indeks Persepsi Rasuah Malaysia mengalami kedudukan TERBURUK dalam tempoh 5 tahun sejak 2012. Malaysia berada di kedudukan 55 daripada 176 negara di dunia untuk tahun 2016 berbanding nombor 54 pada tahun 2015. Kedudukan kita adalah lebih baik pada tahun 2014 (50 daripada 175 negara). Jiran kita Singapura berada di nombor 7, Brunai (44), Indonesia (90) dan Thailand (101). "
Fendi Ahmad
25 Januari 2017
24/01/2017
Selangor Tanpa Beg Plastik
Fendi Ahmad
24 Januari 2017
23/01/2017
Berusahalah Seperti Dayang Nurfaizah !
1) Tiada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita terus yakin pada kemampuan diri sendiri dan ada impian untuk dicapai.
2) Tamat Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 31, lagu Lelaki Teragung nyanyian anak Sarawak Dayang Nurfaizah menjadi juara !
3) Dayang Nurfaizah perlu menanti lebih 17 tahun sebelum dapat pegang trofi Juara Lagu ! Jika penyanyi seperti Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan: 1996), Misha Omar (Bunga-Bunga Cinta: 2003), Jaclyn Victor (Gemilang: 2005) dan Ana Raffali (Mama Ingatkan Aku: 2010) dapat pegang trofi juara sewaktu tahun pertama menjadi penyanyi melalui album pertama, Dayang perlu tunggu selepas hampir 18 tahun bermulanya kariernya sebagai penyanyi professional !
4) Walaupun album pertamanya keluar pada tahun 1999, Dayang Nurfaizah hanya mula lolos ke pertandingan akhir Juara Lagu ke 16 pada tahun 2001 melalui lagu paling berhantunya daripada albumnya yang ke dua iaitu Seandainya Masih Ada Cinta. Lagu itu menang kategori Balada tetapi tewas kepada pemenang kategori Etnik Kreatif & Irama Malasia, Mimpi Laila oleh Yassin bagi Juara Lagu. Seterusnya dua lagunya mara ke AJL ke 19 (Erti Hidup: Juara Etnik Kreatif & Irama Malaysia dan Dayang Sayang Kamu).
5) Dayang adalah penyanyi sezaman dengan Siti Nurhaliza dan lebih senior berbanding Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz, Black, Yuna dan Shila Amzah. Lagu ke 6 beliau di pentas AJL melalui percubaan tahun ke 5 (2001, 2004, 2014, 2015 & 2016) akhirnya membawa gelaran juara. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika usaha, disiplin, keyakinan dan bakat diri digabungkan sebaiknya !
22/01/2017
Ahmad Zahid Hamidi
" Ahli Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menang selesa dengan majoriti sekitar 13000 undi sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2004. Majoriti beliau menjunam jatuh ke angka 2694 undi pada tahun 2008 dan terus jatuh ke paras 2108 undi sewaktu PRU 2013. Hutan Melintang, satu daripada dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bagan Datuk telah berada di bawah PKR sejak PRU 2008. "
Fendi Ahmad
22 Januari 2017
Mohd. Najib Hampir Kalah Pilihan Raya
1) Perdana Menteri Mohd. Najib mula menjadi wakil rakyat di Parlimen Pekan, Pahang sejak tahun 1976. Dia menang tanpa bertanding sewaktu Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas bapanya Perdana Menteri Abdul Razak Hussein meninggal dunia di London akibat leukimia yang serius.
2) Mohd. Najib sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 hampir tewas di tangan calon PAS apabila hanya menang dengan majoriti 241 undi. Beliau mendapat 13148 undi dan calon PAS pula sebanyak 12907. Menariknya, undi rosak berjumlah 631 dan kertas undi tidak dikembalikan sebanyak 111.
3) Sebelum itu di PRU 1995, Mohd. Najib menang dengan majoriti selesa sebanyak 10793 undi. Seterusnya sewaktu PRU 2004 di mana telah bergelar Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri, beliau bangkit menang dengan kelebihan besar 22922 undi.
4) PRU 2013, yang pertama selepas bergelar YAB Perdana Menteri, Mohd Najib menang dengan kelebihan cukup besar iaitu majoriti 35613 undi berbanding lawannya daripada PKR.
5) Tiada yang mustahil dengan pemikiran dan pilihan pengundi sewaktu pilihan raya. Daripada menang bergaya lebih 10000 undi pada tahun 1995, tidak sampai lima tahun, Mohd. Najib hampir tewas. Lima tahun kemudian pula pada tahun 2004 dia berjaya tumpang tuah faktor "Mr. Clean Abdullah Badawi; cemerlang, gemilang, terbilang" dengan menang PRU bermajoriti lebih 20000 undi.
