05/01/2016

Perdana Menteri Mohd. Najib "JUAL" Malaysia ?

Masa Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, dia sungguh kuat patriotiknya. Dia tidak mahu orang asing memiliki aset penting negara. Sebaliknya dia mahu kita yang memiliki aset orang asing. Buktinya, Proton di zaman beliau boleh jadi pemilik kepada syarikat kereta Lotus di Britain (1990an).

2) Awal 1980an apabila kerajaan Britain naikkan yuran pengajian pelajar asing, seorang Perdana Menteri dari negara 'kerdil' bernama Malaysia umumkan polisi 'Buy British Last.' Perdana Menteri itu tunjukkan Malaysia bahawa kita jangan terlalu taksub dengan 'Mat Salleh.' Dia usulkan polisi 'Dasar Pandang Ke Timur.' Kita patut lihat Jepun dan Korea Selatan, maju cara Asia ! Orang Barat sudah mula malas dan tidak berbudaya katanya ketika itu. Contohi Jepun, rajin, berbudaya dan berdisiplin tinggi !

3) Perdana Menteri yang berani 'melawan' Amerika Syarikat, Britain dan Australia itu juga tidak mahu syarikat 'Mat Salleh' British seperti Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope daripada terus menguasai tanah-tanah di Malaysia yang merdeka. Tahun 1981, Dr. Mahathir lancarkan Serangan Suboh (Dawn Raid) yang menggegarkan pasaran saham Britain. Akibatnya, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (kini semuanya bersatu di bawah Sime Darby Berhad) 'dimerdekakan' daripada terus dimiliki Britain walaupun negara sudah berpuluh tahun merdeka ketika itu (1981).

4) Selepas lebih 30 tahun Dr. Mahathir dengan caranya 'memerdekakan' tanah-tanah di Malaysia daripada dimiliki negara maju Britain, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak pula kerjanya 'menjual' tanah dan aset negara kepada orang asing, syarikat negara China hanya kerana kononnya proses RASIONALISASI 1MDB yang sarat hutang sebanyak RM48 Billion dengan modal berbayar sekadar RM1 juta.

5) 1MDB telah JUAL 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Sebelum itu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah MENJUAL 100% asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion. CREC dan CGN Group adalah syarikat daripada negara China.

No comments:

Post a Comment