01/04/2018

Selamat Hari GST Malaysia: Hidup Lebih Senang Dengan GST ???


1) 1 April 2015 bermulalah rakyat Malaysia di "GST"kan. GST itu singkatan Bahasa Inggeris untuk "Goods and Services Tax." Cakap Kebangsaannya ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).


2) Hairan juga kenapa Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak tidak gunakan singkatan CBP. Isu ini seperti tiada siapa yang ambil berat. Awal-awal lagi nampaknya Kerajaan seperti telah "mengtongsampahkan" martabat Bahasa Kebangsaan.


3) GST di awalnya dikatakan sebuah cukai yang lebih adil, memperbaiki segala kelemahan cukai SST (Sales and Services Tax) sebelumnya, dapat menurunkan harga barang dan lebih menguntungkan rakyat.


4) Tiga tahun sudah berlalu, "suara-suara" pihak Kerajaan dalam mempertahankan GST juga sudah tidak sama dengan apa yang dihujahkan mereka di dalam TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan NST 3-4 tahun lepas. Kini GST dilaungkan sebagai PENYELAMAT EKONOMI MALAYSIA dan tanpa GST negara tidak bergerak (bankrup ???).


5) Calon Perdana Menteri Malaysia untuk Pilihanraya Umum (PRU) 14, Bapa Pemodenan Malaysia Dr. Mahathir Mohamad telah umumkan bahawa jika rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih gabungan PKR, AMANAH, DAP dan Pribumi BERSATU maka GST akan dimansuhkan. Perdana Menteri Malaysia tahun 1981-2003 itu dengan yakin mengatakan TANPA GST dahulupun beliau mampu membangunkan Malaysia sehingga digelar antara Harimau Ekonomi Asia di dekad 1990an.

No comments:

Post a Comment