23/07/2016

Tunku Mahkota Johor & Bangsa Johor: Berani Kerana Benar

1) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Ismail Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar bertitah supaya SPRM jangan terlalu sebok untuk menyiasat salah guna kuasa / pentadbiran di FAM seperti yang dikatakannya.

2) TMJ menegaskan Baginda sendiri akan cuba menyelesaikan isu terbabit dengan pihak FAM bagi mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan bola sepak Malaysia. Pegawai-pegawai dalaman FAM yang terlibat dalam salah guna kuasa perlu berundur. 

3) Baginda turut menasihatkan SPRM untuk lebih menumpukan dahulu kepada kes rasuah yang lebih besar dan utama yang berlaku di dalam negara. Perlian secara halus oleh TMJ ini pastilah mudah untuk difahami dan seolah merujuk secara langsung kepada satu isu besar yang sedang menghantui kita semua.

4) Sebagai seorang anak jati Johor Darul Ta'zim (JDT) pastilah saya berbangga dengan TMJ. Keberanian pewaris takhta Kesultanan Johor ini dalam mendepani isu penyalahgunaan kuasa cukup memberi inspirasi kepada anak-anak Johor untuk terus bersuara dan yakin bahawa Tuhan bersama dengan mereka yang percaya kepada konsep jujur dan amanah.

5) Ayuh Bangsa Johor, kita di belakang TMJ. Kita dibelakang Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita tentang rejim kotor yang menyeleweng. Bangsa Johor bersuara bukan untuk Johor tetapi untuk Malaysia yang semua kita seluruh warga menumpang berteduh jiwa dan raga selagi hayat dikandung badan.

No comments:

Post a Comment