1) Hari ini negeri Johor mula "naik sekolah."
2) Saya juga adalah generasi anak Johor yang mula sekolah hari Ahad. Sempat merasa sekolah hari Ahad dan sempat juga merasa cuti sekolah ditukat kepada hari Sabtu dan Ahad.
3) Saya Darjah 1 di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat, Johor. Kelas saya namanya 1 Melor dan Cikgu Saripah Menah adalah guru kelas. Walau sudah lebih 25 tahun, saya masih mampu ingat nama cikgu kelas yang pertama.
4) Encik (ayah) hantar saya dengan menaiki motor Vespa. Saya pelok Encik kuat-kuat. Tiba di sekolah, Encik pimpin tangan saya sampailah masuk kelas. Badan saya sejuk sepenuhnya. Bukan sebab sakit tapi kerana saya berada dalam keadaan TAKUT yang melampau ! Saya tidak mahu sekolah, saya malu, saya segan, saya rasa ini benda yang gila dan saya tidak faham kenapa kita perlu pergi sekolah !
5) Setiap kali musim "naik sekolah" ianya akan membuatkan saya rasa bersyukur yang amat tinggi kepada Tuhan. Detik naik Vespa hari pertama bersekolah itu selamanya akan saya ingati. Telah 100% Tuhan "ubah" diri saya. Terlalu banyak nikmat Tuhan kepada saya. Syukur Ya Tuhan !
No comments:
Post a Comment