" Politik adalah satu seni merealisasikan yang mustahil dan memustahilkan yang pasti "
21/01/2017
Isabella
" M Nasir dikatakan adalah pencipta sebenar lagu Isabella nyanyian Search. Lagu itu menang Juara Lagu 1989. Memandangkan M Nasir ketika itu bukannya warganegara Malaysia, lagu itu dilaporkan ciptaan Search, lirik oleh Bob Lokman. Walau selepas hampir 30 tahun, Isabella tetap dianggap sebagai lagu legen paling berhantu dalam sejarah Juara Lagu. M Nasir sebagai penyanyi dan rakyat Malaysia mencipta sejarah besar Juara Lagu apabila menang besar pada tahun 1994 melalui lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud. Lagu itu selain diangkat Juara Lagu turut menang kategori Pop Rock dan Persembahan Terbaik. Satu lagi lagu bertaraf legen beliau iaitu Bonda menang kategori Irama Malaysia di Juara Lagu 1994. "
#sejarahTIDAKmampumenukarLegenda
#dulukinidanselamanya
#perjuanganbelumselesai
Fendi Ahmad
21 Januari 2017
Tun Dr Mahathir Mohamad
" Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) pada 31 Oktober 2003 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan gelaran Tun. Pada hari yang sama isteri beliau, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) juga bergelar Tun. Mengikut darjatnya, SMN adalah di atas SSM. Apabila Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak "MEMPERMAINKAN" gelaran Tun yang dianugerahkan Agong itu sebagai "U-Turn" Mahathir maka ini adalah penghinaan jelas beliau kepada institusi Agong sebagai Ketua Negara Malaysia yang berdaulat. "
Fendi Ahmad
21 Januari 2017
19/01/2017
Jualan Mercedes dan BMW Naik, Jualan Kereta Turun: Rakyat Malaysia Makin Kaya ?
1) BMW Malaysia catatkan jualan 10906 unit keretanya untuk tahun 2016. Naik 16% daripada tahun 2015 !
2) Enam tahun berturutan sejak 2011, jualan BMW di Malaysia naik dan naik.
3) Mercedes-Benz Malaysia pula catatkan jualan 11799 unit kenderaannya untuk tahun 2016. Ianya adalah jualan tertinggi dalam sejarah Mercedes-Benz di Malaysia !
4) Persatuan Kenderaan Malaysia (MAA) pula seawal Januari 2016 telah menyatakan jualan keseluruhan kenderaan di Malaysia untuk tahun 2016 dijangka menurun berbanding tahun 2015.
5) Ini bukan cerita yang menggembirakan. Ini memberi banyak petunjuk kepada keadaan rakyat secara keseluruhannya. Ini belum ditambah dengan cerita bertambahnya golongan yang layak menerima BR1M.
" Jangan kencang sembang pasal Tranformasi Nasional 50 (TN50) selagi kita bangga umumkan lebih 7 juta rakyat Malaysia layak terima BR1M "
18/01/2017
Malaysia: Harimau Asia Yang Hilang Taringnya ?
2) Rizab simpanan wang asing Malaysia pada akhir tahun dilihat semakin menurun:
2016: USD94.6 Bilion
2015: USD95.3 Bilion
2014: USD116 Bilion
3) Agak menakutkan untuk diketahui bahawa kadar rizab negara pada akhir 2016 hanya mampu menampung 1.2 kali bebanan hutang luar jangka masa pendek. Ianya adalah nisbah yang terendah di rantau ini. Mudah kata, kadaran hutang luar kita berbanding jumlah rizab simpanan yang dimiliki adalah tinggi berbanding negara-negara jiran.
4) Berikut pula adalah gandaan bertambahnya jumlah rizab simpanan beberapa negara Asia sejak krisis kewangan Asia 1998 sehingga tahun 2016:
India: Naik 1200%
Korea Selatan: Naik 711%
Thailand: Naik 600%
Filipina: Naik 530%
Indonesia: Naik 460%
Malaysia: Naik 37%
5) 18 tahun selepas krisis kewangan Asia, negara lain yang turut ditimpa masalah besar itu sudah jauh 'MENGUMPUL' rizab berganda-ganda peningkatannya berbanding Malaysia. Yang dirisaukan ialah, 'orang lain' peratusan kenaikan rizab simpanannya laju tetapi kita yang lebih laju ialah kadar kenaikan hutang negara. Di manakah hilangnya HARIMAU ASIA bernama Malaysia itu ?
