30/03/2018

Masihkah Kau Ingat: 1MDB Kumpul Hutang Berbilion Sebelum Parlimen Terbubar Pada Tahun 2013 ...

1) Terengganu Investment Authority (TIA), sebuah syarikat milik Kerajaan yang beroperasi sekadar di peringkat negeri Terengganu dijenama semula sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) beberepa bulan selepas jawatan Perdana Menteri dipegang Mohd. Najib Abdul Razak dengan tujuan untuk beroperasi pada skala lebih besar bagi membawa keuntungan kepada negara.
2) Najib dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB di mana kesemua keputusan memerlukan kelulusan langsung beliau. 1MDB dimiliki Minister of Finance Incorporated (MoF Inc.). Ianya bertanggungjawab terus kepada Menteri Kewangan, Najib sendiri adalah Menteri Kewangan.
3) Pada tahun 2010, 1MDB mula menarik perhatian ramai apabila diuar-uarkan sebagai pemaju untuk projek-projek insfraktruktur mega seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia. 1MDB juga disasarkan menjadi peneraju baru dalam industri tenaga Malaysia.
4) Untuk menampung kos besar projek-projek berkaitan tenaga, 1MDB mula terlibat dengan proses mendapatkan modal melalui terbitan bon (pencarian hutang). TIGA BON awal 1MDB diterbitkan di antara tahun 2012 dan 2013 oleh konsultan kewangan antarabangsa, Goldman Sachs. Sebanyak USD6.5 Bilion iaitu sekitar RM25 Bilion (hutang) berjaya dikumpulkan 1MDB.
5) Beberapa minggu selepas terbitan bon (hutang) yang ke tiga, PARLIMEN Malaysia terbubar bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 13. PRU itu diadakan pada 5 Mei 2013. Tidak lama selepas PRU itu, laporan tahunan 1MDB bagi tahun 2013 menunjukkan ianya telah mengumpul HUTANG sekitar RM36 300 000 000 (36.3 bilion) tanpa sebarang projek / hasil nyata diperoleh !

No comments:

Post a Comment