20/03/2018

MCA Bukan Wakili Cina Malaysia

1) Parti MCA kini hanya pegang 7 kerusi Parlimen. Lawan utama MCA iaitu DAP menang 38 kerusi Parlimen daripada sejumlah 51 yang ditandingi.
2) Kerusi-kerusi yang dimenangi MCA sewaktu PRU 2013 juga nampaknya lebih kepada kawasan yang majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu seperti Ayer Hitam, Labis, Alor Gajah dan Bentong. Mudah kata, pengundi Melayu lebih ramai sedikit berbanding pengundi Cina.
3) Soalannya kini, adakah layak MCA ini dianggap sebagai parti yang mewakili suara orang Cina Malaysia ?
4) Sejak tahun 2008, nampaknya DAP jauh meninggalkan MCA daripada segi undian bangsa Cina maka wajarkah DAP itu sentiasa dikecam dan dianggap seperti parti yang membawa 'kejahatan' kepada orang Melayu oleh UMNO / Barisan Nasional ? "Menjahatkan' DAP samalah seperti menolak pilihan demokrasi bangsa Cina.
5) Dalam negara demokrasi dan demi perpaduan kaum maka pilihan majoriti sesuatu bangsa itu wajib dihormati dan diiktiraf oleh semua. Maka, sekiranya majoriti sahabat Tionghua kita mengiktiraf DAP sebagai wakil mereka, tidaklah wajar untuk UMNO / Barisan Nasional cuba menakutkan Melayu bahawa DAP itu umpama hantu jembalang yang akan 'membunuh' Melayu. Zaman sudah berubah, politik berbunyi perkauman tidak mampu mengaburi mata hati rakyat daripada MEMBENCI dan MENOLAK politik berunsur rasuah, perbodoh rakyat dan menyusah kehidupan anak watan demi kepentingan peribadi manusia-manusia tertentu.

No comments:

Post a Comment