1) 'Iron Lady' Rafidah Aziz yang pernah menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun (1987-2008) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengundi pemimpin politik yang korup.
2) Kenyataan Facebook Rafidah (19 Mac 2018) berbunyi: "Wahai rakyat Malaysia, sila ingat kata-kata peringatan ini. Rakyat yang terus memilih ahli politik yang korup atau rasuah, yang menyamar (sebagai terbaik), pencuri dan pengkhianat, tidak menjadi mangsa. Sebaliknya mereka dianggap sebagai bersubahat."
3) Untuk rekod, Rafidah mula dilantik sebagai Menteri penuh oleh Perdana Menteri Hussein Onn pada tahun 1980 sebagai Menteri Perusahaan Awam. Beliau memegang jawatan itu selama 7 tahun sebelum beralih ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di zaman Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
4) Rafidah adalah seorang Pensyarah bidang Ekonomi di Universiti Malaya sebelum terlibat aktif di dalam politik.
5) Dunia tidak akan lupa betapa 'iron lady' Malaysia ini pernah bertikam lidah dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Madeleine Albright pada tahun 1998. Beliau juga terkenal dengan petah berbicaranya membawa misi perdagangan Malaysia di mata dunia dan orang kuat Dr. Mahathir di era Malaysia dikenali sebagai Harimau Ekonomi Asia di era 1990an itu.
No comments:
Post a Comment