1) Andai Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak berundur, diundurkan atau terundur maka siapa akan jadi Perdana Menteri ?
2) Ahmad Zahid Hamidi kini adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM) sejak akhir Julai 2015 selepas Mohd. Najib "pecat" Muhyiddin Yassin yang suka "bertanya" pasal masalah 1MDB.
3) Walaupun hilang jawatan TPM, Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO. Dia adalah "setaraf" dengan Mohd. Shafei Apdal dan Hishammuddin Hussein di dalam UMNO, orang nombor tiga. Shafei juga "dipecat" Mohd. Najib kerana banyak tanya pasal 1MDB juga. Hishammuddin adalah sepupu Mohd. Najib. Datuk mereka di sebelah ibu pernah jadi Pengerusi Genting kerana bersahabat baik dengan pengasasnya, Lim Goh Tong.
4) Mohd. Najib tidak boleh "pecat" Muhyiddin sebagai orang nombor dua UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh orang UMNO melalui undian. Timbalan Presiden UMNO secara automatiknya akan menjadi orang nombor dua Barisan Nasional.
5) Jika boss nombor satu Barisan tersingkir, disingkir atau mengundur daripada jawatan Perdana Menteri maka yang akan dipilih Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baru ialah Muhyiddin Yassin. Ahmad Zahid hanya mampu senyum saja.
No comments:
Post a Comment