17/01/2017
Stadium Putra 'Jadi' Axiata Arena: KJ BUTA SEJARAH ?
2) Dengan penuh kebanggaan ianya diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut YB Rembau itu, Axiata Arena adalah sebahagian daripada Bandar Sukan KL, satu pembangunan semula Kompleks Sukan Nasional. Maka selepas ini mungkin Kompleks Sukan Nasional juga akan 'dimatikan' dan 'hidup' dengan nama Bandar Sukan KL ?
3) KJ begitu teruja dengan penerimaan tajaan RM55 Juta yang dijanjikan syarikat telekomunikasi Axiata untuk tempoh 10 tahun. Kata KJ, ini akan meletakkan kita setanding dengan Staples Centre di Los Angeles, O2 Arena (London) dan Mercedes Benz Arena, Shanghai. Perlukah semua yang berlaku di negara lain kita 'ciplak' ideanya ?
4) Adakah dengan purata tajaan sebanyak RM5.5 Juta setahun sudah membolehkan Axiata 'MEROGOL' nama asal Stadium Putra kepada Axiata Arena ? Nasib baik sewaktu bersetuju memberi tajaan RM16 Juta (untuk tahun 2016 dan 2017) kepada pasukan bola sepak Kelantan dahulu, pemilik Vida Beauty tidak meminta untuk ditukarkan nama Stadium Sultan Mohamaad IV kepada Stadium Qu Puteh !
5) Stadium Putra yang merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Nasional dibina menjelang penganjuran Sukan Komanwel 1998. Seperti juga Putrajaya, 'Putra' pada nama stadium itu adalah sebagai satu memori penghargaan kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang juga merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang bebas Merdeka.
16/01/2017
Juara Lagu 1996 & Siti Nurhaliza
1) Anugerah Juara Lagu tahun 1996 juaranya lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza. Siti masa itu baru berusia 17 tahun.
2) Pertandingan akhir diadakan cukup hampir dengan jadual peperiksaan SPM. Lagu Jerat Percintaan ciptaan Adnan Abu Hassan itu awalnya dikatakan akan dinyanyikan penyanyi lain kerana Siti mahu menumpukan kepada persediaan menghadapi SPM.
3) Perhatian ramai pada tahun itu ialah kepada Ziana Zain melalui lagu Kemelut Di Muara Kasih ciptaan Saari Amri. Satu lagi lagu yang dikatakan boleh menang ialah Gerimis Mengundang daripada kumpulan Slam, juga ciptaan Saari Amri.
4) Siti melalui album pertamanya bukanlah satu nama yang sudah "besar." Tiada siapa menaruh harapan besar dia akan menewaskan Ziana Zain dan Slam yang "dikuatkan" dengan lagu-lagu ilham Saari Amri. Tahun 1990an sememangnya lagu-lagu Saari Amri menguasai industri muzik Malaysia.
5) Selepas lagunya menang Juara Lagu 1996 dan lagu duet bersama kumpulan 2 By 2 iaitu Mawarku mendapat sambutan hangat satu Malaysia, bermulalah era Siti Nurhaliza sebagai satu jenama yang cukup kuat. Tidak dapat dinafikan, Siti adalah sebahagian daripda lagenda muzik Malaysia.
#lagendaadapermulaannya
#bersamakitabersatumenciptalagenda
15/01/2017
Sekuntum Bunga Raya
Bunga raya itu merah menyala
Semangat berani memuncak
Bunga raya itu mudah dijaga
Milik semua tidaklah elitis
Bunga raya itu kembang segar
Bisa menarik perhatian sesiapa
Bunga raya itu melambai angin
Seia sekata dengan masa
Bunga raya itu tetap relevan
Dulu, kini juga selamanya
" Kerana Bunga Raya Tidak Pernah Lupa Dia Milik Rakyat Malaysia "
Siapa jua, di mana jua, walau apa terjadi
Bunga raya akan terus mekar memberi keyakinan tanpa perlu mewangi yang seketika, tanpa perlu menjual dirinya dengan harga yang mewah
Sekuntum bunga raya bukan untuk dijual tetapi ialah yang dipelihara disanjung rakyat jelata.
Fendi Ahmad
Melaka Bumi Bersejarah
14 Januari 2017 (10.15 pagi)
13/01/2017
Wahai Makcik Pakcik dan Akak Abang: 1MDB Ada 4 Tukang Audit Akaun Dalam Masa 8 Tahun !
