20/01/2016

Najib sila PECAT MB KEDAH dan KM SARAWAK !

1) Hari ini (20/01/2016) hampir semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah dengan diketuai Ahmad Bashah Md. Hanipah buat kenyataan yang mereka sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir.

2) Mereka mahu Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak gantikan Mukhriz dengan orang lain.

3) Ketua Menteri Sarawak Adnan Satem pula baru-baru ini ada membuat ucapan yang secara jelas memberitahu rakyat di sana bahawa jangan salahkan dia kerana GST. Dia sendiri tidak suka GST. Itu kerajaan pusat pimpinan Mohd. Najib punya kerja ! Adnan juga mahu lebih banyak kuasa diberikan kepada kerajaan negeri.

4) Tahun 2013, Mohd. Najib dalam usaha mahu merampas Kedah daripada PAS awal-awal umumkan Mukhriz adalah Menteri Besar jika Barisan Nasional menang di Kedah. Nampak sangat Mohd. Najib memang TAHU bahawa orang Kedah secara majoriti senang dan suka Mukhriz. Mukhriz disenangi kerana imej sederhananya, kurang kontroversi dan JENAMA 'Mahathir' yang ada di dalam namanya. Adnan Satem juga kini cukup popular di Sarawak, orang Sarawak kini lebih yakin pada JENAMA Adnan Satem berbanding 'jenama Taib Mahmud' dahulu dan 'jenama Najib Razak' sebagai Perdana Menteri Malaysia. Adnan tahu Mohd. Najib perlukan beliau lebih daripada beliau memerlukan Mohd. Najib. Amaran keras Adnan tentang aktiviti rasuah balak di Sarawak cukup membuat 'pemakan dan pemberi rasuah balak' kecut perut !

5) Jelas Mukhriz kini sebenarnya sudah tidak yakin kepada Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri dan Adnan Satem pula terang lagi bersuluh sudah beritahu Sarawak bahawa dia tidak suka sama GST yang disukai Mohd Najib. Perdana Menteri Mohd. Najib WAJAR berani memecat Mukhriz dan Adnan Satem kerana tidak sependapat dengannya !

Soalannya: Beranikah Mohd. Najib pecat Mukhriz dan Adnan Satem ???

No comments:

Post a Comment