30/03/2018

Kerajaan Malaysia Terlalu Menguasai Badan-Badan Pelaburan (Pusing pakat-pakat, duit rakyat terpalit)

1) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 2013 mengatakan bahawa syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di Malaysia terlalu menguasai sektor kewangan dan merupakan 'penguasa' terpenting dalam sektor pasaran modal.
2) Majoriti rakyat tidak sedar bahawa Kerajaan menguasai pasaran modal negara serta sektor kewangan melalui TUJUH syarikat pelaburan yang mempunyai kaitan langsung dengannya:
- Minister of Finance Incorporated (MoF Inc.)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
- Lembaga Tabung Haji (TH)
- Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
3) Khazanah dan PNB diletakkan di bawah Akta Syarikat manakala lima yang lain ditakrifkan sebagai Badan Berkanun. KWSP, KWAP, TH dan LTAT bertindak sebagai tabung pencen ataupun tabung khas. PNB ditubuhkan bagi tujuan menyeimbangkan penguasaan ekonomi di antara rakyat.
4) Khazanah bertindak sebagai SATU-SATUnya badan kekayaan berdaulat negara yang melabur bagi pihak Kerajaan Malaysia. MOF Inc. adalah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang terpenting dengan bertindak sebagai pemegang saham utama bagi pihak Kerajaan Malaysia di dalam kepentingan-kepentingan pelaburan utama.
5) MOF Inc. adalah pemilik kepada 1MDB dan secara langsungnya di bawah tanggungjawab Menteri Kewangan. Pada tahun 2015, Tabung Haji telah membeli tanah 1MDB di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 43 KALI GANDA lebih mahal daripada harga yang 1MDB bayar kepada Kerajaan. Pada tahun 2011 pula KWAP telah meluluskan hutang berjumlah RM4 Bilion kepada sebuah syarikat (SRC International) yang ada kaitan langsung dengan 1MDB. Sebahagian duit itu (berpuluh juta) DISYAKI masuk ke akuan Perdana Menteri dan digunakan untuk membayar hutang kad kredit.



No comments:

Post a Comment