14/01/2016

Tun Abdul Razak Hussein: Bapa Pembangunan Malaysia

1) Hari ini (14 Januari) 40 tahun lepas, Malaysia bersedih kerana perginya Perdana Menteri Abdul Razak Hussein.

2) Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat menderita leukimia.

3) Tun Razak merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada semua orang termasuklah isterinya. Sekitar tahun 1972/1973 beliau memaklumkan secara rahsia tentang penyakitnya kepada Timbalan Perdana Menteri Dr. Ismail Abdul Rahman yang cukup dipercayainya. Doktor peribadinya adalah orang pertama yang mengetahui tentang penyakit tersebut. Razak tidak mahu rakyat tahu beliau sedang menderita penyakit leukimia tahap serius kerana katanya, 'masih banyak yang perlu dibuat, negara baru hendak membangun.'


4) Tun Razak mengembalikan keamanan negara selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Keamanan dan perpaduan rakyat menjadi azam utama beliau apabila mengangkat sumpah jawatan pada tahun 1970. Legasi Tun Razak meliputi Felcra, Felda, Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Pembangunan Nasional, Bank Bumiputera (sekarang CIMB), Tabung Haji, Petronas, Bank Pembangunan dan banyak lagi.

5) Dipercayai juga Tun Razak adalah orang yang bertanggungjawab pernah memberitahu Tun Hussein Onn (Timbalannya selepas Dr. Ismail meninggal dunia pada tahun 1973) bahawa orang yang boleh membantu Hussein jika berlaku apa-apa kepadanya ialah Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun Mahathir bukan 'pilihan' utama Hussein tetapi kerana 'percaya' kepada Razak, maka Mahathir dipilih Hussein sebagai timbalannya. Sejarah menunjukkan kepada Malaysia bahawa Razak  memulakan pembangunan negara dan Mahathir merancakkannya lagi ke tahap moden sehingga bergelar Bapa Pemodenan Malaysia. Tun Razak mati meninggalkan nama besar yang dikenang seluruh rakyat Malaysia sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment