18/03/2018

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri

1) Dulu kita diajarkan 'siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.'
2) Ada betulnya, manusia yang mulutnya ligat dan mudah putar belit bahasa memang mudah berbohong, bohong sudah jadi mainan sahaja. Orang berbohong pada tafsiran nenek moyang kita dahulu sememangnya ada potensi besar untuk mencuri.
3) Zaman semakin maju dan manusia juga semakin ligat kepala otaknya, apa yang nenek moyang fikirkan dahulu sudah menjadi lebih parah.
4) Sekarang ini manusia MENCURI, MEROMPAK dan MENYAMUN dahulu sebelum sesiapa tersedar. Selepas seronok melahap duit dan harta yang dicuri, dirompak dan disamun itu barulah PENYANGAK-PENYANGAK ini BERBOHONG kepada masyarakat.
5) Kini kita patut menyebut, 'curi rompak sesah habis-habisan, kena desak bohonglah bermati-matian.'

No comments:

Post a Comment