13/01/2016

Heboh Pasal Kantin Sekolah !

1) Minggu ini dekat FB macam kecoh pasal orang marah-marah dekat kantin sekolah. Banyaknya pasal orang kantin yang 'katanya' seperti mahu aniaya atau tipu budak darjah satu.
2) Masa saya darjah satu, Emak beri saya 30 sen, ini kisah tahun 1989 ! Emak tidak sediakan bekal kepada saya. Tapi teh o yang sedap memang sentiasa ada. Sampai darjah enam saya masih bawak bekal air ke sekolah.
3) Setiap pagi Emak saya tidak pernah gagal untuk sediakan sarapan. Emak saya masa itu kerja kantin sekolah yang 'tokei'nya adalah bapa saudara saya. Emak kerja di kantin Sekolah Tinggi Segamat. Saya pula darjah satu di Sekolah Temenggung Abdul Rahman Segamat. Sekolah rendah itu sebelah Sekolah Tinggi Segamat. Kelebihan saya ialah walaupun kena makan jam 5.45 pagi, saya mampu. Saya kenyang !
4) Emak bangun pukol 4.30 pagi buatkan sarapan dan mesti airnya ialah Milo panas. 6.15 pagi saya dan Emak akan naik van milik bapa saudara menuju ke Sekolah Tinggi Segamat. 7 pagi Emak pimpin tangan saya dan hantar saya ke sekolah sebelah.
5) Dipendekkan cerita, saya tidak pernah pergi ke kantin sekolah sepanjang di darjah satu sebab saya TAKUT. Takut mahu beli, takut mahu cakap mahu apa, takut mahu beri duit dan takut segalanya sebab saya rasa saya tidak pandai beli makanan ! Saya cuma minum air yang Emak sediakan dan biasanya dalam beg saya memang Emak letakkan gula-gula dan coklat kecil. Saya tidak lapar dan saya tidak timbulkan masalah. Sekian.

No comments:

Post a Comment