26/03/2018

Orang Temerloh "BERUBAH" Pada Tahun 2013

1) Parlimen Temerloh, Pahang lama dikuasai UMNO - Barisan Nasional (BN). Tahun 2008, BN menang tewaskan calon daripada PKR dengan majoriti 2441 undi.


2) Tahun 2013, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) tewaskan BN dengan majoriti 1070 undi. Maknanya, ada peralihan undi sekitar 3500 (2441 + 1070) undi daripada BN kepada lawannya. 


3) DUN Mentakab dirampas DAP daripada MCA - BN melalui calon berbangsa Melayu dengan majoriti sekitar 1500 undi.



4) DUN Lanchang kekal di bawah UMNO - BN dengan majoriti sekitar 1100 undi, menurun daripada lingkungan 2100 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. DUN ke tiga di bawah Parlimen Temerloh iaitu DUN Kuala Semantan kekal di bawah PAS dengan majoriti kemenangan sebanyak 2685 undi, meningkat daripada sekitar majoriti 900 undi pada tahun 2008.


5) Kesimpulannya, majoriti warga Temerloh sudah "BERUBAH" pada tahun 2013. Temerloh bukanlah sebuah bandar besar, majoriti penduduknya adalah warga kampung, nelayan sungai (IKAN PATIN Temerloh !) dan peneroka FELDA. Jika orang Temerloh sudah "beralih" meninggalkan UMNO - BN lima tahun lepas, pastinya orang-orang pekan kecil dan daerah-daerah pinggir bandar yang lain juga tidak sabar untuk buat perubahan di tahun 2018 ini.


#harapanuntukMalaysia

#bersatuuntukMalaysia

#amanahuntukTemerloh

#bersatuuntukTelokMas

No comments:

Post a Comment