09/03/2018

Hari Ibu Tiada Dalam Ingatan Saya

" Saya tidak tahu, tidak sedar dan tidak pernah ambil tahu bahawa semalam (Khamis, 8 Mac) adalah Hari Ibu. Saya sedarpun kerana melihat Facebook dan Instagram, begitu ramai yang meletakkan gambar-gambar ibu mereka sambil diucapkan 'Selamat Hari Ibu.' Sebenarnya sebagai anak kampung sememangnya tiada dalam budaya keluarga kecil Encik Ahmad Bin Md. Yusoff untuk mengingati apalagi menyambut apa itu Hari Ibu, Hari Bapa ataupun hari apapun. Tapi yang pasti, ingatan sayang kepada Emak yang bernama Asmah Binti Hassan yang lebih 'glamor' dengan panggilan Makcik Nab di Kampung Alai, Segamat tidak pernah lekang. Selepas solat, Emak sentiasa di dalam doa Andi, mahu mula 'start' enjin kereta nama Emak akan Andi doakan dan di dalam pejabat juga Andi akan mulakan kerja dengan mengingati Emak di dalam doa. Habis kelas mengajar jam 6 petang ini, Andi akan balik kampung seperti biasa untuk bersama-sama dengan Emak. Nanti Andi belikan nasi arab kambing untuk kita makan sama-sama. Walau keluarga 'ala kampung' kita tidak biasa dengan hari itu dan hari ini tetapi Encik (ayah) dan Emak berjaya membesarkan Andi menjadi manusia yang setiap detik tidak lupakan Encik dan Emak. "
Fendi Ahmad
9 Mac 2018

No comments:

Post a Comment