04/02/2016

Kenyataan Rasmi Fendi Ahmad Isu Peguam Negara Membersihkan Mohd. Najib Razak

1) Peguam Negara Mohamed Apandi Ali sudah umumkan bahawa Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak tidak terlibat dengan apa juga aktiviti yang salah di sisi undang-undang Malaysia. Senang kata, PM kita adalah bersih, bebas dan baik segalanya.
2) Apandi tidak salah dalam mengatakan bahawa Najib adalah bebas tidak melakukan apa jua kesalahan dalam isu SEDEKAH RM2.6 Billion dan pengaliran wang tunai RM42 Juta ke dalam akaunnya di Ambank yang berpunca daripada SRC International, sebuah syarikat di bawah 1MDB yang kini dimiliki terus oleh Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Mohd. Najib sendiri.
3) Apandi tidak salah dalam 'membebaskan' Mohd. Najib. Kalau ada yang maki hamun beliau kerana 'membebaskan' Mohd. Najib maka ertinya orang itu tidak faham undang-undang. Sebab ke dua mungkin orang itu terlebih faham kerana ada kepelikan nyata dalam hujah Apandi. Sebagai Peguam Negara, Apandi ada HAK MUTLAK untuk memutuskan sama ada Mohd. Najib perlu didakwa ataupun tidak.
4) KUASA mendakwa dan membawa kes untuk dibicarakan di mahkamah adalah HAK MUTLAK seorang Peguam Negara. Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Bank Negara adalah 'tuan punya kepakaran' dalam menjalankan siasatan terhadap kes-kes yang diadukan kepada mereka.
5) Dalam kes Mohd. Najib, SPRM adalah pihak yang menjalankan siasatan dan mereka juga yang bertanggungjawab menyediakan kertas kes dan cadangan pendakwaan yang sesuai.
6) Khabarnya, kertas siasatan SPRM terhadap kes SEDEKAH Pak Arab dan wang anak syarikat 1MDB masuk ke akauan Mohd. Najib mencecah 7 kaki tingginya !
7) Apabila Apandi pada awalnya memulangkan semula hasil siasatan dan cadangan SPRM untuk diperbaiki atau dilengkapkan, ini memberi satu SIGNAL jelas bahawa SPRM telah mengesyorkan kepada Peguam Negara bahawa ADA KES yang kukuh terhadap Mohd. Najib.
8) 'Bahasa tersirat' tindakan awal Apandi meminta SPRM memperkemas laporan siasatan atau kertas pendakwaan (kita tidak pasti yang mana satu) itu jelas menunjukkan Mohd. Najib sebenarnya WAJIB dibicarakan di mahkamah.
9) Sebaliknya, dalam masa yang cukup singkat selepas SPRM menghantar kembali hasil siasatan kes Mohd. Najib kepada Pejabat Peguam Negara, Apandi tanpa BERLENGAH telah mengumumkan kepada DUNIA bahawa Mohd. Najib tidak bersalah, tidak perlu didakwa dan beliau arahkan SPRM supaya TUTUP TERUS kes berkaitan PM.
10) Apandi sebagai Peguam Negara telah gagal memberikan justifikasi lengkap akan sebab musabab beliau 'membebaskan' terus Mohd. Najib. Apandi telah terus sekat kes salah guna kuasa itu daripada 'menjengah' mahkamah. Baru sekarang kita 'tersedar' rupanya Peguam Negara martabatnya seolah 'lebih tinggi' daripada seorang KETUA HAKIM NEGARA yang biasanya memegang 'title' TUN walaupun sedang dalam jawatan.
11) Dalam isu RM2.6 Billion, Apandi ternyata gagal memberitahu umum akan ke mana perginya duit yang beliau katakan telah digunakan Mohd. Najib setelah diambil kira sekitar RM2 Billion yang 'katanya' telah dipulangkan kembali kepada pihak Arab tersebut.
12) Sebagai penjawat awam, bolehkan sesenang hati PM boleh terima SEDEKAH yang dimasukkan ke akauannya hanya berlandaskan alasan kononnya pihak Arab itu mahu pastikan parti Mohd. Najib terus berkuasa memerintah Malaysia sekaligus dapat membendung pihak Ikhwanul Muslimin yang diiktiraf sebagai pengganas oleh Pak Arab Saudi ?
13) Kalau begitu keadaannya maka selepas ini semua penjawat awam yang didakwa terima rasuah bolehlah guna hujah Peguam Negara Apandi Ali bahawa SEDEKAH dengan tujuan membendung aktiviti pengganas adalah dibenarkan !
14) Dalam isu RM42 Juta pula, Apandi gagal memberi alasan lebih BIJAK dalam membersihkan Mohd. Najib.
15) Apandi kata Mohd. Najib tidak SEDAR akan kewujudan / pengaliran duit RM42 Juta itu ke dalam akauan AMBANKnya.
16) Sekali lagi ini adalah kaedah TERBODOH yang akan diketawakan oleh siapa sahaja di dunia yang faham sedikit undang-undang. Pelajar tahun satu Ijazah Perundangan sekalipun akan mampu KETAWA berdekah-dekah dengan ulasan rasmi seorang Peguam Negara berusia lewat 60an yang ada pengalaman jadi Hakim dalam usahanya 'membersihkan' seorang Perdana Menteri yang pada Julai 2015 telah 'membawa' namanya kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diangkat sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Patail yang dikatakan Mohd. Najib sebagai sudah tidak mampu jalankan tugas kerana masalah kesihatan.
17) Peliknya, Abdul Ghani sendiri 'terkebil-kebil' apabila mendapat tahu beliau bukan lagi Peguam Negara walhal beliau sudah semakin hampir mahu bersara wajib. Kalau ikut logik integriti, Apandi WAJIB menyerahkan tugas meneliti hasil siasatan SPRM terhadap Mohd. Najib kepada pihak lain kerana beliau sendiri memegang jawatan itu atas IHSAN PM. Apandi WAJIB berkecuali !
18) Jika Mohd. Najib 'terundur' daripada jawatan PM, ada kemungkinan beliau boleh didakwa juga atas pertuduhan membuat persembahan palsu kepada Yang Di Pertuan Agong dengan tujuan mengelirukan Baginda dalam usahanya mahu menamatkan riwayat Abdul Ghani sebagai Peguam Negara yang menurut 'sumber-sumber' sedang dalam fasa terakhir mahu mendakwa PM di mahkamah atas salah laku rasuan nyata melibatkan pengaliran RM42 Juta ke dalam akauannya dan bukti-bukti perbelanjaan berjuta Ringgit menggunakan kredit kad yang bayarannya dibuat oleh SRC International.
19) Selain menolak ke 'tong sampah' siasatan SPRM, Apandi turut memperbodohkan pasukan Gabenor Bank Negara dalam siasatan terhadap 1MDB. Dua kali hasil siasatan yang diperkemas dan diperbaiki Bank Negara dengan cadangan pendakwaan di mahkamah telah turut 'ditong sampahkan' Apandi !
20) Maka rakyat Malaysia secara keseluruhannya memang wajar untuk terus CURIGA, WAS-WAS dan PELIK dengan tindak-tanduk Apandi. Adakah dia Peguam Negara untuk mengukuh dan mendaulatkan undang-undang negara atau dia seorang Peguam Negara yang 'dilantik' hanya untuk 'membersihkan' seseorang ?
KEPADA TUHAN KITA BERSERAH

No comments:

Post a Comment