12/01/2017
Saya bukan muka penipu, bukan muka makan rasuah: Ini Cerita Saya Pada Makcik dan Pakcik, Orang Kampung
10/01/2017
1MDB Sudah Tiada Bisnes
2) 1MDB ini ditubuh atas idea Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak sebagai dana kedaulatan (sovereign funds) yang akan menjalankan aktiviti pelaburan dan perniagaan strategik atas nama negara. Taraf 1MDB adalah sama dengan Khazanah Nasional (dana kedaulatan Malaysia tunggal sebelum Perdana Menteri ke 6) dan Temasek Holdings (dana kedaulatan Singapura). Di bawah PM Najib, Malaysia ada dua 'sovereign funds' iaitu Khazanah dan 1MDB.
3) Johari turut mengesahkan bahawa projek 'daerah kewangan' Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur akan dijalankan oleh Kementerian Kewangan dan bukannya 1MDB.
4) Pelik juga difikirkan, Menteri kata 1MDB sudah tiada bisnes dan tidak akan terlibat dengan apa jua transaksi bisnes tetapi masih ada CEO dan 3 orang Ahli Lembaga Pengarah yang pastinya ada gaji / elaun mewah untuk dibayar.
5) Untuk rekod, Johari menang di Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti sekitar 800 undi. Beliau mendapat kira-kira 23000 undi berbanding lawannya daripada PAS yang menghampiri 22200 undi. Sewaktu PRU 2008, calon PAS (Dr. Lo'lo' Ghazali) menang di Titiwangsa dengan majoriti hampir 2000 undi.
07/01/2017
Kyoto Kota Si Geisha
1) Kyoto adalah pusat kebudayaan negara Jepun. Taman-taman Jepun, ribuan kuil Budha, beratus kuil Shinto, rumah-rumah teh tradisional dan GEISHA ! Tempat paling menarik di Jepun pada musim bunga semestinya Kyoto.
2) Ada 17 tapak / artifak / binaan di Kyoto yang diiktiraf UNESCO sebagai warisan dunia.
3) Kyoto sebenarnya adalah sasaran utama pihak Amerika untuk dijatuhkan bom atom pada tahun 1945.
4) Keajaiban berlaku apabila Setiausaha Peperangan bernama Henry Stimson menukarkan Kyoto dengan Nagasaki. Sepatutnya sasaran pihak bersekutu ialah Kyoto dan Hiroshima ! Stimson "tidak sampai hati" untuk menghancurkan Kyoto kerana itulah bandar tempat bulan madunya selepas berkahwin.
5) Itulah dunia. Tiada yang mustahil boleh berlaku walau sebesar mana keputusan manusia. Manusia boleh berubah keputusan dan pandangannya bergantung pada kata hati dan keadaan. Perubahan tidak memberi SIMPATI pada sesiapa ! Takutlah pada #perubahan.
06/01/2017
Makanan Si Semut Kecil
1) Inilah makanan saya untuk tengahari tadi. Syukur pada Tuhan, walau nampak biasa-biasa tapi ini sudah cukup "meriah" bagi orang biasa seperti saya ini. Sedap sangat !
2) Nasi campur itu berharga RM5. Teh lemon panas gelas besar itu pula cuma RM1.20. Bekerja di institusi pendidikan ada "kelebihan" juga bab makan-makan. Syukur.
3) Sebelum ini boleh lebih murah lagi, tapi kos bahan mentah sudah naik berkali-kali. Pasti peniaga makanan siap terasa "perit" kerana mereka hanya umpama orang tengah yang tersepit juga. Apapun, saya masih bersyukur kerana berbanding sahabat lain yang bekerja di bandar-bandar besar pastilah makan tengahari mereka lebih mahal daripada saya walau sekadar nasi campur di kedai biasa.
4) Saya orang biasa, bukan berjawatan besar apalagi berharta mewah. Tiada pengaruh, tiada kuasa. Sekadar budak kampung yang keturunannya bukanlah orang politik, orang kaya-kaya apalagi orang ternama.
5) Saya tidak pandai maki hamun dan saya tidak pandai mereka cerita. Saya bukan ancaman kepada sesiapa kerana saya hanyalah budak kampung, semut kecil.
Fendi Ahmad
Kampung Alai, Segamat, Johor
8.00 Malam (Jumaat, 6 Januari 2017)
05/01/2017
PM Kata Barat Mencemburui Malaysia, Kita Tanya PM, Cemburu Pada Filipina Tak ?
