26/03/2018

Kerajaan Tambah Hutang, Bajet 2017 "Ke Laut"

1) Persidangan Parlimen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 turut digunakan Kerajaan untuk meluluskan Bajet Tambahan sebanyak RM8 830 000 000 (8.83 Bilion) bagi tahun 2017.


2) Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Mohd. Najib Abdul Razak adalah bernilai RM260 000 000 000 (260 Bilion). Itulah nilai yang diluluskan Parlimen di akhir tahun 2016 bagi kegunaan tahun 2017.


3) Bajet 2017 itu juga adalah bajet defisit (belanja lebih dari pendapatan). Kerajaan "janji" untuk belanja RM260 Bilion dengan anggaran pendapatan sekitar RM220 Bilion. DEFISIT (kekurangan) RM40 Bilion itu pastilah ditampung dengan HUTANG baru oleh Kerajaan Malaysia.


4) Sudahlah defisit, rupa-rupanya Kerajaan di sepanjang tahun 2017 telah BERBELANJA melebihi daripada peruntukan yang telah disahkan / dibenarkan Parlimen. 


5) Nampaknya ahli Parlimen Barisan Nasional telah mengundi secara pelik. Mereka undi untuk sahkan peruntukan tambahan belanja terlebih Kerajaan sebanyak RM8.83 Bilion bermakna mereka sendiri mengingkari belanja yang mereka sendiri "izinkan" sewaktu Bajet 2017 dibentangkan di Parlimen dahulu. Hutang baru Kerajaan untuk Bajet 2017 sahaja telah menghampiri RM50 Bilion dengan tambahan belanja terlebih itu.

No comments:

Post a Comment