11/01/2016

PM NAJIB: JANGAN PERSOAL, SAYA DISOKONG RAKYAT !

1) Perdana Menteri (PM) Mohd. Najib Abdul Razak memberitahu seluruh Malaysia supaya tidak mempersoalkan sokongan yang diterimanya.
2) PM Najib kata pentadbirannya menerima mandat yang cukup kuat di Parlimen apabila Bajet 2016 yang dibentangkannya selaku Menteri Kewangan telah diluluskan dengan sokongan majoriti.
3) Untuk rekod, Bajet 2016 yang diusulkan PM Najib diterima Parlimen dengan sokongan 128 undi berbanding 74 yang menolaknya.
4) PM Najib sewaktu perhimpunan pertama Pejabat Perdana Menteri bagi 2016 di Putrajaya pada pagi 11 Januari, 2016 berkata:
"Kita masuk tahun 2016 tidak boleh kita persoalkan status ini, agenda kita besar, untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan bersama."
5) Kesimpulannya, PM Najib memang wajar 'merasakan' dirinya kuat kerana beliau disokong majoriti ahli Parlimen. Beliau atau mungkin penasihat politiknya 'membaca' sokongan ahli Parlimen membawa maksud sokongan rakyat daripada 128 kawasan kerana ahli Parlimen bererti wakil rakyat.

No comments:

Post a Comment