1) Dalam kenyataan tahun baru 2017, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak kata:
" Pertumbuhan ekonomi Malaysia, sesuatu yang negara barat hanya boleh impikan "
2) Katanya dengan anggaran pertumbuhan Malaysia sekitar 4.3 % hingga 4.5 % bagi tahun 2016, negara-negara MAJU di Eropah dan Amerika Utara hanya boleh bermimpi.
3) Kesimpulannya, PM memberitahu seluruh negara:
" Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pertumbuhan yang kita capai "
4) Baiklah, kita mahu bertanya kepada PM atau mana-mana Yang Berhormat Kerajaan, tidak CEMBURUkah Malaysia dengan pencapaian negara-negara yang sama TARAF dengan Malaysia iaitu "negara sedang membangun" berikut yang kadar pertumbuhan ekonominya lebih tinggi daripada Malaysia:
- China: 6.7%
- Indonesia: 5.03%
- Filipina: 7.1%
5) PM Najib tidak malu atau tidak cemburu dengan Presiden Joko Widodo dan Presiden Duterte ? Orang bijak pandai ada berkata "apples to apples, not apples to oranges."
#bersatu #beramanah #bermaruah
03/01/2017
Kisah Darjah Satu: Aku Budak Pemalu, Budak Penakut !
Melaka Makin Mahal ? 5 Negeri Paling Cepat Makanan Jadi Mahal
1) Kerajaan umum kadar inflasi Malaysia pada November 2016 naik 1.8% berbanding November 2015. Angka inilah yang diberitahu kepada seluruh rakyat dengan tambahan ayat "ianya terkawal."
2) Apa yang tidak diperbesarkan ialah inflasi bagi kategori makanan & minuman tanpa alkohol meningkat 3.8% pada November 2016. Makanan dan minuman alami kenaikan harga lebih tinggi berbanding produk lain.
3) 5 negeri yang kenaikan harga makanan adalah paling serius dan lebih tinggi daripada inflasi makanan negara:
- Melaka (naik 5.2%)
- Johor (naik 4.8%)
- Pulau Pinang (naik 4.5%)
- Putrajaya (naik 4.1%)
- Selangor (4.1%)
4) Lebih menakutkan jika peratusan inflasi kategori makanan difokuskan kepada beberapa jenis makanan / produk utama, pastilah Kerajaan tidak berani memberitahunya kepada rakyat melalui TV3, RTM, Utusan, BH, The Star dan NST:
- Minyak masak (naik 45.6%)
- Ayam (naik 10%)
- Sotong (naik 7.8%)
- Ikan (naik 4.5 - 4.5%)
- Udang (naik 4.8%)
5) Yang merendahkan sedikit inflasi makanan ialah:
- Lobak merah (jatuh 9.2%)
- Bawang besar (jatuh 7.5%)
- Tomato (jatuh 3.6%)
(#silamakan Lobak, Bawang dan Tomato)
01/01/2017
Apa Dah Jadi Sama PNB ? Bayar Dividen ASB Guna Duit Rizab !
1) Dividen 6.75 sen dan Bonus 0.5 sen bagi setiap RM1 pelaburan di dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera) bagi tahun 2016 adalah yang PALING RENDAH dalam sejarahnya sejak tahun 1990 !
2) Waktu negara dilanda krisis kewangan 1997/1998 yang Kerajaan di bawah "Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad" sendiri mengakui Malaysia di dalam masalah, ASB mampu memberi Dividen 10.25 sen + Bonus 1.20 sen (1997) dan Dividen 8 sen + Bonus 2.50 sen (1998).
3) Apa yang tidak diberitahu kepada umum ialah kadar Dividen TERBURUK bagi tahun 2016 itu sebenarnya patut lebih RENDAH lagi, mungkin hanya 5 atau 6 sen sahaja bagi setiap RM1 yang dilabur.
4) Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pengurus dana ASB tidak membesarkan "cerita" di bawah:
- PENDAPATAN KASAR ASB: RM9.59 Bilion.
- DIVIDEN + BONUS ASB: RM10.28 Bilion.
5) Mengagihkan 100% pendapatan / keuntungan korporat sebagai Dividen kepada pelabur adalah suatu yang tidak bijak kerana menolak tepi kemungkinan untuk pelaburan semula dan kecemasan. Menggunakan duit rizab pula untuk membayar Dividen kepada pelabur lagilah sesuatu yang GILA ! Apa sudah jadi PNB !
#bersatu #beramanah #bermaruah