22/07/2016

SIAPA 'MALAYSIA OFFICIAL NO. 1' Yang Terima RM2.9 Bilion / RM2.6 Bilion ???

1) Saman sivil yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat yang mendakwa terdapat penyalahgunaan duit 1MDB bernilai lebih RM14 Bilion menamakan ada juga penyaluran haram ke akaun bank milik seseorang.

2) Katanya, duit berasal daripada 1MDB sebanyak USD731 Juta telah disalurkan ke akaun peribadi milik dia yang digelarkan sebagai 'Malaysia Official No.1.' Adalah dipercayai, 'codename' itu digunakan pada peringkat awal untuk menjaga hubungan diplomasi dua negara. 

3) USD731 Juta ini kalau ditukar ke Ringgit Malaysia ialah sebanyak RM2.9 Bilion. Jika digunakan kadar tukaran asing pada sekitar Julai 2015, ianya akan menjadi lebih kurang RM2.6 Bilion.

4) Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat turut menyifatkan 'Malaysia Official No. 1' itu turut memegang satu jawatan yang BERKUASA di dalam 1MDB.

5) Secara jelasnya, Peguam Negara Malaysia patut memberikan penjelasan sewajarnya dengan bantuan jujur Bank Negara Malaysia, SPRM dan PDRM tentang DAKWAAN RASMI yang telah dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat ini.  Ini bukan lagi satu laporan oleh akhbar Wall Street Journal tetapi satu PERTUDUHAN RASMI yang begitu berat melibatkan 'Malaysia Official No. 1.'

Di bawah adalah artikel berkaitan isu ini yang telah dipaparkan sebelumnya:


NAJIB WAJIB DISALAHKAN !

1) Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengatakan 1MDB dengan jelas telah digunakan oleh 'pegawai - pegawai rasmi' yang KORUP seolah 'akaun peribadi' mereka.

2) Peguam Negara Amerika Syarikat dengan tegas mengatakan negara itu tidak akan sesekali membenarkan ianya dijadikan pusat aktiviti PENGGUBAHAN WANG HARAM.

3) Pihak Amerika Syarikat mendapati ada aset bernilai lebih USD1 Billion iaitu kira-kira RM4 Billion telah terhasil daripada penggubahan (penukaran) wang haram yang berasal daripada dana 1MDB.

4) Duit yang DIROMPAK daripada 1MDB itu didapati telah digunakan untuk pembelian rumah-rumah mewah, jet, bahan-bahan seni eksklusif dan juga untuk membayar hutang PERJUDIAN. Bukti juga wujud mengaitkan duit 1MDB digunakan untuk menaja filem Wolf of Wall Street yang antara 'kepalanya' ialah Reza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

5) Jumlah sebanyak USD3.5 Billion (RM14 Billion) dana 1MDB didapati telah disalahguna oleh 'pegawai-pegawai' peringkat tertinggi Malaysia dan para pembantunya di antara tahun 2009 sehinggalah 2015.


KENAPA NAJIB WAJIB DISALAHKAN ?

1) Merujuk kepada "posting" saya sebelum ini dengan tajuk 'NAJIB WAJIB DISALAHKAN,' pasti ada yang bertanya 'KENAPA NAJIB WAJIB DISALAHKAN?'

2) Laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Negara) yang telah dibentangkan di Parlimen jelas mengatakan bahawa ada kesalahan urus tadbir yang jelas dalam 1MDB.

3) PAC adalah jawatankuasa khas Parlimen yang ahlinya terdiri daripada wakil Barisan Nasional dan pembangkang.

4) Pengerusi PAC adalah Datuk Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Rompin yang dipilih Perdana Menteri Mohd. Najib sendiri walhal baru saja menang Pilihan Raya Kecil. Dia pernah tercakap "saya cari makan" bila diasak wartawan tentang isu siasatan 1MDB yang lambat.

5) Anggota PAC daripada DAP iaitu Tony Pua ada kata Hassan tidak menghantar laporan yang 100% ditandatangani secara sepakat oleh semua ahli PAC. Ada sesetengah "bahagian perkataan" telah dipadamkan tanpa persetujuan semua ahli.

6) Walaupun ada yang tidak dilaporkan ke Parlimen, laporan itu tetap menunjukkan ada salah urus kewangan yang amat serius di dalam 1MDB.

7) Contohnya, ada berbilion Ringgit Malaysia yang telah disalurkan ke sebuah syarikat PALSU yang diwujudkan di sebuah pusat kewangan pesisir pantai (offshore finanicial centre) jauh dari Malaysia. Duit berbilion Ringgit Malaysia ini LESAP tanpa berita.

8) Dengan bukti baru oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat seperti diumumkan Peguam Negaranya di mana Berbilion Ringgit Malaysia dipercayai duit DISEDUT secara haram daripada 1MDB telah DIGUBAH / DIUBAH secara haram (money laundering) dalam bentuk pembelian aset mewah, jet, lukisan mewah, pembayaran hutang judi dan penerbitan filem berunsur lucah oleh anak Rosmah Mansor DITAMBAH dengan bukti rasmi PAC itu maka jelas isu skandal 1MDB bukanlah satu FITNAH semata untuk jatuhkan Mohd. Najib Abdul Razak.

9) Dengan dua bukti ini sahaja (tolak tepi dahulu isu derma 2.6 Bilion, bayaran kad kredit Mohd. Najib berjuta Ringgit ditolak daripada duit SRC International, bekas anak syarikat 1MDB dan segala pemecatan sepanjang tahun 2015 untuk menutup kes) maka cukup dan jelas untuk mengatakan bahawa MOHD. NAJIB ABDUL RAZAK adalah perlu mengambil tanggungjawab di atas tindakan beliau yang berjaya "MEMBURUK DAN MENJAHANAMKAN" nama baik Malaysia di mata dunia. Kita mendapat publisiti besar-besaran satu dunia, satu publisiti buruk yang tidak diperlukan !

10) Kenapa Najib Wajib Disalahkan ? Jawapannya mudah: Mengikut akta 1MDB (2009-awal 2016), semua urusan / transaksi kewangan dan pelaburan 1MDB perlu (wajib) mendapat kelulusan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Kuasa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah di atas CEO dan Lembaga Pengarahnya. Siapakah manusia yang pegang jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang jika tiada tandatangannya maka segala urusan / transaksi "haram" Bilion-Bilion itu tidak boleh berlaku ? Jawapannya: Mohd. Najib Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment