1) Hari ini (20/01/2016) hampir semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah dengan diketuai Ahmad Bashah Md. Hanipah buat kenyataan yang mereka sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir.
2) Mereka mahu Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak gantikan Mukhriz dengan orang lain.
3) Ketua Menteri Sarawak Adnan Satem pula baru-baru ini ada membuat ucapan yang secara jelas memberitahu rakyat di sana bahawa jangan salahkan dia kerana GST. Dia sendiri tidak suka GST. Itu kerajaan pusat pimpinan Mohd. Najib punya kerja ! Adnan juga mahu lebih banyak kuasa diberikan kepada kerajaan negeri.
4) Tahun 2013, Mohd. Najib dalam usaha mahu merampas Kedah daripada PAS awal-awal umumkan Mukhriz adalah Menteri Besar jika Barisan Nasional menang di Kedah. Nampak sangat Mohd. Najib memang TAHU bahawa orang Kedah secara majoriti senang dan suka Mukhriz. Mukhriz disenangi kerana imej sederhananya, kurang kontroversi dan JENAMA 'Mahathir' yang ada di dalam namanya. Adnan Satem juga kini cukup popular di Sarawak, orang Sarawak kini lebih yakin pada JENAMA Adnan Satem berbanding 'jenama Taib Mahmud' dahulu dan 'jenama Najib Razak' sebagai Perdana Menteri Malaysia. Adnan tahu Mohd. Najib perlukan beliau lebih daripada beliau memerlukan Mohd. Najib. Amaran keras Adnan tentang aktiviti rasuah balak di Sarawak cukup membuat 'pemakan dan pemberi rasuah balak' kecut perut !
5) Jelas Mukhriz kini sebenarnya sudah tidak yakin kepada Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri dan Adnan Satem pula terang lagi bersuluh sudah beritahu Sarawak bahawa dia tidak suka sama GST yang disukai Mohd Najib. Perdana Menteri Mohd. Najib WAJAR berani memecat Mukhriz dan Adnan Satem kerana tidak sependapat dengannya !
Soalannya: Beranikah Mohd. Najib pecat Mukhriz dan Adnan Satem ???
20/01/2016
19/01/2016
Youngest Son and Mom
1) Puan Asmah Hassan is my Emak. At 63 years old, Emak still "steady," healthy and pretty ! Yeah, she is the pretiest lady from my viewpoint !
2) To have her as my mom is the ultimate gift from GOD.
3) Emak never enter University as a student but she entered MMU as the mother of me.
4) Emak doesnt know how to use Internet, smartphone or driving a car. She just feel that those are not a "must items" to master.
5) However, Emak have a satisfactory level of infos related to JDT Football team, Liga Super, Piala Malaysia, Anugerah Juara Lagu, 1MDB scandals, current political situations and other current affairs.
Andi Sayang Emak ! My Heaven ! Syurga Saya ...
16/01/2016
Anak Jahat Tipu Ayah, Tanah Tergadai
1) Ada anak kononnya mahu buat bisnes.
2) Dia pujuk rayu pada Ayah. Kata mahu buat bisnes bagus.
3) Bila untung nanti, bolehlah hantar Ayah pergi Mekah.
4) Janji juga mahu besarkan rumah lama Ayah.
5) Ayah percaya. Anak pajakkan tanah ayah. Bank bagi anak pinjaman dengan tanah dan tapak rumah Ayah sebagai bahan gadaian.
6) Anak ilmu tak cukup, otak tak berapa ligat. Tak berpandangan jauh macam anak orang lain.
7) Buat hutang, bisnes tak jalan. Strategi semua haru biru. Ambil pekerja, pekerja kaki putar alam. Depan kata "yes boss, semua OK." Dekat belakang, pekerja buat duit modal bisnes macam parti berjoli tanpa henti.
8) Akhirnya bisnes punya hutang tak terbayar. Mahu bayar "bunga" faedahpun tak mampu, apalagi "pokok" pinjaman sebenar.
9) Maka tanah dan tapak rumah Ayah tergadai. Bukan lagi milik Ayah, keluarga habis tanah warisan zaman berzaman.
10) Ayah tertipu. Pergi Mekah tidak, rumah lebih besar tidak. Tanah tergadai. Pindah milik. Ini angkara si anak bertuah !
14/01/2016
Tun Abdul Razak Hussein: Bapa Pembangunan Malaysia
1) Hari ini (14 Januari) 40 tahun lepas, Malaysia bersedih kerana perginya Perdana Menteri Abdul Razak Hussein.
2) Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat menderita leukimia.
3) Tun Razak merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada semua orang termasuklah isterinya. Sekitar tahun 1972/1973 beliau memaklumkan secara rahsia tentang penyakitnya kepada Timbalan Perdana Menteri Dr. Ismail Abdul Rahman yang cukup dipercayainya. Doktor peribadinya adalah orang pertama yang mengetahui tentang penyakit tersebut. Razak tidak mahu rakyat tahu beliau sedang menderita penyakit leukimia tahap serius kerana katanya, 'masih banyak yang perlu dibuat, negara baru hendak membangun.'
4) Tun Razak mengembalikan keamanan negara selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Keamanan dan perpaduan rakyat menjadi azam utama beliau apabila mengangkat sumpah jawatan pada tahun 1970. Legasi Tun Razak meliputi Felcra, Felda, Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Pembangunan Nasional, Bank Bumiputera (sekarang CIMB), Tabung Haji, Petronas, Bank Pembangunan dan banyak lagi.
5) Dipercayai juga Tun Razak adalah orang yang bertanggungjawab pernah memberitahu Tun Hussein Onn (Timbalannya selepas Dr. Ismail meninggal dunia pada tahun 1973) bahawa orang yang boleh membantu Hussein jika berlaku apa-apa kepadanya ialah Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun Mahathir bukan 'pilihan' utama Hussein tetapi kerana 'percaya' kepada Razak, maka Mahathir dipilih Hussein sebagai timbalannya. Sejarah menunjukkan kepada Malaysia bahawa Razak memulakan pembangunan negara dan Mahathir merancakkannya lagi ke tahap moden sehingga bergelar Bapa Pemodenan Malaysia. Tun Razak mati meninggalkan nama besar yang dikenang seluruh rakyat Malaysia sehingga sekarang.
2) Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat menderita leukimia.
3) Tun Razak merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada semua orang termasuklah isterinya. Sekitar tahun 1972/1973 beliau memaklumkan secara rahsia tentang penyakitnya kepada Timbalan Perdana Menteri Dr. Ismail Abdul Rahman yang cukup dipercayainya. Doktor peribadinya adalah orang pertama yang mengetahui tentang penyakit tersebut. Razak tidak mahu rakyat tahu beliau sedang menderita penyakit leukimia tahap serius kerana katanya, 'masih banyak yang perlu dibuat, negara baru hendak membangun.'
4) Tun Razak mengembalikan keamanan negara selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Keamanan dan perpaduan rakyat menjadi azam utama beliau apabila mengangkat sumpah jawatan pada tahun 1970. Legasi Tun Razak meliputi Felcra, Felda, Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Pembangunan Nasional, Bank Bumiputera (sekarang CIMB), Tabung Haji, Petronas, Bank Pembangunan dan banyak lagi.
5) Dipercayai juga Tun Razak adalah orang yang bertanggungjawab pernah memberitahu Tun Hussein Onn (Timbalannya selepas Dr. Ismail meninggal dunia pada tahun 1973) bahawa orang yang boleh membantu Hussein jika berlaku apa-apa kepadanya ialah Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun Mahathir bukan 'pilihan' utama Hussein tetapi kerana 'percaya' kepada Razak, maka Mahathir dipilih Hussein sebagai timbalannya. Sejarah menunjukkan kepada Malaysia bahawa Razak memulakan pembangunan negara dan Mahathir merancakkannya lagi ke tahap moden sehingga bergelar Bapa Pemodenan Malaysia. Tun Razak mati meninggalkan nama besar yang dikenang seluruh rakyat Malaysia sehingga sekarang.
13/01/2016
Heboh Pasal Kantin Sekolah !
1) Minggu ini dekat FB macam kecoh pasal orang marah-marah dekat kantin sekolah. Banyaknya pasal orang kantin yang 'katanya' seperti mahu aniaya atau tipu budak darjah satu.
2) Masa saya darjah satu, Emak beri saya 30 sen, ini kisah tahun 1989 ! Emak tidak sediakan bekal kepada saya. Tapi teh o yang sedap memang sentiasa ada. Sampai darjah enam saya masih bawak bekal air ke sekolah.
3) Setiap pagi Emak saya tidak pernah gagal untuk sediakan sarapan. Emak saya masa itu kerja kantin sekolah yang 'tokei'nya adalah bapa saudara saya. Emak kerja di kantin Sekolah Tinggi Segamat. Saya pula darjah satu di Sekolah Temenggung Abdul Rahman Segamat. Sekolah rendah itu sebelah Sekolah Tinggi Segamat. Kelebihan saya ialah walaupun kena makan jam 5.45 pagi, saya mampu. Saya kenyang !
4) Emak bangun pukol 4.30 pagi buatkan sarapan dan mesti airnya ialah Milo panas. 6.15 pagi saya dan Emak akan naik van milik bapa saudara menuju ke Sekolah Tinggi Segamat. 7 pagi Emak pimpin tangan saya dan hantar saya ke sekolah sebelah.
5) Dipendekkan cerita, saya tidak pernah pergi ke kantin sekolah sepanjang di darjah satu sebab saya TAKUT. Takut mahu beli, takut mahu cakap mahu apa, takut mahu beri duit dan takut segalanya sebab saya rasa saya tidak pandai beli makanan ! Saya cuma minum air yang Emak sediakan dan biasanya dalam beg saya memang Emak letakkan gula-gula dan coklat kecil. Saya tidak lapar dan saya tidak timbulkan masalah. Sekian.
11/01/2016
Soalan Bapa Saya Tentang Bisnes Billion Billion 1MDB
1) Balik kampung hujung minggu memang jadi medan saya bercerita pada Encik saya pasal isu-isu semasa.
2) Kalau saya kecil dulu di era awal 1990an, Encik mesti suruh saya dengar dia bercerita pada saya pasal isu-isu semasa. Sambil dia baca surat khabar atau waktu tengah minum-minum maka saya yang masih di peringkat awal sekolah rendah kenalah dengar.
3) Maka masa era tahun 1991, 1992 hingga akhir sekolah rendah jadilah saya seorang pendengar setia Encik. Antara 'kisah-kisah' yang saya jadi pendengar kepada 'analisa Encik Ahmad Yusoff' ialah tentang Anwar Ibrahim mahu rebut jawatan Timbalan Presiden UMNO daripada Encik Ghaffar Baba (Dialah 'Encik' paling tinggi jawatannya di Malaysia), sukan Olimpik Barcelona 1992 yang mula-mula badminton dipertandingkan, si Mona Fandey yang 'kerat' ADUN, Iraq cuba takluk Kuwait, Yasser Arafat dan perjuangan PLOnya di Palestin, Nelson Mandela bakal jadi Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan, Abbas Saad dan Alistair Edwards yang menguatkan pasukan bola Johor dan banyak lagi. Tak lupa ada skandal Rahim Tamby Chik ! Analisis Encik saya dengar dan saya fahamkan. Encik kadang-kadang jadi juruanalisis saham Telekom juga. Jadi saya belajar baca 'jadual' harga saham dan turun naiknya waktu Darjah 3 atau Darjah 4.
4) Jadi, Enciklah Cikgu pertama saya untuk bidang agama, politik, ekonomi, kewangan, sejarah, sukan dan hiburan ! Dia bawa saya ke ceramah PAS (dia pro Barisan !) dan dia bawa saya juga ke konsert Ukays di Segamat. Saya ingat !
5) Sekarang Encik akan menanti setiap minggu untuk saya 'update'kan dia dengan isu-isu 'besar' negara. Dia tidak mahu hanya dengar apa TV3 atau RTM mahu cakap. Jadi saya kena 'bersedia' setiap kali balik Segamat untuk memahamkan Encik apa yang berlaku. Pasal 1MDB jual sebahagian saham tanah di Sungai Besi pada sebuah konsortium yang ada syarikat dari negara China, Encik tanya soalan ini:
- Kalau dah hutang RM48 Billion, duit tu buat apa ?
- Kenapa baru beli tanah sudah mahu jual pula ?
- Lepas jual itu ini, apa bisnes 1MDB ?
- Hutang banyak, bisnes jalan atau tidak ?
- Kenapa jual pada syarikat China, syarikat Malaysia mana ?
- Hutang 1MDB ada lagi, apa lagi boleh jual ?
- Kenapa baru beli tanah sudah mahu jual pula ?
- Lepas jual itu ini, apa bisnes 1MDB ?
- Hutang banyak, bisnes jalan atau tidak ?
- Kenapa jual pada syarikat China, syarikat Malaysia mana ?
- Hutang 1MDB ada lagi, apa lagi boleh jual ?
Mungkin Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN dan semua penyokong kuat Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak boleh tolong jawabkan soalan Encik saya ini. Silakan ....
PM NAJIB: JANGAN PERSOAL, SAYA DISOKONG RAKYAT !
1) Perdana Menteri (PM) Mohd. Najib Abdul Razak memberitahu seluruh Malaysia supaya tidak mempersoalkan sokongan yang diterimanya.
2) PM Najib kata pentadbirannya menerima mandat yang cukup kuat di Parlimen apabila Bajet 2016 yang dibentangkannya selaku Menteri Kewangan telah diluluskan dengan sokongan majoriti.
3) Untuk rekod, Bajet 2016 yang diusulkan PM Najib diterima Parlimen dengan sokongan 128 undi berbanding 74 yang menolaknya.
4) PM Najib sewaktu perhimpunan pertama Pejabat Perdana Menteri bagi 2016 di Putrajaya pada pagi 11 Januari, 2016 berkata:
"Kita masuk tahun 2016 tidak boleh kita persoalkan status ini, agenda kita besar, untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan bersama."
5) Kesimpulannya, PM Najib memang wajar 'merasakan' dirinya kuat kerana beliau disokong majoriti ahli Parlimen. Beliau atau mungkin penasihat politiknya 'membaca' sokongan ahli Parlimen membawa maksud sokongan rakyat daripada 128 kawasan kerana ahli Parlimen bererti wakil rakyat.
10/01/2016
Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih
1) Produk syarikat Vida Beauty yang dimiliki Datuk Seri Hasmiza Othman ini memang mencipta fenomenanya tersendiri.
2) Hasmiza, bekas guru yang popular dengan panggilan Datuk Vida itu sendiri adalah ikon, maskot dan model utama kepada produk-produk syarikatnya. Dialah bos, dialah jurucakap dan dialah segalanya.
3) Beliau kini adalah Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan selepas Vida Beauty bersetuju menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan untuk musim 2016 dan 2017 bagi mengharungi Liga Super Malaysia. Penajaan itu dikatakan berada pada nilai minima RM16 Juta semusim.
4) Terbaru, Datuk Vida umumkan produk utamanya iaitu Qu Puteh akan diturunkan harganya daripada RM268 seunit kepada RM168. Katanya dia akan mengurangkan kos pengiklanan dan ianya "diberikan" kepada pelanggan dengan harga yang lebih murah.
5) Itulah "power of marketing" (kuasa pemasaran). Harga produk diturunkan hampir 40% dan Datuk Vida kata dia akan kurangkan kos pemasaran. Bayangkan "profit margin" (kadar untung) untuk satu unit Qu Puteh daripada kos sebelum belanja pemasaran. Apapun, bisnes adalah 1) Idea 2) Idea 3) Idea 4) Pemasaran 5) Pemasaran. "Harga" sebenar idea dan pemasaran yang menjadi adalah INFINITI. Terlalu mahal lagi berharga.
09/01/2016
"Extended" Birthday Present For 2015
1) He bought this before my Birthday, 8th October, 2015 !
2) He not able to give it to me due to his commitment with SSEAYP 2015 (The Ship For Southeast Asian & Japanese Youth Program) !
3) He said - " Sir, when I want to buy the present for you, I really didn't have much money. Not expensive but hope you accept it. "
4) Dear Mohd Zaki Salleh: Value is not important but action is always the main determinant of an individual "self-value."
5) I never regret to claim you as my main protege ! Your future is as bright as the sunshine.
Regards,
Mentor
08/01/2016
Oh Kajol Oh Shah Rukh Khan
1) Mahu jadi hero dan heroin Hindustan maka muka dan personaliti mesti "above average." Senang cakap, mesti kacak mesti cantik !
2) Hero Hindustan tidak cukup kalau hanya muka kacak, muka comel. Istimewanya filem Hindustan ialah si hero wajib jadi serba boleh. Kalau macho dan badan "sado" sahaja tidak menjamin anda akan jadi hero, watak penjahat tambahan mungkin bolehlah.
3) Hero Hindustan perlu muka kacak, pandai melawak, pandai berlawan, ada masa kena macho, ada masa kena menangis dan perlu juga romantik.
4) Yang paling sukar ialah hero Hindustan WAJIB pandai menari. Menari moden, tradisional ataupun lawak bersuka gembira. Ini yang membezakan hero Hindustan dengan hero Hollywood dan Hong Kong.
5) Heroin Hindustan juga WAJIB pandai menari. Tidak boleh menari maka anda selamanya tidak akan jadi heroin. Muka cantik wajib, air matapun kena mudah mengalir.
06/01/2016
Muhyiddin Yassin atau Zahid Hamidi ?
1) Andai Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak berundur, diundurkan atau terundur maka siapa akan jadi Perdana Menteri ?
2) Ahmad Zahid Hamidi kini adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM) sejak akhir Julai 2015 selepas Mohd. Najib "pecat" Muhyiddin Yassin yang suka "bertanya" pasal masalah 1MDB.
3) Walaupun hilang jawatan TPM, Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO. Dia adalah "setaraf" dengan Mohd. Shafei Apdal dan Hishammuddin Hussein di dalam UMNO, orang nombor tiga. Shafei juga "dipecat" Mohd. Najib kerana banyak tanya pasal 1MDB juga. Hishammuddin adalah sepupu Mohd. Najib. Datuk mereka di sebelah ibu pernah jadi Pengerusi Genting kerana bersahabat baik dengan pengasasnya, Lim Goh Tong.
4) Mohd. Najib tidak boleh "pecat" Muhyiddin sebagai orang nombor dua UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh orang UMNO melalui undian. Timbalan Presiden UMNO secara automatiknya akan menjadi orang nombor dua Barisan Nasional.
5) Jika boss nombor satu Barisan tersingkir, disingkir atau mengundur daripada jawatan Perdana Menteri maka yang akan dipilih Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baru ialah Muhyiddin Yassin. Ahmad Zahid hanya mampu senyum saja.
05/01/2016
Perdana Menteri Mohd. Najib "JUAL" Malaysia ?
Masa Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, dia sungguh kuat patriotiknya. Dia tidak mahu orang asing memiliki aset penting negara. Sebaliknya dia mahu kita yang memiliki aset orang asing. Buktinya, Proton di zaman beliau boleh jadi pemilik kepada syarikat kereta Lotus di Britain (1990an).
2) Awal 1980an apabila kerajaan Britain naikkan yuran pengajian pelajar asing, seorang Perdana Menteri dari negara 'kerdil' bernama Malaysia umumkan polisi 'Buy British Last.' Perdana Menteri itu tunjukkan Malaysia bahawa kita jangan terlalu taksub dengan 'Mat Salleh.' Dia usulkan polisi 'Dasar Pandang Ke Timur.' Kita patut lihat Jepun dan Korea Selatan, maju cara Asia ! Orang Barat sudah mula malas dan tidak berbudaya katanya ketika itu. Contohi Jepun, rajin, berbudaya dan berdisiplin tinggi !
3) Perdana Menteri yang berani 'melawan' Amerika Syarikat, Britain dan Australia itu juga tidak mahu syarikat 'Mat Salleh' British seperti Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope daripada terus menguasai tanah-tanah di Malaysia yang merdeka. Tahun 1981, Dr. Mahathir lancarkan Serangan Suboh (Dawn Raid) yang menggegarkan pasaran saham Britain. Akibatnya, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (kini semuanya bersatu di bawah Sime Darby Berhad) 'dimerdekakan' daripada terus dimiliki Britain walaupun negara sudah berpuluh tahun merdeka ketika itu (1981).
4) Selepas lebih 30 tahun Dr. Mahathir dengan caranya 'memerdekakan' tanah-tanah di Malaysia daripada dimiliki negara maju Britain, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak pula kerjanya 'menjual' tanah dan aset negara kepada orang asing, syarikat negara China hanya kerana kononnya proses RASIONALISASI 1MDB yang sarat hutang sebanyak RM48 Billion dengan modal berbayar sekadar RM1 juta.
5) 1MDB telah JUAL 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Sebelum itu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah MENJUAL 100% asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion. CREC dan CGN Group adalah syarikat daripada negara China.
03/01/2016
Ayah #Kipidap #Dongibab Dapat 'Datuk Paduka' Daripada 'Sultan Melaka'
1) 'Raja Repot' Abdul Rani Kulup Abdullah menerima anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Melaka' daripada 'sultan Melaka' Raja Noor Jan Shah Tuah.
2) Anugerah itu diterimanya dalam satu majlis "sambutan hari keputeraan Sultan Melaka Darul Islam ke-58."
3) Jadi sekarang bolehlah kita panggil beliau dengan gelaran 'Datuk Paduka' Abdul Rani. Mungkin ada yang mahu panggil beliau sebagai 'Datuk Paduka' #kipidap #dongibab.
4) Ketua Menteri Melaka Idris Haron membuat kenyataan yang orang seperti Raja Noor Jan adalah orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri.
5) Abdul Rani memberi respon terus kepada kenyataan Ketua Menteri Melaka itu:
" Bukan main tuduh sesuka hati. Kenyataan seperti itu melambangkan orang itu tiada kredibiliti. Ia boleh mengecewakan orang lain, seperti pemimpin kita yang buat kenyataan bodoh. "
"Ayam mahal (suruh) jangan makan ayam, yang mahu bayar tol bangun pagi-pagi pergi kerja guna jalan alternatif. Apa punya bangang orang macam itu, mengecewakan rakyat,"
2) Anugerah itu diterimanya dalam satu majlis "sambutan hari keputeraan Sultan Melaka Darul Islam ke-58."
3) Jadi sekarang bolehlah kita panggil beliau dengan gelaran 'Datuk Paduka' Abdul Rani. Mungkin ada yang mahu panggil beliau sebagai 'Datuk Paduka' #kipidap #dongibab.
4) Ketua Menteri Melaka Idris Haron membuat kenyataan yang orang seperti Raja Noor Jan adalah orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri.
5) Abdul Rani memberi respon terus kepada kenyataan Ketua Menteri Melaka itu:
" Bukan main tuduh sesuka hati. Kenyataan seperti itu melambangkan orang itu tiada kredibiliti. Ia boleh mengecewakan orang lain, seperti pemimpin kita yang buat kenyataan bodoh. "
"Ayam mahal (suruh) jangan makan ayam, yang mahu bayar tol bangun pagi-pagi pergi kerja guna jalan alternatif. Apa punya bangang orang macam itu, mengecewakan rakyat,"
Saya Darjah 1 Melor
1) Hari ini negeri Johor mula "naik sekolah."
2) Saya juga adalah generasi anak Johor yang mula sekolah hari Ahad. Sempat merasa sekolah hari Ahad dan sempat juga merasa cuti sekolah ditukat kepada hari Sabtu dan Ahad.
3) Saya Darjah 1 di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat, Johor. Kelas saya namanya 1 Melor dan Cikgu Saripah Menah adalah guru kelas. Walau sudah lebih 25 tahun, saya masih mampu ingat nama cikgu kelas yang pertama.
4) Encik (ayah) hantar saya dengan menaiki motor Vespa. Saya pelok Encik kuat-kuat. Tiba di sekolah, Encik pimpin tangan saya sampailah masuk kelas. Badan saya sejuk sepenuhnya. Bukan sebab sakit tapi kerana saya berada dalam keadaan TAKUT yang melampau ! Saya tidak mahu sekolah, saya malu, saya segan, saya rasa ini benda yang gila dan saya tidak faham kenapa kita perlu pergi sekolah !
5) Setiap kali musim "naik sekolah" ianya akan membuatkan saya rasa bersyukur yang amat tinggi kepada Tuhan. Detik naik Vespa hari pertama bersekolah itu selamanya akan saya ingati. Telah 100% Tuhan "ubah" diri saya. Terlalu banyak nikmat Tuhan kepada saya. Syukur Ya Tuhan !
02/01/2016
Gunalah Barang '2nd Hand' Bersama Perdana Menteri Mohd. Najib Razak
1) Merujuk kepada New Straits Times (NST) edisi 1 Januari, 2015 ada cerita tentang ucapan Tahun Baru daripada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.
2) Najib memberi idea kepada kita semua rakyat Malaysia supaya bermulalah untuk belajar menggunakan barang-barang '2nd hand' dalam berdepan situasi yang semakin mencabar.
3) Mungkin ini adalah satu nasihat ikhlas daripada seorang bertaraf Perdana Menteri kepada rakyatnya dalam berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kejatuhan nilai Ringgit, merudumnya harga minyak dunia dan penarikan sedikit demi sedikit pelbagai subsidi.
4) Penasihat Mohd. Najib nampaknya sudah semakin hilang daya dan upaya untuk memberikan solusi lebih berkualiti 'bunyi dan kesannya' kepada rakyat.
5) Timbalan Menteri Ahmad Maslan '3.85' baru berkata sudah tiba masanya rakyat untuk memiliki dua pekerjaan. Dulu bekas Menteri Malek Hassan pernah kata jangan makan ayam kalau harga ayam mahal. Macam-macam !
2) Najib memberi idea kepada kita semua rakyat Malaysia supaya bermulalah untuk belajar menggunakan barang-barang '2nd hand' dalam berdepan situasi yang semakin mencabar.
3) Mungkin ini adalah satu nasihat ikhlas daripada seorang bertaraf Perdana Menteri kepada rakyatnya dalam berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kejatuhan nilai Ringgit, merudumnya harga minyak dunia dan penarikan sedikit demi sedikit pelbagai subsidi.
4) Penasihat Mohd. Najib nampaknya sudah semakin hilang daya dan upaya untuk memberikan solusi lebih berkualiti 'bunyi dan kesannya' kepada rakyat.
5) Timbalan Menteri Ahmad Maslan '3.85' baru berkata sudah tiba masanya rakyat untuk memiliki dua pekerjaan. Dulu bekas Menteri Malek Hassan pernah kata jangan makan ayam kalau harga ayam mahal. Macam-macam !
Subscribe to:
Posts (Atom)